BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)
Memaparkan catatan dengan label Tingkatan 3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tingkatan 3. Papar semua catatan

NOTA TINGKATAN 3

SUMBER RUJUKAN UTAMA









Disediakan oleh Krew Taman Seribu Puisi
Semoga bermanfaat.

Salam kecemerlangan yang berpanjangan.

PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)

PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)
OLEH : HARUN MAT PIAH (PENYELENGGARA)

CONTOH VIDEO(Versi guru)
Hak Cipta Terpelihara
tamanseribupuisi.blogspot.com
 Semoga bermanfaat (*^-^*)

CONTOH VIDEO EDISI BONUS
VERSI MURID
Semoga bermanfaat (*^-^*) 
Hak Cipta Terpelihara
Tamanseribupuisi.blogspot.com

ANALISIS TEKS
Pantun
Maksud
Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang;
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.

Kalau semua orang (dalam kumpulan / organisasi / masyarakat) sepakat, seia sekata, maka sebarang tugas yang mungkin bersifat berat dan sukar akan menjadi ringan dan mudah untuk disempurnakan.
Melangir keris pusaka hikmat,
Keris sejarah sejak bahari;
Kalau gadis ingin selamat,
Jangan murah menjual diri.
Pesanan sangat jelas ditujukan buat gadis muda remaja supaya sentiasa menjaga maruah diri. Seseorang gadis yang berakhlak luhur dan mulia tidak akan mudah diperdaya atau cepat lemah terhadap godaan. Maka, gadis tidak harus cepat leka dengan pujian atau lemas dengan pujuk rayu (gula-gula muslihat lelaki hidung belang, mata keranjang) hanya kerana seronok didampingi, walhal risiko keselamatan diri sangat tinggi (mangsa serangan seksual, pembunuhan).
Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati, bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
Pesanan seterusnya ialah tentang bahaya menurut kehendak (atau hasutan) hawa nafsu yang boleh menjerumuskan seseorang ke arah kebinasaan. Hawa nafsu merujuk kepada keinginan yang tidak terkawal dan menjurus kepada tabiat membazir. Demi memenuhi tuntutan hawa nafsu, seseorang itu mungkin terdedah kepada perbuatan yang mengundang padah kepada diri sendiri.
Nyiur muda dibuat pengat,
Mari dimakan bulan puasa;
Wahai pemuda hendaklah ingat,
Kerana mulut badan binasa.
Nasihat juga ditujukan kepada lelaki muda lela (remaja dan muda). Mereka diberi peringatan agar menjaga tutur kata dan ucapan. Percakapan atau pendapat yang dilontarkan boleh jadi disalah erti atau sama sekali tidak disenangi oleh orang lain yang mengundang perbalahan yang dahsyat.
Orang berkelah di Tanjung Rhu,
Sambil memanggang si ikan sepat;
Hendaklah banyak menghadap guru,
Supaya terang jalan makrifat.
Bagi memperoleh ilmu dan mengukuhkan kefahaman tentang banyak perkara, seseorang itu hendaklah berguru, iaitu mendapat bimbingan (dan ijazah) daripada guru-guru yang dalam ilmunya dan tajam pemikirannya. Dalam kata lain, bagi mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang benar dan berguna, seseorang itu hendaklah melalui proses pengajian yang diiktiraf. Belajar bersendirian (tanpa guru) mengundang kesesatan (ditipu oleh syaitan laknatullah).
Rendang sungguh pohon ara,
Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
Tatasusila perlu dijaga.        

Berkenalan dan menjadi lebih mesra tidaklah menjadi masalah. Syaratnya perkenalan itu mestilah berlandaskan tatasusila, iaitu adab dan etika yang luhur. Perkenalan yang ikhlas bermakna bahawa segala batasan dan tegahan tidak dilanggari.


Tema
Nasihat kepada golongan muda mudi tentang akhlak mulia  dan adab pergaulan.

Persoalan
1)    Kesepakatan dan permuafakatan dalam kerja kegiatan
2)    Jati diri dan ketegasan dalam menjaga maruah diri
3)    Kesederhanaan dalam perbuatan, tindakan dan membuat keputusan
4)    Berbudi bahasa, kesopanan, ketelitian dalam komunikasi
5)    Kerajinan dan rendah diri dalam menuntut ilmu
6)    Persaudaraan yang ikhlas

Bentuk
1.    Bentuk terikat.
2.    Mempunyai 6 rangkap.
3.    Mempunyai 4 baris dalam satu rangkap
4.    Baris 1 dan 2 merupakan pembayang dan baris 3 dan 4 merupakan maksud.
5.    Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : Jangan ikut hawa nafsu (4 perkataan – rangkap 3)
Contoh : Kerja yang payah menjadi senang (5 perkataan – rangkap 1)
6.    Suku kata 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris.
Contoh : ja/ngan/ i/kut ha/wa naf/su (8 suku kata - rangkap 3)
Contoh : ji/ka/lau se/mua ber/sa/tu ha/ti (11 suku kata - rangkap 1)

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh
1)   Asonansi  - Pengulangan vokal u
Nyiur muda dibuat pengat
2)   Aliterasi - Pengulangan konsonan g
Sungai Pahang sama direnang
3)   Peribahasa
kerana mulut badan binasa.
4)   Repitisi
bunga melati bunga pandan.
5)   Unsur alam
nyiur muda

Nilai Murni
Nilai murni
Contoh
1)   Bekerjasama
Sesuatu kerja yang sukar pastinya akan menjadi lebih mudah apabila wujudnya semangat kerjasama dalam masyarakat.
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.

