BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

SAJAK DIARI LAMA (OLEH : S MAHADZIR)


ANALISIS TEKS

SAJAK
MAKSUD

Di halaman diari ini aku amati selembar
tulisan
tentang perjuangan – bertitis air mata
mengalir
namun tak sederas darah yang tertumpah.


Penyajak menyelak diari lama dan membaca tulisan tentang perjuangan para pejuang terdahulu untuk mempertahankan tanah air walaupun terpaksa menitiskan darah. Perjuangan mereka disertai air mata tetapi tidak sederas darah yang mengalir dari tubuh mereka.


Di naungan panji yang megah
kutegakkan cinta dan kasih sayang
anak bertuah bumi merdeka
pada semarak ulang tahun
diulit riang bersalut hiba
Dataran Merdeka menyambut suka
gagah perbarisan anak-anak Malaysia
menghayun langkah menongkah persada
riang di naungan nusa,
makmur setiap ketika
sampai bila-bila.


Penyajak menyatakan perasaan cintanya akan tanah air. Generasi kini hidup dalam keadaan yang sempurna setelah negara mencapai kemerdekaan. Setiap kali ulang tahun kemerdekaan Negara diadakan, generasi sekarang menyambutnya di Dataran Merdeka dengan mengadakan perbarisan. Mereka bukan sahaja berasa gembira dan bangga malahan turut bersemangat untuk menyambutnya. Penyajak berharap agar generasi kini akan hidup dalam kemakmuran sampai bila-bila.



Tema
Cinta akan tanah air yang digambarkan oleh generasi terdahulu dengan berjuang walaupun terpaksa menitiskan darah demi mencapai kemerdekaan. Generasi kini pula menyambut ulag tahun kemerdekaan Negara sebagai tanda cinta mereka akan tanah air.
Persoalan

1.
2.
3.


Perjuangan mencapai kemerdekaan
Sambutan ulang tahun kemerdekaan
Kemakmuran negara


Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh

1.    Personifikasi


Dataran Merdeka menyambut suka

2.    Sinkof
(penggunaan singkatan kata)


namun tak sederas darah yang tertumpah


Unsur Bunyi

1.    Asonansi (pengulangan huruf vokal)

gagah perbarisan anak-anak Malaysia
Ø  dalam baris sajak di atas, vokal “a” diulang sebanyak 11 kali


2.    Aliterasi

 kutegakkan cinta dan kasih sayang
Ø  dalam baris sajak di atas, konsonan “n” diulang sebanyak 4 kali




Nilai Murni

Cinta akan tanah air
Bukti: tentang perjuangan – bertitis air mata mengalir

Kesyukuran
Bukti: kutegakkan cinta dan kasih sayang


Pengajaran

1.    Kita perlulah menghargai kemerdekaan yang kita kecapi demi kesejahteraan hidup kita.
2.    Kita mestilah sanggup berjuang demi mempertahankan negara daripada sebarang anasir yang boleh mengancam kesejahteraan masyarakat dan negara.
3.    Kita perlu bersedia untuk melakukan pengorbanan demi negara yang tercinta.
4.    Kita perlu menghargai dan mengenang jasa para pejuang negara yang telah berjuang  untuk memerdekakan negara daripada cengkaman penjajah.
5.    Semangat cinta akan tanah air perlu disemai dalam diri generasi muda melalui penyertaan mereka dalam sambutan hari kemerdekaan.


11 Ulasan murid:

Tanpa Nama berkata...

bagus. I like it. You're the best. Thank you

Tanpa Nama berkata...

Bagus. Kamu telah menolongi aku dalam komsas.

Ryan Marcus berkata...

apa gaya bahasa bersalut hiba?? Cikgu saya bagi latihan susah2! Sewaktu pembentangan murid ttg 'Diari Lama' ni, sa tdk brapa paham... Tapi yg penting, apa gaya bahasa 'bersalut hiba' ??

Ryan Marcus berkata...

.....

WALAWEI berkata...

CANTIK!!!!!

Tanpa Nama berkata...

berikan maksud 'pada semarak ulang tahun'??

James Larry berkata...

Bersalut hiba bermaksud Kecewa

James Larry berkata...

Bersalut hiba bermaksud Kecewa

Zafiq Fiq berkata...

terima kasih :)


Tanpa Nama berkata...

TAMAN SERIBU PUISI MEMANG BAGUS DAN BERKUALITI.TERIMA KASIH

Tanpa Nama berkata...

Ulasan anda akan dapat dilihat selepas kelulusan

Catat Ulasan