BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah) - Abu Hassan Sham


Contoh Video Melagukan Syair  

Hak Cipta Terpelihara : Blog Taman Seribu Puisi


Analisis Teks Syair

Syair
Maksud
Dengarkan tuan ayahanda berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajika ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan ngeri.


Nasihat  yang diberi oleh ayah perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas.


Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda menjadi raja,
Hati yang betul hendak disahaja,
Serta rajinpada bekerja.

Seseorang yang dilantik menjadi pemimpin mestilah memiliki hati yang mulia dan komited terhadap tugas yang diamanahkan.

Kerja kebajikan janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.


Kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan kepada pembalasan.

Menuntut ilmu janganlah segan,
Ilmuyang benar jangan yang bukan,
Iaitu ilmu yang kebajikan,
Di kitab ini sudah disebutkan.


Ilmu perlu rajin dituntut. Jangan pula kita menuntut ajaran sesat atau ajaran salah.
Hendaklah anakanda mengaji selalu,
Dari yang lain lebihkan dulu,
Had syarak jangan dilalu,
Tidaklah anakanda beroleh malu.


Ilmu perlu diutamakan terutamanya hukum-hukum syarak demi mengelakkan aib.


Segala perbuatan dengan berilmu,
Maka kebajikan boleh bertemu,
Jika sebarang-barang diramu,
Akhirnya anakanda jatuh tersemu.

Tindakan perlu didasarkan kepada pengetahuan supaya membawa kepada kebaikan dan kebajikan untuk mengelakkan kejatuhan.


Ilmu itu besar faedahnya,
Membezakan hak dengan batilnya,
Mengetahui rakyat benar salahnya,
Supaya dihukum dengan adilnya.

Ilmu yang baik akan menjurus kepada keadilan dan kebenaran. Hal ini akan dapat membezakan antara perkara yang benar dan yang salah.


Jika ilmu tidak diendah,
Sebab anakanda capak permudah,
Takyat datang membawa gundah,
Anakanda tercengang tunduk terngadah.



Jika ilmu tidak dituntut atau diambil mudah akan menjerumuskan seseorang atau negara ke lembah kehancuran.




Gambar sekadar hiasan
Remaja hari ini adalah pemimpin masa depan

Tema : Nasihat kepada pemimpin agar memimpin negara dengan jujur dan ikhlas.

Persoalan:

·         Kepentingan ilmu dalam menjalankan tampuk pemerintahan.
·         Keperibadian yang tinggi yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin.
·         Ajaran betul dan ajaran songsang yang telah diwartakan.
·         Hukum syarak yang perlu diikuti untuk mengelakkan aib kepada diri.

Bentuk:

·         Pantun ini terdiri daripada lapan rangkap.
·         Setiap rangkap mengandungi empat baris.
·         Jumlah perkataan empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga sebelas suku kata dalam satu baris
·         Rima akhir tetap iaitu ’a,a,a,a’.


Gaya Bahasa
Contoh
Inversi
Menuntut ilmu janganlah segan, (R4,B1)
Simile
Seperti air di dalam gelas. (R3,B4)
Kata Ganda
Jika sebarang-barang diramu, (R6,B3)

Unsur Bunyi
Contoh
Asonansi
Jika anakanda menjadi raja, (R2,B2)
Aliterasi
Amalkan jangan malas dan ngeri. (R1,B4)

Nilai:

·         Mendengar nasihat: Mendengar nasihat orang yang berpengalaman untuk kesejahteraan masa hadapan.
·         Kerajinan: Rajin menuntut ilmu dan menjalankan tugas yang diberikan.
·         Keadillan: Seorang pemimpin perlulah adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
·         Keikhlasan: Kerja kebajikan perlu dilakukan dengan hati yang penuh ikhlas.

