SUMBER RUJUKAN UTAMA
Disediakan oleh Krew Taman Seribu Puisi
Semoga bermanfaat.
Salam kecemerlangan yang berpanjangan.
Pantun
|
Maksud
|
Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang; Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang. |
Kalau semua orang (dalam
kumpulan / organisasi / masyarakat) sepakat, seia sekata, maka sebarang tugas
yang mungkin bersifat berat dan sukar akan menjadi ringan dan mudah untuk
disempurnakan.
|
Melangir keris pusaka hikmat,
Keris sejarah sejak bahari; Kalau gadis ingin selamat, Jangan murah menjual diri. |
Pesanan
sangat jelas ditujukan buat gadis muda remaja supaya sentiasa menjaga maruah
diri. Seseorang gadis yang berakhlak luhur dan mulia tidak akan mudah
diperdaya atau cepat lemah terhadap godaan. Maka, gadis tidak harus cepat
leka dengan pujian atau lemas dengan pujuk rayu (gula-gula muslihat lelaki
hidung belang, mata keranjang) hanya kerana seronok didampingi, walhal risiko
keselamatan diri sangat tinggi (mangsa serangan seksual, pembunuhan).
|
Menanam
bunga di dalam pasu,
Bunga
melati, bunga pandan;
Jangan
ikut hawa nafsu,
Kelak
nanti binasa badan.
|
Pesanan
seterusnya ialah tentang bahaya menurut kehendak (atau hasutan) hawa nafsu
yang boleh menjerumuskan seseorang ke arah kebinasaan. Hawa nafsu merujuk
kepada keinginan yang tidak terkawal dan menjurus kepada tabiat membazir.
Demi memenuhi tuntutan hawa nafsu, seseorang itu mungkin terdedah kepada
perbuatan yang mengundang padah kepada diri sendiri.
|
Nyiur
muda dibuat pengat,
Mari
dimakan bulan puasa;
Wahai
pemuda hendaklah ingat,
Kerana
mulut badan binasa.
|
Nasihat
juga ditujukan kepada lelaki muda lela (remaja dan muda). Mereka diberi
peringatan agar menjaga tutur kata dan ucapan. Percakapan atau pendapat yang
dilontarkan boleh jadi disalah erti atau sama sekali tidak disenangi oleh
orang lain yang mengundang perbalahan yang dahsyat.
|
Orang
berkelah di Tanjung Rhu,
Sambil
memanggang si ikan sepat;
Hendaklah
banyak menghadap guru,
Supaya
terang jalan makrifat.
|
Bagi memperoleh ilmu dan
mengukuhkan kefahaman tentang banyak perkara, seseorang itu hendaklah
berguru, iaitu mendapat bimbingan (dan ijazah) daripada guru-guru yang dalam
ilmunya dan tajam pemikirannya. Dalam kata lain, bagi mendapatkan pengalaman
dan pengetahuan yang benar dan berguna, seseorang itu hendaklah melalui
proses pengajian yang diiktiraf. Belajar bersendirian (tanpa guru) mengundang
kesesatan (ditipu oleh syaitan laknatullah).
|
Rendang
sungguh pohon ara,
Tumbuh
subur tepi telaga;
Tidak
salah berkenal mesra,
Tatasusila
perlu dijaga.
|
Berkenalan dan menjadi
lebih mesra tidaklah menjadi masalah. Syaratnya perkenalan itu mestilah
berlandaskan tatasusila, iaitu adab dan etika yang luhur. Perkenalan yang
ikhlas bermakna bahawa segala batasan dan tegahan tidak dilanggari.
|
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1) Asonansi - Pengulangan vokal u
|
Nyiur muda dibuat pengat
|
2) Aliterasi
- Pengulangan konsonan g
|
Sungai Pahang sama direnang
|
3) Peribahasa
|
kerana mulut badan binasa.
|
4) Repitisi
|
bunga melati bunga pandan.
|
5) Unsur
alam
|
nyiur muda
|
Nilai murni
|
Contoh
|
1) Bekerjasama
Sesuatu kerja yang sukar pastinya akan menjadi lebih
mudah apabila wujudnya semangat kerjasama dalam masyarakat.
|
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.
|
2) Kebijaksanaan
Seseorang itu perlu bijaksana menjaga diri agar tidak
terjebak dalam perkara yang tidak elok.
|
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
|
3) Berbudi
pekerti
Setiap insan hendaklah bergaul mesra dengan tertib dan
menjaga tutur kata agar diri tidak merana disebabkan ketelanjuran kata-kata.
|
Tidak salah bergaul mesra,
Tatasusila perlu dijaga.
