BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT) - OLEH : ZAILANI TASLIM

 CONTOH VIDEO
Versi Murid
Semoga bermanfaat (*^-^*)
Hak Cipta Terpelihara
Tamanseribupuisi.blogspot.com


ANALISIS PANTUN

Pantun
Maksud
Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja;
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia.

Susah payah dalam sesuatu pekerjaan akan menjadi lebih ringan jika dilakukan secara beramai-ramai. Malah, cara demikian akan menumbuhkan rasa bahagia dan gembira kepada semua orang yang turut serta. Sebarang masalah dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan mudah.
Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Ambilan peribahasa klasik ini memang tepat dengan mesej keseluruhan pantun. Kekuatan masyarakat atau mana-mana kumpulan manusia terletak kepada ikatan kerjasama yang terjalin. Persefahaman ialah teras keutuhan sesebuah masyarakat.
Turun ke paya memetik kangkung,
Hati-hati terkena getahnya;
Bergotong-royong penduduk sekampung,
Hidup muafakat hidup bahagia.


Amalan dan tradisi gotong-royong berakar umbi di kawasan desa dan kampung. Kerja seperti kenduri kendara dan membina rumah dilaksanakan secara beramai-ramai. Bibit kemesraan yang tumbuh menyumbang terhadap kehidupan masyarakat yang rukun damai dan sejahtera. 
Beras segantang sudah disukat,
Lalu disimpan di atas para;
Andai seluruh masyarakat muafakat,
Negara damai rakyat sejahtera.

Muafakat hanya tercapai jika semua anggota masyarakat bersatu hati, sekata dan sejiwa dalam sesuatu hal, atau urusan kerja. Muafakat ialah asas perpaduan. Akhirnya, negara akan beroleh suasana (milieu) yang aman, sentosa dan tenteram sehingga rakyat jelata menikmati kesejahteraan hidup.
Sawah padi luas terbentang,
Kuning keemasan indahnya maya;
Percaya-mempercayai asas berpegang,
Barulah muafakat kekal selamanya.
Prasyarat kejayaan muafakat ialah ikhlas, jujur dan saling percaya. Pegangan sedemikian ialah sebagai jaminan supaya amalan muafakat dapat bertahan sepanjang masa.
Harum sungguh bunga melati,
Hiasan sanggul amat memikat;
Bertolak ansur, hormat-menghormati,
Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

Amalan muafakat perlu kepada sikap tolak ansur dan saling hormat. Perbezaan dalam perkara-perkara kecil hendaklah diketepikan, sebaliknya mendahulukan persamaan buah fikiran dan cara bertindak. Perpaduan masyarakat sangat bergantung kepada kesanggupan menerima perbezaan seadanya.


Bekerjasama memudahkan segala urusan

Tema
Tema pantun ini ialah amalan bermuafakat dan kerjasama dalam masyarakat akan membawa kesejahteraan. Tema pantun ini ialah amalan bermuafakat dan kerjasama dalam masyarakat akan membawa kesejahteraan.

Persoalan
1)    Kerjasama membawa bahagia
2)    Muafakat mengukuhkan perpaduan masyarakat
3)    Tolak ansur menjayakan muafakat
4)    Saling percaya menentukan muafakat
5)    Saling hormat teras muafakat
6)    Perpaduan masyarakat menerusi muafakat

Bentuk
1.    Terikat
2.    Terdiri daripada enam rangkap
3.    Empat baris serangkap
4.    Ada pembayang dan maksudnya
5.    Bilangan kata 3 hingga 5 patah kata sebaris
6.    Rima akhir abab


Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh
1)    Anafora - Pengulangan kata pada awal baris
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
2)    Repetisi - Pengulangan kata
Hidup muafakat hidup bahagia.
3)    Imej alam - Penggunaan unsur alam semula jadi
pelangi, senja, lurah, buah salak, paya, kangkung, beras, sawah padi, bunga
melati.
4)    Peribahasa

Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
5)    Responsi - Pengulangan kata pada tengah-tengah baris
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Nilai Murni
Nilai murni
Contoh
1)    Muafakat

kesepakatan dalam kalangan masyarakat membawa kepada kehidupan yang sejahtera.
2)    Bekerjasama
Sikap sentiasa bekerjasama memudahkan pekerjaan yang kita lakukan bersama.
3)    Bertolak ansur
Rakyat yang mengamalkan sikap bertolak ansur akan menjamin kedamaian seebuah negara.
4)    Saling mempercayai
Persefahaman yang berkekalan akan wujud sekiranya masyarakat saling mempercayai antara satu sama lain.
5)    Hormat-menghormati
Masyarakat yang berbilang kaum sentiasa diseru agar saling menghormati akan kesejahteraan bersama akan wujud dan berkekalan.
6)    Perpaduan
Semua ahli masyarakat haruslah bersatu hati demi mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat.

Pengajaran
1)    Kita hendaklah sentiasa bermuafakat dalam melakukan sebarang pekerjaan atau membuat keputusan.
2)    Kita hendaklah mengutamakan perpaduan masyarakat.
3)    Kita hendaklah bertolak ansur dalam kerja bermuafakat (pasukan).
4)    Kita hendaklah saling percaya membina muafakat.
5)    Kita hendaklah saling hormat menuju muafakat.
6)    Kita jangan hanya mementingkan diri sendiri atau memencilkan diri dalam masyarakat.





18 Ulasan murid:

amieyra azmie berkata...

unsur bunyi x de ker....perlu sngt skrg nih....

Tanpa Nama berkata...

unsur bunyi takde....

M.Anandha Raj Raja berkata...

TErima kasih lol! !

Tanpa Nama berkata...

OK.. thanks a lot.. =)

Tanpa Nama berkata...

gaya bahasa nak inversi...boleh tolong ark cikgu

Nurul Nadhirah berkata...

Terima kasih .. Blog ini amat berguna untuk diri saya

Nurul Nadhirah berkata...

Terima kasih .. blog ini sangat berguna untuk diri saya

amekchafiq amirsyafiq berkata...

best3 terbaeq sangat

amekchafiq amirsyafiq berkata...

best3 tqs .., terbaeq..,

Fatieyn_ berkata...

thanks :)

Tanpa Nama berkata...

Thanks berguna sangat

Peiyee Tan berkata...

Thanks a lot xD

Peiyee Tan berkata...

Thanks a lot xD

Tanpa Nama berkata...

Insyahallah say a akin Berjaya.doakan saya.mohon

Tanpa Nama berkata...

baik

Tanpa Nama berkata...

baik

Tanpa Nama berkata...

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

kenapa unsur bunyi tak ada cikgu?

Catat Ulasan