ANALISIS TEKS
SAJAK
|
MAKSUD
|
Jangan
bawa pergi anakku !
Aku
masih mencintai anakku !
Permata
hati belahan jiwa
pembalut
luka dan penghibur lara
satu-satunya
pujaan hatiku.
|
Penyajak
tidak mahu anaknya dibawa pergi kerana dia amat menyayangi anaknya yang
merupakan permata hatinya. Anak itu bukan sahaja menjadi pengubat luka dan
penghibur hatinya yang duka malahan turut menjadi satu-satunya pujaan
hatinya.
|
Jangan
kaubawa lari anakku !
Kerana
tidak boleh berpisah
antara
aku dengannya
hidupku
dan selalu menjadi mata hatiku
pilu
terasa, rapat dada
bila
cinta anakku kau pisah suka
sakit
diri, perih terasa
akan
lupa apa saja dibuatnya
cinta
ayah pada anak
mungkin
lebih dari cinta ibunya.
|
Penyajak
berharap agar anaknya tidak dilarikan kerana dia tidak boleh berpisah dengan
anaknya. Anaknya itu merupakan mata hatinya dan jika mereka terpisah, dia
akan berasa sedih dan pilu. Walaupun cinta seorang ayah terhadap anaknya
mungkin lebih daripada cinta seorang ibu terhadap anaknya, penyajak berharap
agar hubungannya dengan anaknya tidak dipisahkan.
|
Jangan
bawa pergi anakku !
Akan
kucari di mana pun dia kini.
|
Penyajak
berharap agar anaknya tidak dibawa pergi. Dia akan mencari anaknya walau di
mana sahaja anaknya dibawa pergi.
|
Keluarga bahagia |
Tema
Kasih
sayang seorang ibu terhadap anaknya sehingga tidak mahu berpisah dengan
anaknya.
Persoalan
1.
2.
3.
|
Kesan
perpisahan
Hubungan
anak dengan ibu
Kepentingan
seorang anak
|
Gaya
Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1. Metafora
|
hidupku dan selalu
menjadi mata hatiku
|
2. Sinkof
(penggunaan
singkatan kata)
|
·
Jangan bawa pergi anakku
·
Jangan kaubawa
lari anakku
|
Unsur Bunyi
1. Asonansi
( pengulangan huruf vokal)
|
Mungkin
lebih dari cinta ibunya
Ø dalam
baris sajak di atas, vokal “i” diulang sebanyak 5 kali
|
2. Aliterasi
|
Akan kucari di mana pun dia kini
Ø dalam
baris sajak di atas, konsonan “n” diulang sebanyak 4 kali
|
Nilai
Murni
Kasih sayang
Bukti: kerana tidak boleh berpisah antara aku
dengannya
Pengorbanan
Bukti: akan kucari di mana pun dia kini
Pengajaran
1.
Kita tidak boleh memisahkan
kasih sayang antara seorang ibu dengan anaknya kerana seorang ibu itu pasti
akan bersedih sekiranya kehilangan anak yang disayangi. Tindakan memisahkan
seorang anak daripada ibunya juga merupakan tindakan yang tidak
berperikemanusian.
2.
Ibu bapa sangat menyayangi
anak-anak dan mereka sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak.
3.
Setiap ahli keluarga perlu
saling menyayangi untuk membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni.
7 Ulasan murid:
apa maksud metafora?
mata hati ialah metafora atau simpulan bahasa?
mata hati, metafora atau simpulan bahasa??
Maksud metafora ialah暗喻
Di manakah ( bentuk ) sajak tersebut ?
bentuk sajak tersebut ?
Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat baris sajak 'pilu terasa, rapat dada'?
Catat Ulasan