2)   Kebijaksanaan
Seseorang itu perlu bijaksana menjaga diri agar tidak
terjebak dalam perkara yang tidak elok.

Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
3)   Berbudi pekerti
Setiap insan hendaklah bergaul mesra dengan tertib dan menjaga tutur kata agar diri tidak merana disebabkan ketelanjuran kata-kata.
Tidak salah bergaul mesra,
Tatasusila perlu dijaga.

Pengajaran
1)    Kita hendaklah bermuafakat dalam sesuatu pekerjaan.
2)    Kita perlu memiliki jati diri dan ketegasan dalam menjaga maruah diri.
3)    Kita mesti bersifat  sederhana dan mengamalkan kesederhanaan dalam perbuatan,  tindakan dan membuat keputusan.
4)    Kita hendaklah berbudi bahasa, sopan, dan teliti dalam berkomunikasi.
5)    Kita hendaklah rajin dan merendah diri dalam menuntut ilmu.
6)    Kita hendaklah menjaga keikhlasan dalam pergaulan.
Teman belajar anda. Tidak kira walau dimana jua.
Belajar tanpa henti. Semoga bermanfaat
.
Klik pada gambar untuk lebih jelas

SAJAK “RUMPUT”


SAJAK “RUMPUT”
OLEH :KHADIJAH HASHIM

Contoh video deklamasi sajak oleh murid
Adik Nadia dari Selangor
Hak cipta terpelihara
tamanseribupuisi.blogspot.com

Sajak 
Maksud
Baru saja hendak mendongak
aku sudah dipijak
baru saja hendak berbedak
diserbu debu menutup muka
cuaca panas angin kering
ditambah lagi bau busuk asap lori
sesak nafas bagai menunggu mati
mujur embun pagi membersih diri.




Rumput tidak sempat tegak lurus kerana selalu dipijak oleh orang atau kenderaan yang lalu-lalang. Rumput juga tidak sempat menjadi cantik dipandang (bersih) kerana sering diliputi debu di tepi jalan. Keadaan cuaca yang panas serta angin kering, serta bau busuk yang dilepaskan oleh asap lori memburukkan keadaan. Rumput seakan terkulai layu tidak bermaya. Rumput hanya berharap akan belas ihsan embun pagi yang menanggalkan segala kotoran yang melekat padanya.
Baru saja tangan hendak menari
datang pemotong rumput
lalu dipotongnya jari doa
si pemotong rumput
cepat panjang
cepat dapat wang!


Apabila rumput panjang sedikit lalu melintuk liuk dipuput bayu (ke kiri ke kanan ditiup angin), maka pemotong rumput (pekerja kontrak pihak berkuasa tempatan atau persendirian) datang memotong rumput yang baru hendak kelihatan panjang. Bagi si pemotong rumput, jika rumput cepat panjang bererti dia akan cepat mendapat wang upah memotong rumput.
Nasib rumput di tepi jalan
tak sehijau rumput di padang.



Keadaan rumput di tepi jalan berbeza dengan rumput di kawasan padang yang menghijau. Rumput di tepi jalan tidak sempat tumbuh panjang menghijau  kerana aktiviti manusia yang lalu-lalang dan pengaruh persekitaran.

Tema
Rintihan nasib seorang yang hina dan dipandang rendah.
Golongan miskin selalunya dipandang rendah oleh orang lain.

Persoalan
1)   Sikap hormat-menghormati sesama insan walaupun terhadap golongan yang kurang berkemampuan. 
     Golongan yang berkedudukan tinggi sering tidak menghormati golongan miskin.
2)   Penghargaan kepada orang lain. 
     Menghargai bakat seseorang itu walaupun miskin.
3)   Penindasan terhadap golongan bertaraf rendah. 
     Golongan bertaraf rendah selalu menjadi alat untuk kepentingan golongan atasan.
4)   Cabaran dalam kehidupan. 
     Walaupun berada dalam kesusahan dan keperitan, kelangsungan hidup perlu diteruskan.

Bentuk
1.    Sajak ini berbentuk bebas.
2.    Mengandungi tiga rangkap.
3.    Baris-baris ayat dan rima akhir
·         Rangkap 1 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaabcddd.
·         Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya ababcc.
·         Rangkap 3 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh
1)   Sinkope.
tak.
2)   Personifikasi.
tangan hendak menari
3)   Repitisi
Baru saja.
4)   Anafora
cepat.
5)   Asonansi – pengulangan vokal ‘u’
diserbu debu menutup muka.
6)   Aliterasi – pengulangan konsonan ‘b’
ditambah lagi bau busuk asap lori.
7)   Simile
bagai menunggu mati.

Nilai Murni
Nilai murni
Contoh
1)   Ketabahan
Tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.
2)   Kegigihan

Tidak berputus asa walaupun penindasan berlaku di mana-mana.

Pengajaran
1)   Kita janganlah menghina orang susah atau miskin.
Sebagai seorang yang bernasib baik kita tidak sepatutnya menghina orang susah.
2)   Kita perlulah mempunyai sifat hormat-menghormati terutamanya kepada golongan miskin.
3)   Kita janganlah memandang rendah akan bakat seseorang.
4)   Kita janganlah menutup peluang orang lain terutamanya peluang golongan susah atau miskin.