Sumber
YURAN
TEMPANG
PANTUN
|
MAKSUD
|
Terima kasih daun keladi,
kalau boleh hendak lagi. |
Ucapan
terima kasih dan penghargaan atas pertolongan yang diterima. Jika boleh, aka
nada lagi pertolongan yang akan duberikan.
|
Ikan siapkan ikan senohong,
Banyak cakap banyak bohong. |
Kesan
buruk bercakap banyak, iaitu seseorang itu berkemungkinan untuk berbohong.
|
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah dibaca harap balas. |
Harapan
agar seseorang itu akan membalas surat yang diterima selepas membaca surat
tersebut.
|
Emas perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa. |
Kesan
buruk yang bakal diterima oleh orang yang malas bergerak atau membuat
pekerjaan adalah mereka yang tidak akan merasai kesenangan hidup.
|
Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham. |
Menjelaskan
kesan positif terhadap orang yang terang hati, iaitu mereka akan mudah
memahami setiap pekara yang diajarkan kepada mereka.
|
Kumbang jarak kumbang jagung,
berani buat berani tanggug. |
Seseorang
yang berani melakukan sesuatu hendaklah berani menanggung risikonya.
|
Tunggu durian Teluk Emas,
Siapa kemudian kena kemas. |
Seseorang
yang lambat menghabiskan sesuatu pekerjaan, orang itulah yang mesti
mengemasnya.
|
Buah cempedak dalam gantang,
Siapa hendak dia datang. |
Orang
yang hendak sesuatu mestilah datang sendiri untuk mendapatkannya.
|
Periuk belanga pasu kuali,
Busuk nama manipu mancuri. |
Orang
yang suka menipu dan mencuri akan mendapat nama yang tidak baik.
|
Saya kata itik, awak kata ayam,
Sudah kena jentik baru nak diam. |
Seseorang
yang membuat kesilapan akan berhenti dan sedar akan kesilapannya setelah
didenda.
|
1.
2.
3.
4.
5.
|
Kesan
buruk banyak bercakap
Kesan
sikap malas
Kesan
buruk menipu dan mencuri
Kesan
bersikap berani
Nasib
orang yang sentiasa lambat
|
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1. Pengulangan
|
·
Perkataan ikan
·
Perkataan banyak
·
Perkataan pecah
·
Perkataan berani
|
2. Sinkof
|
Sudah kena jentik
baru nak diam
|
1. Asonansi
(pengulangan huruf vokal)
|
Tunggu
durian Teluk Emas
Ø dalam
baris sajak di atas, vokal “u” diulang sebanyak 4 kali
|
2. Aliterasi
|
Pecah kaca pecah gelas
Ø dalam
baris sajak di atas, konsonan “c” diulang sebanyak 3 kali
|
Pantun
|
Maksud
|
Gaharu, cengal, giam,
Tak tahu, tak kenal, diam.
|
Seseorang yang
tidak mempunyai ilmu pengetahuan lebih baik berdiam diri daripada
berkata-kata.
|
Jika ada padi
berhampalah,
Jika ada hati berasalah.
|
Orang yang berasa
akan mudah terusik perasaannya oleh sesuatu perkara.
|
Sakit pandan tak tahukan
duri,
Sakit badan tak tahukan diri.
|
Orang yang
tidak insaf akan dirinya akan mendapat
balasan akibat perbuatannya.
|
Dengar cakap enggang
makan buah belolok,
Dengar
cakap orang terjun masuk lubuk.
|
Jika kita terlalu
mendengar cakap orang kita juga yang akan menerima musibah.
|
Ada beras taruh dalam
padi,
Ada ingat taruh dalam hati.
|
Sekiranya kita hendak
selamat kita perlu sentiasa ingat akan nasihat orang.
|
Mahal imam, murahlah
khatib,
Mahal demam, murahlah sakit.
|
Sudah menjadi lumrah
hidup manusia sesuatu perkara yang besar bermula daripada perkara yang kecil.
|
![]() |
| Diam itu emas, sedangkan berkata-kata itu perak. |
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Repitasi
|
Tak tahu, tak kenal, diam. (R1,B2)
|
Sinkope
|
Sakit
pandan tak tahukan duri.
(R3,B1)
|
Anafora
|
Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah. (R2)
|
Responsi
|
Ada
beras taruh dalam padi,
Ada ingat taruh dalam hati. (R4)
|
Unsur Bunyi
|
Contoh
|
Asonansi
|
Mahal imam,
murahlah khatib,
(R6,B1)
|
Aliterasi
|
Mahal demam, murahlah sakit. (R6,B2)
|
![]() |
| Rahman Shaari Profil lengkap sila ke klik di sini untuk ke pautan yang disediakan. |