SAJAK "KEUSANGAN BUDAYA"
OLEH :ROSHILAWATI RAZLAN
Sajak
|
Maksud
|
Ketika dulu
kelihatan sang dara bersimpuh ayu
bersalut songket tenunan Melayu
mengayam segar
|
Pada zaman dahulu, anak-anak gadis duduk dengan sopan sambil
mengenakan pakaian masyarakat Melayu, iaitu songket tenunan yang begitu halus
dan sedap mata memandang.
|
Kelihatan
sang teruna menebang ara
berbaju Melayu warisan bangsa
meniup seruling bamboo
merdu dan sayu
|
Lelaki muda pula bangga dengan menyarung baju Melayu sebagai pakaian
turun-temurun, melakukan pekerjaan tangan dan mengalukan irama indah dan
syahdu dengan menggunakan seruling (alat tiupan) yang diperbuat daripada
buluh.
|
Ketika ini
tiada lagi sang dara ayu
tiada juga teruna gagah
kini yang ada cuma
tubuh-tubuh lesu
tubuh-tubuh kaku
|
Kini, keadaan telah berubah. Citra anak gadis dan anak lelaki persis
zaman dahulu sudah tiada lagi. Anak-anak Melayu sudah hilang jati diri, iaitu
dengan penampilan diri yang jauh daripada warisan budaya Melayu dahulu.
|
Kedengaran
irama gamat menodai kedamaian
seruling bambu diam keusangan
songket dan batik muram disisihkan
|
Aliran muzik yang bising dan hingar-bingar
seperti rock dan underground telah
menggantikan irama Melayu tradisional. Alat-alat muzik lama telah dilupakan
sama sekali, manakala persalinan pakaian kebanggaan orang Melayu dahulu telah
dipinggirkan.
|
Ayahanda bonda di pondok
memalu nobat di sisi
melihat sayu sang Sita Dewi
yang usang tidak bermaya lagi.
|
Budaya lama hanya diminati oleh generasi lama (tua) yang tiada daya
tarikan lagi. Persembahan kesenian lama juga hanya dimainkan oleh budayawan
dan seniman lanjut usia. Mereka hanya mampu berduka (seperti dalang wayang
kulit) yang mendapati boneka watak Sita Dewi tidak mendapat sambutan lagi.
|
Tema
Adab dan budaya bangsa Melayu yang perlu
dipertahankan.Golongan muda perlu menjaga warisan dan budaya bangsa.
Persoalan
1) Amalan
budaya Melayu dalam kalangan golongan muda yang dipinggirkan. Generasi hari ini
lebih suka terikut-ikut dengan budaya asing.
2) Ketinggian
budaya Melayu dalam kehidupan seharian.
Gadis-gadis
Melayu dahulu digambarkan bersopan santun dan pemuda-pemudanya pula mengamalkan
budaya Melayu.
3) Pengaruh
budaya asing yang kini telah mengambil alih budaya kemelayuan. Anak-anak muda
kini lebih tertarik dengan budaya asing.
4) Harapan
dan impian golongan tua untuk melihat budaya Melayu diamalkan semula.
Golongan
tua yang masih menjulang budaya lama berharap agar sejarah kegemilangan budaya
Melayu dapat dikembalikan.
5) Masyarakat
kini yang kurang mempertahankan budaya tradisi.
Anak-anak muda lebih gemar alunan muzik dari
barat berbanding alunan muzik tradisional.
Bentuk
1. Bebas.
2. Terdapat
lima rangkap.
3. Baris-baris
ayat dan rima akhir.
·
Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima
akhirnya aaab.
·
Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima
akhirnya abbcc.
·
Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima
akhirnya abcdbb.
·
Rangkap 4 terdapat 4 baris ayat. Rima
akhirnya aaaa.
·
Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima
akhirnya abbb.
Gaya
Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1)
Personifikasi
|
seruling bambu diam
keusangan,
|
2)
Anafora
|
tubuh-tubuh.
|
3)
Bahasa istana
|
ayahanda.
|
4)
Asonansi – pengulangan vokal ‘u’
|
bersalut songket tenunan
Melayu.
|
5)
Aliterasi – pengulangan konsonan ‘m’
|
irama gamat menodai
kedamaian.
|
6)
Inversi
|
melihat sayu Sang Sita
Dewi.
|
7)
Kata Ganda
|
tubuh-tubuh.
|
Nilai Murni
Nilai murni
|
Contoh
|
1) Kesopanan
|
Gadis duduk dengan tertib dan sopan.
|
2) Kerajinan
|
Pemuda rajin bekerja.
|
3) Menghargai budaya
|
Bangga dan menghargai pakaian tradisi dan irama Melayu.
|
4) Tanggungjawab
|
Bertanggungjawab menjaga warisan dan budaya bangsa.
|
Pengajaran
1) Gadis
remaja hendaklah bersopan santun dalam pertuturan seharian.
2) Pemuda-pemudi
haruslah rajin bekerja dalam kelangsungan hidup.
3) Kita
mestilah menghargai kebudayaan kita sendiri.
4) Janganlah
terikut-ikut dengan budaya asing yang merosakkan budaya bangsa.
5) Janganlah
kita tergamak membiarkan generasi lama bersedih melihat budaya lama dilupakan.
12 Ulasan murid:
awsum
canteekk abih !!
NOTA PUISI INI AMAT BERGUNA KEPADA DIRI SAYA..TERUSKAN DENGAN PUISI PUISI YANG LAIN...TERIMA KASIH...
Terbaiklahh!!
Terima kasih semua :)
Kembang semangkuk ni..selamat belajar dengan gembira.
kalau menganyam segar, gay bahasa apa ea cikgu?
YANG NI MMG X DE CONTOH VIDEO NYE
org diats tlis bgi elok skit xbleh ka?
gay tu utk org laki
cantik nye blog ni !! SELAMAT MAJU JAYA
CANTIKNYA BLOG NIE... SELAMAT MAJU JAYA
time ksih kpd penulis blog
Not bad....thank you !
Catat Ulasan