Pengajaran:

·         Kita mestilah mendengar nasihat ayah, agar kehidupan kita diberkati.
·         Kita perlulah menyiasat sesuatu perkara sebelum menjatuhkan hukuman.
·         Kita hendaklah sentiasa berbuat baik dan kebajikan, serta ikhlas dalam sebarang tindakan.
·         Kita haruslah menuntut ilmu agar dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik.


Teman belajar anda. Tidak kira masa walau di mana jua. 
Peta minda amat membantu.
Semoga bermanfaat.

Sila klik pada gambar di atas untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas.
Hak Cipta Terpelihara.


40 Ulasan murid:

anis berkata...

sangat ringkas dan tepat terbaik cikgu

Najihah berkata...

blog ini banyak membantu saya dalam KOMSAS..Terima kasih

TAMAN SERIBU PUISI berkata...

Terima kasih...selamat belajar dengan gembira. :)

Tanpa Nama berkata...

Cantik...lengkap...menarik

afiq berkata...

Terima kasihh kerana memudahkan kerja saya .

Tanpa Nama berkata...

bnyk membantu...terima kasih

Tanpa Nama berkata...

macam mana nk lakar plot dia

ain berkata...

Terima kasihh . Best sgt bende n9

Unknown berkata...

terima kasih blog anda banyak membantu sya :D

Unknown berkata...

terima kasih blog anda sangat membantu :D

Unknown berkata...

thanks....lgi lgi senang ada my map tu..senang keje nk buat

zilaothman berkata...

JAZAKALLAHUKHAIRAN KATHIRA

Tanpa Nama berkata...

wah , daebakkkk

Unknown berkata...

senang cari untuk bentangkan kerja syair nie.......

Tanpa Nama berkata...

senang skit kerja cari syair & makna ...tq...

Tanpa Nama berkata...

kerje sekolah menjadi lebih senang..

Tanpa Nama berkata...

kerje sekolah menjadi lebih senang...thank

Tanpa Nama berkata...

kerje sekolah menjadi lebih senang...thank

Tanpa Nama berkata...

terbaikkk

Tanpa Nama berkata...

terbaikkkk

Tanpa Nama berkata...

thanks... kerja sekolah lebih senang nak buat

Tanpa Nama berkata...

blog ini kelihatan begitu menarik dan penuh dengan maklumat

Tanpa Nama berkata...

saya Muhammad Nur Azreel.Hebat..........sayasangat suka!
Semua kerja saya menjadi mudah

Tanpa Nama berkata...

bagus

Unknown berkata...

Sangat TERBAIK !!!!

Tanpa Nama berkata...

hehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

-budakhotinstagram

Tanpa Nama berkata...

There's only 56 days left to pt3. Thanks to this owner of this blogspot who is always be my source for komsas and helping me through thick and thin for my bahasa melayu. Im not so good in bm and kinda need the help for komsas especially on sajak and puisi. Thanks again and may God bless you :)

Tanpa Nama berkata...

Pussy cat ,horny rose ..this is great

Tanpa Nama berkata...

ringkas dan mudah dihafal

Tanpa Nama berkata...

ringkas dan terbaik

Unknown berkata...

sya memang susah dalam bm so thanks cg bagi tips untuk exam depan :)

lysa berkata...

terima kasih sekarang saya lebih senang untuk membuat kerja sekolah

Tanpa Nama berkata...

Assalamualikum, nk tnya. Dalam buku komsas sya ni, ada 18 rangkap . Knpa smua laman web beri mksud untuk 8 rangkap sahaja?

Tanpa Nama berkata...

saya dapat membuat powerpoint untuk pembentangan komsas saya . terima kasih ;)

nurul aisha berkata...

selamat maju jaya semua....

nurul aisha berkata...

good luck for exam you alls.............................................................................................................................................................

Tanpa Nama berkata...

Thx kerja rumah sy siap !!

Tanpa Nama berkata...

yay sudah jumpa ^_^

Unknown berkata...

Terima kasih..byk mmbantu sy utk
mengulang kaji

Unknown berkata...

Terima kasih.byk m'bantu sy dlm.mengulang kaji..

Catat Ulasan