SAJAK "ORANG TUA"
OLEH :PUSPA RANI A/P MUNUSAMY
Sajak
|
Maksud
|
Nampakkah kau
wanita tua di tepi jalan
membawa bersamanya beg usang
berjalan ke sana ke mari
tanpa suatu destinasi.
|
Penyajak mengajak pembaca (kau) merenung nasib seorang wanita tua yang
dilihatnya di tepi jalan dalam keadaan fizikal (penampilan diri) yang tidak
terurus. Wanita tua itu menggalas sebuah beg buruk sambil merayau tanpa arah
tujuan yang khusus.
|
Nampakkah kau
lelaki tua di hujung jalan
kemejanya kotor seluarnya rabak
duduk di sudut tangga
menunggu sisa makanan di restoran mamak
untuk mengalas perut yang kosong.
|
Seorang lelaki tua di hujung jalan pula berpakaian compang-camping
kelihatan terjelepuk kelaparan di sudut sebuah tangga. Dia hanya berharap
dapat mengutip sisa makanan yang ditinggalkan oleh pelanggan sebuah restoran
mamak untuk mengisi perutnya yang berkeroncong.
|
Nampakkah kau
darah berlumuran di jalan raya
mayat si tua dibiarkan di situ
dan
di bilik mayat pula
tiada siapa datang menuntutnya.
|
Di sebatang jalan raya pula kelihatan darah keluar daripada mayat
seorang warga tua yang terbabit dengan nahas. Mayat si tua tidak dipedulikan.
Di hospital, tiada waris yang muncul.
|
Nampakkah ia sepertimu
mereka juga dicipta oleh-Nya
tetapi bezanya mereka diabaikan
ditinggalkan
oleh anak-anak jahil yang tidak berbudi
nampakkah kau?
|
Penyajak menggesa pembaca berfikir bahawa warga tua ialah insan yang
sama seperti kita, iaitu sebagai makhluk ciptaan Ilahi. Hanya nasib mereka
begitu malang angkara anak-anak derhaka dan jahil yang tidak tahu mengenang
budi dan jasa ibu bapa. Penyajak mahu pembaca memiliki kesedaran yang sama.
|
Tema
Kesengsaraan
yang dialami oleh
warga tua akibat
diabaikan.
Persoalan
1)
Keprihatinan
terhadap nasib warga tua
2)
Mengenang
jasa ibu bapa
3)
Kasih
sayang sesama masyarakat
Gaya
Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1)
Repetisi
|
Nampakkah kau
|
2)
Sinkope
|
Kau, mu.
|
3)
Peribahasa
|
mengalas perut.
|
4)
Bahasa puitis
|
mukanya comot rambutnya
kusut.
|
5)
Asonansi - pengulangan
vokal ‘a’
|
tiada siapa
datang menuntutnya.
|
6)
Aliterasi - pengulangan
konsonan ‘m’
|
membawabersamanya beg
usang.
|
Nilai murni
1)
Keprihatinan
2)
Mengenang
budi
3)
Kasih
sayang
Pengajaran
1)
Kita
hendaklah prihatin terhadap nasib warga tua.
2)
Kita
hendaklah mengenang jasa ibu bapa.
3)
Kita
hendaklah menyayangi warga tua.
2 Ulasan murid:
say telah menggunakan blog ini setiap kali saya ingin mengetahui sajak tertentu dengan lebih mendalam .Terima kasih .
Mana bentuk ya ?
Catat Ulasan