BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

SAJAK "KEUSANGAN BUDAYA"


SAJAK "KEUSANGAN BUDAYA"
OLEH :ROSHILAWATI RAZLAN

Sajak 
Maksud
Ketika dulu
kelihatan sang dara bersimpuh ayu
bersalut songket tenunan Melayu
mengayam segar

Pada zaman dahulu, anak-anak gadis duduk dengan sopan sambil mengenakan pakaian masyarakat Melayu, iaitu songket tenunan yang begitu halus dan sedap mata memandang. 
Kelihatan
sang teruna menebang ara
berbaju Melayu warisan bangsa
meniup seruling bamboo

merdu dan sayu
Lelaki muda pula bangga dengan menyarung baju Melayu sebagai pakaian turun-temurun, melakukan pekerjaan tangan dan mengalukan irama indah dan syahdu dengan menggunakan seruling (alat tiupan) yang diperbuat daripada buluh. 
Ketika ini
tiada lagi sang dara ayu
tiada juga teruna gagah
kini yang ada cuma
tubuh-tubuh lesu
tubuh-tubuh kaku

Kini, keadaan telah berubah. Citra anak gadis dan anak lelaki persis zaman dahulu sudah tiada lagi. Anak-anak Melayu sudah hilang jati diri, iaitu dengan penampilan diri yang jauh daripada warisan budaya Melayu dahulu.
Kedengaran
irama gamat menodai kedamaian
seruling bambu diam keusangan
songket dan batik muram disisihkan




Aliran muzik yang bising dan hingar-bingar seperti rock dan underground telah menggantikan irama Melayu tradisional. Alat-alat muzik lama telah dilupakan sama sekali, manakala persalinan pakaian kebanggaan orang Melayu dahulu telah dipinggirkan. 
Ayahanda bonda di pondok
memalu nobat di sisi
melihat sayu sang Sita Dewi

yang usang tidak bermaya lagi.




Budaya lama hanya diminati oleh generasi lama (tua) yang tiada daya tarikan lagi. Persembahan kesenian lama juga hanya dimainkan oleh budayawan dan seniman lanjut usia. Mereka hanya mampu berduka (seperti dalang wayang kulit) yang mendapati boneka watak Sita Dewi tidak mendapat sambutan lagi.

Tema
Adab dan budaya bangsa Melayu yang perlu dipertahankan.Golongan muda perlu menjaga warisan dan budaya bangsa.

Persoalan
1)   Amalan budaya Melayu dalam kalangan golongan muda yang dipinggirkan. Generasi hari ini lebih suka terikut-ikut dengan budaya asing.
2)   Ketinggian budaya Melayu dalam kehidupan seharian.
Gadis-gadis Melayu dahulu digambarkan bersopan santun dan pemuda-pemudanya pula mengamalkan budaya Melayu.
3)   Pengaruh budaya asing yang kini telah mengambil alih budaya kemelayuan. Anak-anak muda kini lebih tertarik dengan budaya asing.
4)   Harapan dan impian golongan tua untuk melihat budaya Melayu diamalkan semula.
Golongan tua yang masih menjulang budaya lama berharap agar sejarah kegemilangan budaya Melayu dapat dikembalikan.
5)   Masyarakat kini yang kurang mempertahankan budaya tradisi.
 Anak-anak muda lebih gemar alunan muzik dari barat berbanding alunan muzik tradisional.

Bentuk
1.    Bebas.
2.    Terdapat lima rangkap.
3.    Baris-baris ayat dan rima akhir.
·         Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaab.
·         Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc.
·         Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdbb.
·         Rangkap 4 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
·         Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abbb.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh
1)   Personifikasi
seruling bambu diam keusangan,
2)   Anafora
tubuh-tubuh.
3)   Bahasa istana
ayahanda.
4)   Asonansi – pengulangan vokal ‘u’
bersalut songket tenunan Melayu.
5)   Aliterasi – pengulangan konsonan ‘m’
irama gamat menodai kedamaian.
6)   Inversi
melihat sayu Sang Sita Dewi.
7)   Kata Ganda
tubuh-tubuh.

Nilai Murni
Nilai murni
Contoh
1)   Kesopanan
Gadis duduk dengan tertib dan sopan.
2)   Kerajinan
Pemuda rajin bekerja.
3)   Menghargai budaya
Bangga dan menghargai pakaian tradisi dan irama Melayu.
4)   Tanggungjawab
Bertanggungjawab menjaga warisan dan budaya bangsa.

Pengajaran
1)   Gadis remaja hendaklah bersopan santun dalam pertuturan seharian.
2)   Pemuda-pemudi haruslah rajin bekerja dalam kelangsungan hidup.
3)   Kita mestilah menghargai kebudayaan kita sendiri.
4)   Janganlah terikut-ikut dengan budaya asing yang merosakkan budaya bangsa.
5)   Janganlah kita tergamak membiarkan generasi lama bersedih melihat budaya lama dilupakan.


12 Ulasan murid:

Tanpa Nama berkata...

awsum

Tanpa Nama berkata...

canteekk abih !!

YAXSILAN ROY berkata...

NOTA PUISI INI AMAT BERGUNA KEPADA DIRI SAYA..TERUSKAN DENGAN PUISI PUISI YANG LAIN...TERIMA KASIH...

Tanpa Nama berkata...

Terbaiklahh!!

TAMAN SERIBU PUISI berkata...

Terima kasih semua :)

Kembang semangkuk ni..selamat belajar dengan gembira.

Tanpa Nama berkata...

kalau menganyam segar, gay bahasa apa ea cikgu?

Unknown berkata...

YANG NI MMG X DE CONTOH VIDEO NYE

Tanpa Nama berkata...

org diats tlis bgi elok skit xbleh ka?
gay tu utk org laki

Tanpa Nama berkata...

cantik nye blog ni !! SELAMAT MAJU JAYA

Tanpa Nama berkata...

CANTIKNYA BLOG NIE... SELAMAT MAJU JAYA

Tanpa Nama berkata...

time ksih kpd penulis blog

Tanpa Nama berkata...

Not bad....thank you !

Catat Ulasan