CONTOH VIDEO
Versi Murid
Semoga bermanfaat (*^-^*)
Hak Cipta Terpelihara
Tamanseribupuisi.blogspot.com
ANALISIS PANTUN
Pantun
|
Maksud
|
Indah sungguh warna
pelangi,
Tidak luput hingga senja;
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa
bahagia.
|
Susah payah dalam sesuatu
pekerjaan akan menjadi lebih ringan jika dilakukan secara beramai-ramai.
Malah, cara demikian akan menumbuhkan rasa bahagia dan gembira kepada semua
orang yang turut serta. Sebarang masalah dapat diselesaikan dengan lebih
cepat dan mudah.
|
Buah salak di dalam
kantung,
Kulitnya keras isinya
kelat;
Bulat air kerana
pembetung,
Bulat manusia kerana
muafakat.
|
Ambilan peribahasa klasik
ini memang tepat dengan mesej keseluruhan pantun. Kekuatan masyarakat atau
mana-mana kumpulan manusia terletak kepada ikatan kerjasama yang terjalin.
Persefahaman ialah teras keutuhan sesebuah masyarakat.
|
Turun ke paya memetik
kangkung,
Hati-hati terkena
getahnya;
Bergotong-royong penduduk
sekampung,
Hidup muafakat hidup
bahagia.
|
Amalan dan tradisi
gotong-royong berakar umbi di kawasan desa dan kampung. Kerja seperti kenduri
kendara dan membina rumah dilaksanakan secara beramai-ramai. Bibit kemesraan
yang tumbuh menyumbang terhadap kehidupan masyarakat yang rukun damai dan
sejahtera.
|
Beras segantang sudah
disukat,
Lalu disimpan di atas
para;
Andai seluruh masyarakat
muafakat,
Negara damai rakyat
sejahtera.
|
Muafakat hanya tercapai
jika semua anggota masyarakat bersatu hati, sekata dan sejiwa dalam sesuatu
hal, atau urusan kerja. Muafakat ialah asas perpaduan. Akhirnya, negara akan
beroleh suasana (milieu) yang aman, sentosa dan tenteram sehingga rakyat
jelata menikmati kesejahteraan hidup.
|
Sawah padi luas
terbentang,
Kuning keemasan indahnya
maya;
Percaya-mempercayai asas
berpegang,
Barulah muafakat kekal
selamanya.
|
Prasyarat kejayaan
muafakat ialah ikhlas, jujur dan saling percaya. Pegangan sedemikian ialah
sebagai jaminan supaya amalan muafakat dapat bertahan sepanjang masa.
|
Harum sungguh bunga
melati,
Hiasan sanggul amat
memikat;
Bertolak ansur,
hormat-menghormati,
Mengukuhkan perpaduan
ikatan muafakat.
|
Amalan muafakat perlu
kepada sikap tolak ansur dan saling hormat. Perbezaan dalam perkara-perkara
kecil hendaklah diketepikan, sebaliknya mendahulukan persamaan buah fikiran
dan cara bertindak. Perpaduan masyarakat sangat bergantung kepada kesanggupan
menerima perbezaan seadanya.
|
Bekerjasama memudahkan segala urusan |
Tema
Tema
pantun ini ialah amalan bermuafakat dan kerjasama dalam masyarakat akan membawa
kesejahteraan. Tema pantun ini ialah amalan bermuafakat dan kerjasama dalam
masyarakat akan membawa kesejahteraan.
Persoalan
1) Kerjasama
membawa bahagia
2) Muafakat
mengukuhkan perpaduan masyarakat
3) Tolak
ansur menjayakan muafakat
4) Saling
percaya menentukan muafakat
5) Saling
hormat teras muafakat
6) Perpaduan
masyarakat menerusi muafakat
Bentuk
1. Terikat
2. Terdiri
daripada enam rangkap
3. Empat
baris serangkap
4. Ada
pembayang dan maksudnya
5. Bilangan
kata 3 hingga 5 patah kata sebaris
6. Rima
akhir abab
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1) Anafora
- Pengulangan kata pada awal baris
|
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat. |
2) Repetisi
- Pengulangan kata
|
Hidup muafakat hidup bahagia.
|
3) Imej
alam - Penggunaan unsur alam semula jadi
|
pelangi, senja, lurah, buah salak, paya, kangkung,
beras, sawah padi, bunga
melati. |
4) Peribahasa
|
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat. |
5) Responsi
- Pengulangan kata pada tengah-tengah baris
|
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat. |
Nilai Murni
Nilai murni
|
Contoh
|
1) Muafakat
|
kesepakatan dalam kalangan masyarakat membawa kepada
kehidupan yang sejahtera.
|
2) Bekerjasama
|
Sikap sentiasa bekerjasama memudahkan pekerjaan yang
kita lakukan bersama.
|
3) Bertolak
ansur
|
Rakyat yang mengamalkan sikap bertolak ansur akan
menjamin kedamaian seebuah negara.
|
4) Saling
mempercayai
|
Persefahaman yang berkekalan akan wujud sekiranya
masyarakat saling mempercayai antara satu sama lain.
|
5) Hormat-menghormati
|
Masyarakat yang berbilang kaum sentiasa diseru agar
saling menghormati akan kesejahteraan bersama akan wujud dan berkekalan.
|
6) Perpaduan
|
Semua ahli masyarakat haruslah bersatu hati demi
mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat.
|
Pengajaran
1) Kita
hendaklah sentiasa bermuafakat dalam melakukan sebarang pekerjaan atau membuat
keputusan.
2) Kita
hendaklah mengutamakan perpaduan masyarakat.
3) Kita
hendaklah bertolak ansur dalam kerja bermuafakat (pasukan).
4) Kita
hendaklah saling percaya membina muafakat.
5) Kita
hendaklah saling hormat menuju muafakat.
6) Kita
jangan hanya mementingkan diri sendiri atau memencilkan diri dalam masyarakat.
18 Ulasan murid:
unsur bunyi x de ker....perlu sngt skrg nih....
unsur bunyi takde....
TErima kasih lol! !
OK.. thanks a lot.. =)
gaya bahasa nak inversi...boleh tolong ark cikgu
Terima kasih .. Blog ini amat berguna untuk diri saya
Terima kasih .. blog ini sangat berguna untuk diri saya
best3 terbaeq sangat
best3 tqs .., terbaeq..,
thanks :)
Thanks berguna sangat
Thanks a lot xD
Thanks a lot xD
Insyahallah say a akin Berjaya.doakan saya.mohon
baik
baik
terima kasih
kenapa unsur bunyi tak ada cikgu?
Catat Ulasan