|
|
Pantun
|
Maksud
|
|
Perahu
layar mudik ke pangkalan,
Sampai
di pangkalan, memunggah barang;
Wahai
rakan, handai dan taulan,
Bangkit
segera kita berjuang.
|
Pemuisi
menyeru sekalian kenalan, kawan dan sahabat supaya bingkas bangun melakukan
sesuatu yang bermanfaat.
|
|
Sampai
di pangkalan memunggah barang,
Barang
habis dibawa ke rumah;
Bangkit
segera kita berjuang,
Hapuskan
semangat culas dan malas.
|
Bagi
menjayakan sesuatu pekerjaan, seseorang itu mesti menjauhi sikap sambil lewa
dan malas yang menggambarkan tiada kesungguhan atau tidak serius.
|
|
Barang
habis dibawa ke rumah,
Tiada
satu tinggal di perahu;
Hapuskan
semangat culas dan malas,
Semua
kerja mestilah tahu.
|
Setelah sikap culas dan
malas dijauhi, seseorang itu harus tahu melakukan segala kerja yang diamanahkan.
Maksudnya, telah membuat persediaan atau belajar terlebih dahulu.
|
|
Tiada
satu tinggal di perahu,
Tidaklah
bimbang barangkan hilang;
Semua
kerja mestilah tahu,
Bajak,
cangkul, tebas, dan tebang.
|
Segala pekerjaan yang
dilakukan hendaklah sempurna dari awal hingga akhir. Pendek kata, semua kerja
dapat dibereskan.
|
|
Tidaklah
bimbang barangkan hilang,
Semuanya
ada dalam selamat;
Bajak,
cangkul, tebas, dan tebang,
Semuanya
dikerja dengan cermat.
|
Segala kerja dilakukan
dengan cermat (teliti). Tiada kecuaian berlaku. Dalam bahasa pejabat, kerja
dilaksanakan menepati spesifikasi, kehendak, kualiti dan piawai yang
ditetapkan.
|
|
Semuanya
ada dalam selamat,
Boleh
disimpan turun-temurun;
Dapat
dikerjakan dengan cermat,
Kerja
yang berat tidaklah gerun.
|
Sikap cermat dalam
pekerjaan membolehkan apa-apa jua kerja dapat dilaksanakan tanpa banyak soal.
Kerja yang bersifat berat dapat ditangani dengan sikap yakin. Tiada sifat
mengalah, menarik diri atau pesimis (seperti si corot yang banyak alasan dan
fobia).
|
|
Boleh
disimpan turun-temurun,
Itulah
tanda barang yang berharga;
Kerja
yang berat tidaklah gerun,
Semuanya
siap hati pun lega.
|
Apabila yakin mampu
melaksanakan segala kerja, seseorang itu akan berasa lega, lapang, puas hati, gembira dan seronok setelah kerja itu sempurna.
|
|
Itulah
tanda barang yang berharga,
Payah
dicari susah mendapat;
Semuanya
siap hati pun lega,
Tiadalah
tinggal terbuang penat.
|
Kerja yang berjaya
disempurnakan bererti segala penah lelah yang dialami berbaloi, terbayar dan
terubat. Kepuasan diri kerana dapat melaksanakan kerja dengan sempurna ialah
ganjaran tertinggi bagi seseorang yang bekerja dengan bersungguh-sungguh,
cekap, cermat dan penuh keyakinan.
|
|
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
|
1) Asonansi - Pengulangan vokal a
|
Contoh : Wahai rakan handai dan taulan
|
|
2) Aliterasi
- Pengulangan konsonan t
|
Tiadalah tinggal terbuang penat
|
|
3) Sinkope
- Pemendekan kata ‘akan’
|
Tidaklah bimbang barangkan hilang
|
|
4) Inversi
- Pembalikan kata
|
Kerja yang berat tidaklah gerun,
sepatutnya tidaklah gerun kerja yang berat.
|
|
5) Repitisi
- Pengulangan kata ‘pangkalan’
|
Perahu layar mudik ke pangkalan,
Sampai di pangkalan memunggah barang.
|
|
Nilai murni
|
Contoh
|
|
1) Kerajinan
Sikap malas perlu dihapuskan apabila melakukan
sesuatu pekerjaan.
|
Bangkit segera kita berjuang,
Hapuskan semangat culas dan lemah.
|
|
2) Ketekunan
Sentiasa tekun melakukan pekerjaan untuk mendapatkan
hasil yang sempurna.
|
Dapat dikerjakan dengan cermat,
Kerja yang berat tidaklah gerun.
|
|
3) Kegigihan
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan
mendatangkan hasil.
|
Kerja yang berat tidaklah gerun,
Semuanya siap hatipun lega.
|