BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

SAJAK JANGAN (OLEH : SULASTRI ABADI)


ANALISIS TEKS

SAJAK
MAKSUD

Jangan bawa pergi anakku !
Aku masih mencintai anakku !
Permata hati belahan jiwa
pembalut luka dan penghibur lara
satu-satunya pujaan hatiku.


Penyajak tidak mahu anaknya dibawa pergi kerana dia amat menyayangi anaknya yang merupakan permata hatinya. Anak itu bukan sahaja menjadi pengubat luka dan penghibur hatinya yang duka malahan turut menjadi satu-satunya pujaan hatinya.


Jangan kaubawa lari anakku !
Kerana tidak boleh berpisah
antara aku dengannya
hidupku dan selalu menjadi mata hatiku
pilu terasa, rapat dada
bila cinta anakku kau pisah suka
sakit diri, perih terasa
akan lupa apa saja dibuatnya
cinta ayah pada anak
mungkin lebih dari cinta ibunya.


Penyajak berharap agar anaknya tidak dilarikan kerana dia tidak boleh berpisah dengan anaknya. Anaknya itu merupakan mata hatinya dan jika mereka terpisah, dia akan berasa sedih dan pilu. Walaupun cinta seorang ayah terhadap anaknya mungkin lebih daripada cinta seorang ibu terhadap anaknya, penyajak berharap agar hubungannya dengan anaknya tidak dipisahkan.


Jangan bawa pergi anakku !
Akan kucari di mana pun dia kini.


Penyajak berharap agar anaknya tidak dibawa pergi. Dia akan mencari anaknya walau di mana sahaja anaknya dibawa pergi.


Keluarga bahagia

Tema
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya sehingga tidak mahu berpisah dengan anaknya.

Persoalan

1.
2.
3.


Kesan perpisahan
Hubungan anak dengan ibu
Kepentingan seorang anak
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh

1.    Metafora


hidupku dan selalu menjadi mata hatiku

2.    Sinkof
(penggunaan singkatan kata)


·         Jangan bawa pergi anakku
·         Jangan kaubawa lari anakku


Unsur Bunyi


1.    Asonansi ( pengulangan huruf vokal)

Mungkin lebih dari cinta ibunya
Ø  dalam baris sajak di atas, vokal “i” diulang sebanyak 5 kali


2.    Aliterasi

 Akan kucari di mana pun dia kini
Ø  dalam baris sajak di atas, konsonan “n” diulang sebanyak 4 kali




Nilai Murni

Kasih sayang
Bukti: kerana tidak boleh berpisah antara aku dengannya

Pengorbanan
Bukti: akan kucari di mana pun dia kini

Pengajaran

1.    Kita tidak boleh memisahkan kasih sayang antara seorang ibu dengan anaknya kerana seorang ibu itu pasti akan bersedih sekiranya kehilangan anak yang disayangi. Tindakan memisahkan seorang anak daripada ibunya juga merupakan tindakan yang tidak berperikemanusian.
2.    Ibu bapa sangat menyayangi anak-anak dan mereka sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak.
3.    Setiap ahli keluarga perlu saling menyayangi untuk membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni.

7 Ulasan murid:

Unknown berkata...

apa maksud metafora?

Tanpa Nama berkata...

mata hati ialah metafora atau simpulan bahasa?

Tanpa Nama berkata...

mata hati, metafora atau simpulan bahasa??

Tanpa Nama berkata...

Maksud metafora ialah暗喻





Tanpa Nama berkata...

Di manakah ( bentuk ) sajak tersebut ?

Tanpa Nama berkata...

bentuk sajak tersebut ?

Tanpa Nama berkata...

Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat baris sajak 'pilu terasa, rapat dada'?

Catat Ulasan