ANALISIS TEKS
SAJAK
|
MAKSUD
|
Di halaman diari ini aku amati selembar
tulisan
tentang perjuangan – bertitis air mata
mengalir
namun tak sederas darah yang tertumpah.
|
Penyajak
menyelak diari lama dan membaca tulisan tentang perjuangan para pejuang
terdahulu untuk mempertahankan tanah air walaupun terpaksa menitiskan darah.
Perjuangan mereka disertai air mata tetapi tidak sederas darah yang mengalir
dari tubuh mereka.
|
Di naungan panji yang megah
kutegakkan cinta dan kasih sayang
anak bertuah bumi merdeka
pada semarak ulang tahun
diulit riang bersalut hiba
Dataran Merdeka menyambut suka
gagah perbarisan anak-anak Malaysia
menghayun langkah menongkah persada
riang di naungan nusa,
makmur setiap ketika
sampai bila-bila.
|
Penyajak
menyatakan perasaan cintanya akan tanah air. Generasi kini hidup dalam
keadaan yang sempurna setelah negara mencapai kemerdekaan. Setiap kali ulang
tahun kemerdekaan Negara diadakan, generasi sekarang menyambutnya di Dataran
Merdeka dengan mengadakan perbarisan. Mereka bukan sahaja berasa gembira dan
bangga malahan turut bersemangat untuk menyambutnya. Penyajak berharap agar
generasi kini akan hidup dalam kemakmuran sampai bila-bila.
|
Tema
Cinta
akan tanah air yang digambarkan oleh generasi terdahulu dengan berjuang
walaupun terpaksa menitiskan darah demi mencapai kemerdekaan. Generasi kini
pula menyambut ulag tahun kemerdekaan Negara sebagai tanda cinta mereka akan
tanah air.
Persoalan
1.
2.
3.
|
Perjuangan
mencapai kemerdekaan
Sambutan
ulang tahun kemerdekaan
Kemakmuran
negara
|
Gaya
Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1. Personifikasi
|
Dataran
Merdeka menyambut suka
|
2. Sinkof
(penggunaan
singkatan kata)
|
namun tak sederas darah yang tertumpah
|
Unsur Bunyi
1. Asonansi
(pengulangan huruf vokal)
|
gagah
perbarisan anak-anak Malaysia
Ø dalam
baris sajak di atas, vokal “a” diulang sebanyak 11 kali
|
2. Aliterasi
|
kutegakkan cinta dan kasih sayang
Ø dalam
baris sajak di atas, konsonan “n” diulang sebanyak 4 kali
|
Nilai
Murni
Cinta akan tanah air
Bukti: tentang perjuangan – bertitis air mata
mengalir
Kesyukuran
Bukti: kutegakkan cinta dan kasih sayang
Pengajaran
1.
Kita perlulah menghargai
kemerdekaan yang kita kecapi demi kesejahteraan hidup kita.
2.
Kita mestilah sanggup
berjuang demi mempertahankan negara daripada sebarang anasir yang boleh
mengancam kesejahteraan masyarakat dan negara.
3.
Kita perlu bersedia untuk
melakukan pengorbanan demi negara yang tercinta.
4.
Kita perlu menghargai dan
mengenang jasa para pejuang negara yang telah berjuang untuk memerdekakan negara daripada cengkaman
penjajah.
5.
Semangat cinta akan tanah
air perlu disemai dalam diri generasi muda melalui penyertaan mereka dalam
sambutan hari kemerdekaan.
11 Ulasan murid:
bagus. I like it. You're the best. Thank you
Bagus. Kamu telah menolongi aku dalam komsas.
apa gaya bahasa bersalut hiba?? Cikgu saya bagi latihan susah2! Sewaktu pembentangan murid ttg 'Diari Lama' ni, sa tdk brapa paham... Tapi yg penting, apa gaya bahasa 'bersalut hiba' ??
.....
CANTIK!!!!!
berikan maksud 'pada semarak ulang tahun'??
Bersalut hiba bermaksud Kecewa
Bersalut hiba bermaksud Kecewa
terima kasih :)
TAMAN SERIBU PUISI MEMANG BAGUS DAN BERKUALITI.TERIMA KASIH
Ulasan anda akan dapat dilihat selepas kelulusan
Catat Ulasan