BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

Sajak Persahabatan-Mohd Amran Daud


Sajak ( Sumber Buku teks KOMSAS : Antologi Gema Sepi Gadis Genius )
Maksud

I
Seorang kanak-kanak
berbaju kurung nampak cantik
berlesung pipit beralis lentik
bermain-main riang, bermain keseorangan
pada wajahnya meriak gembira
pada bibirnya menguntum ceria
berderai ketawa mengocak suasana.



Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Melayu yang nampak cantik apabila berbaju kurung. Mempunyai lesung pipit dan kening yang lentik. Dia sedang bermain-main keseorangan dalam keadaan keriangan. Di wajahnya menampakkan kegembiraan melalui senyum dan ketawanya.


II
Seorang kanak-kanak
berpakaian ceongsam bertocang dua
bergincu pipi tampak ceria
tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa
menghulur senyum dan ketawa manja
pada wajahnya menyerlah keriangan
mereka bermain alang-kepalang
berkejar-kejaran tanpa halangan.

Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang mengenakan pakaian cheongsam dan mempunyai dua tocang pada rambutnya. Wajahnya menampakkan keceriaan.  Kemudian dia datang bertegur sapa dengan kanak-kanak berbangsa Melayu. Dia menghulurkan senyuman dan ketawa manja yang menyerlahkan keriangannya. Kemudian mereka bermain dan berkejaran bersama-sama tanpa sesiapa yang menghalang.


III
Seorang kanak-kanak
bersari bergelang kaki
bertindik hidung menguntum seri
melihat saja telatah manja
si comel berdua, bermain, dan ketawa
dirinya bagai digamit bermain bersama
mengongsi kemesraan
menterjemah makna kejiranan.


Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa India yang mengenakan pakaian sari, bergelang dan bertindik hidung.  Apabila dia melihat keriangan kanak-kanak berbangsa Melayu dan Cina itu bermain bersama-sama maka timbul rasa di hatinya untuk bermain bersama-sama dan berkongsi kemesraan.


IV
Ah, kanak-kanak
biar berlainan agama
biar berlainan bangsa
mereka saling bersalaman
dan berpeluk mesra
tanpa menghirau adat dan budaya;
membina keakraban tanpa curiga
membentuk perpaduan tanpa prasangka
bersatu hati membentuk jati diri
ke arah wawasan lebih bererti!

Kanak-kanak yang berlainan agama dan bangsa itu saling bersalaman dan berpeluk mesra. Mereka tidak menghiraukan perbezaan adat dan budaya yang wujud antara mereka. Mereka telah membina hubungan baik antara satu sama lain tanpa rasa curiga. Wujudnya perpaduan dalam kalangan mereka tanpa rasa prasangka.  Mereka telah bersatu hati membentuk jati diri bagi merealisasikan wawasan negara agar lebih bererti.


Gambar sekadar hiasan
Berbaju kurung nampak berseri, indah wajah tidak terperi.  


Tema:
Sajak ini mengemukakan tema tentang perpaduan antara kaum – masyarakat berbilang kaum perlulah bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan perpaduan.

Persoalan:
·         Hubungan persahabatan yang wujud tanpa mengira kaum dan agama.
·         Keakraban dan perpaduan dapat dicapai tanpa wujudnya rasa sangsi atau curiga antara satu sama lain.
·         Kemesraan dalam perhubungan contohnya kanak-kanak pelbagai kaum bermain bersama-sama dengan riang dang gembira.
·         Sikap ramah mesra tanpa batasan kaum iaitu kanak-kanak berbangsa Melayu terhadap kanak-kanak berbangsa lain untuk bermain bersama-sama. 



Gambar sekadar hiasan
 Warna biru pilihan si dara, sari dipakai adat terpelihara.  

Bentuk:
·         Sajak ini terdiri daripada empat rangkap
·         Jumlah baris adalah bebas.
     Contohnya:
Rangkap 1 – ada tujuh baris.
Rangkap 2 – ada lapan baris.               
Rangkap 3 – ada lapan baris.
Rangkap 4 – ada sepuluh baris.
·         Jumlah perkataan antara tiga hingga enam patah kata sebaris.
·         Jumlah suku kata antara lima hingga lima belas suku kata sebaris.
·         Rima akhir bebas.

