Sajak ( Sumber Buku teks KOMSAS : Antologi Gema Sepi Gadis Genius )
|
Maksud
|
I
Seorang
kanak-kanak
berbaju kurung
nampak cantik
berlesung pipit
beralis lentik
bermain-main
riang, bermain keseorangan
pada wajahnya
meriak gembira
pada bibirnya
menguntum ceria
berderai ketawa
mengocak suasana.
|
Gambaran seorang
kanak-kanak berbangsa Melayu yang nampak cantik apabila berbaju kurung.
Mempunyai lesung pipit dan kening yang lentik. Dia sedang bermain-main
keseorangan dalam keadaan keriangan. Di wajahnya menampakkan kegembiraan
melalui senyum dan ketawanya.
|
II
Seorang
kanak-kanak
berpakaian
ceongsam bertocang dua
bergincu pipi
tampak ceria
tiba-tiba datang
menerpa bertegur sapa
menghulur senyum
dan ketawa manja
pada wajahnya
menyerlah keriangan
mereka bermain
alang-kepalang
berkejar-kejaran
tanpa halangan.
|
Gambaran seorang
kanak-kanak berbangsa Cina yang mengenakan pakaian cheongsam dan mempunyai
dua tocang pada rambutnya. Wajahnya menampakkan keceriaan. Kemudian dia datang bertegur sapa dengan
kanak-kanak berbangsa Melayu. Dia menghulurkan senyuman dan ketawa manja yang
menyerlahkan keriangannya. Kemudian mereka bermain dan berkejaran
bersama-sama tanpa sesiapa yang menghalang.
|
III
Seorang
kanak-kanak
bersari
bergelang kaki
bertindik hidung
menguntum seri
melihat saja telatah
manja
si comel berdua,
bermain, dan ketawa
dirinya bagai
digamit bermain bersama
mengongsi
kemesraan
menterjemah
makna kejiranan.
|
Gambaran seorang
kanak-kanak berbangsa India yang mengenakan pakaian sari, bergelang dan
bertindik hidung. Apabila dia melihat
keriangan kanak-kanak berbangsa Melayu dan Cina itu bermain bersama-sama maka
timbul rasa di hatinya untuk bermain bersama-sama dan berkongsi kemesraan.
|
IV
Ah, kanak-kanak
biar berlainan
agama
biar berlainan
bangsa
mereka saling
bersalaman
dan berpeluk
mesra
tanpa menghirau
adat dan budaya;
membina keakraban tanpa curiga
membentuk perpaduan tanpa prasangka
bersatu hati
membentuk jati diri
ke arah wawasan
lebih bererti!
|
Kanak-kanak yang
berlainan agama dan bangsa itu saling bersalaman dan berpeluk mesra. Mereka
tidak menghiraukan perbezaan adat dan budaya yang wujud antara mereka. Mereka
telah membina hubungan baik antara satu sama lain tanpa rasa curiga. Wujudnya
perpaduan dalam kalangan mereka tanpa rasa prasangka. Mereka telah bersatu hati membentuk jati
diri bagi merealisasikan wawasan negara agar lebih bererti.
|
Gambar sekadar hiasan Berbaju kurung nampak berseri, indah wajah tidak terperi. |
Tema:
Sajak ini mengemukakan
tema tentang perpaduan antara kaum – masyarakat berbilang kaum perlulah
bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan perpaduan.
Persoalan:
·
Hubungan
persahabatan yang wujud tanpa mengira kaum dan agama.
·
Keakraban
dan perpaduan dapat dicapai tanpa wujudnya rasa sangsi atau curiga antara satu
sama lain.
·
Kemesraan
dalam perhubungan contohnya kanak-kanak pelbagai kaum bermain bersama-sama
dengan riang dang gembira.
·
Sikap ramah
mesra tanpa batasan kaum iaitu kanak-kanak berbangsa Melayu terhadap
kanak-kanak berbangsa lain untuk bermain bersama-sama.
Gambar sekadar hiasan Warna biru pilihan si dara, sari dipakai adat terpelihara. |
Bentuk:
·
Sajak ini
terdiri daripada empat rangkap
·
Jumlah
baris adalah bebas.
Contohnya:
Rangkap 1 – ada tujuh baris.
Rangkap 2 – ada lapan baris.
Rangkap 3 – ada lapan baris.
Rangkap 4 – ada sepuluh baris.
·
Jumlah
perkataan antara tiga hingga enam patah kata sebaris.
·
Jumlah suku
kata antara lima hingga lima belas suku kata sebaris.
