BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

Pantun Dua Kerat (Nasihat) - Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari

Analisis Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Pantun
Maksud
Gaharu, cengal, giam,
      Tak tahu, tak kenal, diam. 
Seseorang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata.

Jika ada padi berhampalah,
       Jika ada hati berasalah.
Orang yang berasa akan mudah terusik perasaannya oleh sesuatu perkara.

Sakit pandan tak tahukan duri,
        Sakit badan tak tahukan diri.  
Orang yang tidak  insaf akan dirinya akan mendapat balasan akibat perbuatannya.

Dengar cakap enggang makan buah belolok,
       Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.
Jika kita terlalu mendengar cakap orang kita juga yang akan menerima musibah.

Ada beras taruh dalam padi,
        Ada ingat taruh dalam hati.
Sekiranya kita hendak selamat kita perlu sentiasa ingat akan nasihat orang.

Mahal imam, murahlah khatib,
        Mahal demam, murahlah sakit.
Sudah menjadi lumrah hidup manusia sesuatu perkara yang besar bermula daripada perkara yang kecil.

Diam itu emas, sedangkan berkata-kata itu perak.

Tema:Nasihat kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat mengharungi
segala cabaran dalam kehidupan.

Persoalan:
·         Suka mendengar cakap orang tanpa memikirkan akibatnya.
·         Perasaan yang mudah tersentuh.
·         Melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.

Bentuk:
·         Pantun ini terdiri daripada enam rangkap.
·         Pantun ini merupakan pantun dua kerat yang terdiri daripada
sebaris pembayang dan sebaris maksud.
·         Pantun ini mengandungi lapan hingga dua belas perkataan dalam setiap rangkap.
·         Pantun ini mengandungi tujuh hingga tiga belas suku kata dalam setiap baris.
·         Rima pantun ialah ’aa’ tetapi baris akhir sekali berbeza kerana mempunyai
rima akhir ’ab’.


Gaya Bahasa
Contoh
Repitasi
Tak tahu, tak kenal, diam.  (R1,B2)
Sinkope
Sakit pandan tak tahukan duri. (R3,B1)
Anafora
Jika ada padi berhampalah,
                     Jika ada hati berasalah. (R2)
Responsi
Ada beras taruh dalam padi,
                    Ada ingat taruh dalam hati. (R4)


Unsur Bunyi
Contoh
Asonansi
Mahal imam, murahlah khatib, (R6,B1)
Aliterasi
Mahal demam, murahlah sakit. (R6,B2)

Gambar sekadar hiasan


Nilai:
·         Rasional: Sesuatu tindakan yang hendak dilakukan hendaklah
difikirkan terlebih dahulu dengan sewajarnya.
·         Keinsafan: Setiap orang perlulah sedar dan tidak akan mengulangi lagi
kesilapan yang telah dilakukan.
·         Merendah diri: Tidak menyombong diri terhadap seseorang atau sesiapa saja.

Pengajaran:
·         Kita hendaklah merendah diri kalau kita tidak tahu akan sesuatu perkara.
·         Kita perlulah menjaga tutur kata supaya tidak menyakitkan hati orang lain.
·         Kita janganlah terlalu mendengar atau percaya kepada kata-kata orang.
·         Kita mestilah beringat sebelum mendapat kesusahan.

 Tidak kenal maka tidak cinta. 
Oleh itu, krew Taman Seribu Puisi terpanggil untuk membawa murid-murid untuk mengenali tokoh-tokoh hebat ini. Ayuh, berkenalan dengan mereka! 
 Rahman Shaari
Profil lengkap sila ke klik di sini untuk ke pautan yang disediakan.
Dato' Dr. Anwar Ridhwan
Profil lengkap sila ke klik di sini untuk ke pautan yang disediakan.

Teman belajar anda. Tidak kira walau dimana jua.
Belajar tanpa henti. Semoga bermanfaat
.
Sila klik pada gambar untuk mendapat paparan yang lebih jelas.


26 Ulasan murid:

ija hassan berkata...

ada pantun lain tk ^^

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana dapat cari pantun di sini^ ^

parimitaa berkata...

tq

Tanpa Nama berkata...

terbaik dan yang terbagus masukkanlah lagi banyak pantun boleh dikongsikan dengan ramai orang lagi

Farah Najwa berkata...

Terima Kasih! Amat Berguna~

Farah Najwa berkata...

Terima Kasih! Amat berguna~

Faiq Najmi berkata...

Best sye nak pantun due kerat tentang agama plak

Asyraf sinclair berkata...

oklah nih

TAMAN SERIBU PUISI berkata...

Terima kasih semua..nanti cikgu pertimbangkan. :)

Tanpa Nama berkata...

oklah.oklah....

Ecah n Sibling's berkata...

soo good!!..

Tanpa Nama berkata...

Makasih ya!!

Tanpa Nama berkata...

No good!!!

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH. SANGAT MEMBANTU

Ani Afiqah berkata...

boleh tak sisipkan pengajaran bagi setiap rangkap pantun tu??
harap dipertimbangkan

Ani Afiqah berkata...

boleh tak sisipkan pengajaran bagi setiap rangkap???
harap dipertimbangkan...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

bgusssssssssssssss

noor rashidah berkata...

nak nilai dan pengajaran utk setiap rangkap blh?

noor rashidah berkata...

nak nilai dan pengajaran utk setiap rangkap blh?

Tanpa Nama berkata...

mntk nilai dan pengajaran untuk setiap rngkp blh?

noor rashidah berkata...

mntk nilai dan pengajaran untuk setiap rangkap blh?

Tanpa Nama berkata...

okey la sikit2... tapi pengajaran tu tak sesuai sangat dan juga ada kesalahan... harap di pertimbangkan lagi

Tanpa Nama berkata...

CANTK LAH

FARAH berkata...

NAK SKALI DGN VIDEO PANTUN DUA KERAT TU BOLEH BUAT SEBAGAI RUJUKAN

ein berkata...

terima kasih ^ ^ sangat berguna bagi sy

Catat Ulasan