Gaya Bahasa
Contoh
Personafikasi
bergincu pipi tampak ceria (R2,B3)
Simile
dirinya bagai digamit bermain bersama (R3,B6)
Sinkope
melihat saja telatah manja (R3,B4)
Anafora
biar berlainan agama
biar berlainan bangsa (R4,B2 – 3)
Responsi
membina keakraban tanpa curiga
membentuk perpaduan tanpa prasangka (R4,B7 – 8)
Kata Ganda
Seorang kanak-kanak (R1,B1)

Unsur Bunyi
Contoh
Asonansi
berlesung pipit beralis lentik (R1,B3)
Aliterasi
biar berlainan bangsa (R4,B3)


Gambar sebagai hiasan
Pelbagai bangsa kita bersatu, ukhwah dijana bertambah mutu.

Nada: Sajak ini bernada Patriotik.

Nilai:
·         Perpaduan: Masyarakat perlulah bersatu padu antara satu sama lain untuk menjayakan wawasan negara.
·         Keakraban dalam hubungan persahabatan: Kanak-kanak pelbagai kaum menjalin hubungan persahabatan tanpa timbul rasa curiga.

Pengajaran:
·         Kita hendaklah menjalinkan hubungan persahabatan tanpa mengira kaum atau agama.
·         Kita janganlah menyimpan perasaan curiga atau prasangka antara satu sama lain.
·         Masyarakat perlulah bersatu-padu antara satu sama lain bagi menjayakan wawasan negara.



33 Ulasan murid:

Nakoji Arikashika berkata...

cantik blog awak...:)
apapa pun trima kasih untuk latihan ini...
akhirnya kerja skolah bahasa melayu saya pun dah siap..:D...

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih....Sajak ini dapat membantu saya untuk menyiapkan kerja sekolah saya..tapi ada sedikit salah ejaan.....Persoalan ayat ke-3....Sila memperbaikikan....terima kasih......

Tanpa Nama berkata...

terimah kasih atas segala maklumat yang saya perolehi dari sini...

Ain Nia berkata...

thank you very much , i appreciate it :)

Ain Nia berkata...

thankyou very much , i appreciate it :D

Ain Nia berkata...

thank you very much , i appreciate it :)

Mohd Amran Daud berkata...

Salam, saya penulisnya. terima kasih atas ulasan sajak ini.

Mohd Amran Daud berkata...

Terima kasih atas ulasan sajak ini. penting sebagai rujukan murid ...

Mathi berkata...

Terima kasih untuk maklumat anda.Ia sangat berguna untuk saya

Tanpa Nama berkata...

bagus ....

Tanpa Nama berkata...

wah ... cantik blog awak.. saya suka!!!
buat komsas lah nanti.. okay

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH SYA UCAPKAN KEPADA AWAK.AWAK TELAH BERJASA KEPADA SAYA DAN RAMAI LAGI PELAJAR.

nabilah nordin berkata...

Terima Kasih Untuk Maklumat Anda . Akhirnya Saya Dapat Maklumat Yang Saya Cari . Dan Ini Dapat Membantu Saya Dalam PBS Saya Nanti . .

nabilah nordin berkata...

Terima Kasih Atas Maklumat Anda . Akhirnya Saya Jumpa Maklumat Yang Saya Cari . Dan Ini Dapat Membantu Saya Dalam PBS Saya Nanti . . ^_^

Joey Lim berkata...

terima kasih banyak

Tanpa Nama berkata...

thank you

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas maklumat anda.Akhirnya saya dapat jumpa maklumat yang saya cari.Dan ini dapat membantu saya dalam PBS saya nanti tapi persoalan ke 3 ada sedikit salah ejaan,harap perbaiki,

Tanpa Nama berkata...

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

terima kasih semoga ramai yang dapat menyaksikan blog ini

Tanpa Nama berkata...

thanksss

Tanpa Nama berkata...

Ulasan tidak terlalu menarik,agak serabut..tetapi penulisan amat bagus serta tidak mengecewakan,keseluruhannya saya bagi 9/10

Sham berkata...

thank you dear for your info. very good and yaaa. finally siap pun my homework. thank you again :)

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas perkongsian mengenai sajak ini . Semoga blog ini akan sentiasa dikunjungi ramai untuk dijadikan sebagai rujukan para pelajar mahupun guru-guru .

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH ATAS MAKLUMAT YG DIBERI....IA AMAT BERGUNA PADA MASA AKAN DATANG

Tanpa Nama berkata...


Trima ksih atas maklumat anda. Akhirnya siap jg krja saya...

Tanpa Nama berkata...

TQ atas maklumat anda.akhrnya siap jg krja saya...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas maklumat anda

Tanpa Nama berkata...

Saya nak tanya kan satu soalan...pada pendapat anda apakah usaha-usaha untuk menwujudkan perpaduan kaum...harap balas

Tanpa Nama berkata...

Ape pun sajak ni memang best

Tanpa Nama berkata...

good :)

Tanpa Nama berkata...

thank you very much

Catat Ulasan