·
Rima akhir
bebas.
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Personafikasi
|
bergincu pipi
tampak ceria (R2,B3)
|
Simile
|
dirinya bagai
digamit bermain bersama (R3,B6)
|
Sinkope
|
melihat saja
telatah manja (R3,B4)
|
Anafora
|
biar berlainan agama
biar berlainan bangsa (R4,B2 – 3)
|
Responsi
|
membina keakraban
tanpa curiga
membentuk
perpaduan tanpa prasangka (R4,B7 – 8)
|
Kata Ganda
|
Seorang kanak-kanak
(R1,B1)
|
Unsur Bunyi
|
Contoh
|
Asonansi
|
berlesung pipit beralis lentik
(R1,B3)
|
Aliterasi
|
biar berlainan
bangsa (R4,B3)
|
Gambar sebagai hiasan Pelbagai bangsa kita bersatu, ukhwah dijana bertambah mutu. |
Nada: Sajak ini bernada Patriotik.
Nilai:
·
Perpaduan: Masyarakat
perlulah bersatu padu antara satu sama lain untuk menjayakan wawasan negara.
·
Keakraban
dalam hubungan persahabatan: Kanak-kanak pelbagai kaum menjalin hubungan
persahabatan tanpa timbul rasa curiga.
Pengajaran:
·
Kita hendaklah
menjalinkan hubungan persahabatan tanpa mengira kaum atau agama.
·
Kita
janganlah menyimpan perasaan curiga atau prasangka antara satu sama lain.
·
Masyarakat
perlulah bersatu-padu antara satu sama lain bagi menjayakan wawasan negara.
33 Ulasan murid:
cantik blog awak...:)
apapa pun trima kasih untuk latihan ini...
akhirnya kerja skolah bahasa melayu saya pun dah siap..:D...
Terima Kasih....Sajak ini dapat membantu saya untuk menyiapkan kerja sekolah saya..tapi ada sedikit salah ejaan.....Persoalan ayat ke-3....Sila memperbaikikan....terima kasih......
terimah kasih atas segala maklumat yang saya perolehi dari sini...
thank you very much , i appreciate it :)
thankyou very much , i appreciate it :D
thank you very much , i appreciate it :)
Salam, saya penulisnya. terima kasih atas ulasan sajak ini.
Terima kasih atas ulasan sajak ini. penting sebagai rujukan murid ...
Terima kasih untuk maklumat anda.Ia sangat berguna untuk saya
bagus ....
wah ... cantik blog awak.. saya suka!!!
buat komsas lah nanti.. okay
TERIMA KASIH SYA UCAPKAN KEPADA AWAK.AWAK TELAH BERJASA KEPADA SAYA DAN RAMAI LAGI PELAJAR.
Terima Kasih Untuk Maklumat Anda . Akhirnya Saya Dapat Maklumat Yang Saya Cari . Dan Ini Dapat Membantu Saya Dalam PBS Saya Nanti . .
Terima Kasih Atas Maklumat Anda . Akhirnya Saya Jumpa Maklumat Yang Saya Cari . Dan Ini Dapat Membantu Saya Dalam PBS Saya Nanti . . ^_^
terima kasih banyak
thank you
Terima Kasih.
Terima kasih atas maklumat anda.Akhirnya saya dapat jumpa maklumat yang saya cari.Dan ini dapat membantu saya dalam PBS saya nanti tapi persoalan ke 3 ada sedikit salah ejaan,harap perbaiki,
terima kasih
terima kasih semoga ramai yang dapat menyaksikan blog ini
thanksss
Ulasan tidak terlalu menarik,agak serabut..tetapi penulisan amat bagus serta tidak mengecewakan,keseluruhannya saya bagi 9/10
thank you dear for your info. very good and yaaa. finally siap pun my homework. thank you again :)
Terima kasih atas perkongsian mengenai sajak ini . Semoga blog ini akan sentiasa dikunjungi ramai untuk dijadikan sebagai rujukan para pelajar mahupun guru-guru .
TERIMA KASIH ATAS MAKLUMAT YG DIBERI....IA AMAT BERGUNA PADA MASA AKAN DATANG
Trima ksih atas maklumat anda. Akhirnya siap jg krja saya...
TQ atas maklumat anda.akhrnya siap jg krja saya...
terima kasih atas maklumat anda
Saya nak tanya kan satu soalan...pada pendapat anda apakah usaha-usaha untuk menwujudkan perpaduan kaum...harap balas
Ape pun sajak ni memang best
good :)
thank you very much
Catat Ulasan