CONTOH VIDEO
SAJAK KIAN KITA LUPA
Semoga bermanfaat (*^-^*)
ANALISIS TEKS
SAJAK
|
MAKSUD
|
Kian
kita lupa
pada
usul jerih bangsa
bila
mewah harta di birai mata
|
Manusia
semakin melupakan asal usulnya dan kesusahan bangsanya sendiri apabila hidup
dalam kemewahan.
|
Kian
kita lupa
pada
derita moyang dahulu kala
bila
asyik riak dan berbangga
|
Manusia
semakin lupa akan menderitaan dan kesusahan generasi terdahulu apabila
perasaan sombong dan bangga memenuhi dada pada zaman moden ini.
|
Kian
kita lupa
pada
azab dan seksa di sana
bila
Tuhan melimpahkan kurnia
|
Manusia
sentiasa lupa akan keseksaan hukuman yang bakal diterima di negara apabila
lalai menyalahgunakan pemberian Tuhan dalam alam fana ini.
|
Tetapi,
kita
hanya tak lupa
bila
terlewat masa
untuk
menyesali segala
terlanjur
laku dan bicara
bahagia
bertukar derita
gembira
menjadi duka.
|
Manusia
hanya akan beringat-ingat apabila sudah menyesal atau sudah terlanjur kata
mahupun keterlaluan dari segi sikap. Pada waktu itu, kegembiraan sudah
menjadi kesedihan dan kebahagiaan sudah menjadi penderitaan.
|
Tema
Sikap
lupa diri dalam kalangan manusia pada waktu senang sehingga makan diri pada
waktu terlewat nanti.
Persoalan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
|
Kekayaan
yang mengaburi mata manusia.
Kebanggaan
diri sehingga melupakan jasa generasi terdahulu.
Nikmat
hidup dilalui sehingga melupakan keseksaan hukuman di neraka.
Penyesalan
yang terlewat.
Kekesalan
hidup akibat perbuatan diri.
Kesalahan
tutur kata da sikap yang menyusahkan diri.
|
Gaya
Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1. Inversi
(pembalikan
kata)
|
Kian
kita lupa sepatutnya ditulis “Kita kian lupa”
|
2. Sinkof
(penggunaan
singkatan kata)
|
kita
hanya tak lupa
|
3. Pengulangan
kata
|
Kian
kita lupa (diulang pada rangkap 1 hingga rangkap 3)
|
4. Paradoks
(penggunaan unsur positif dan negatif dalam satu baris puisi)
|
bahagia
bertukar derita, gembira menjadi duka.
Ø bahagia
dan gembira ialah unsur positif
Ø derita
dan duka ialah unsur negatif
|
5. Simbol
(unsur perlambangan)
|
pada
azab dan seksa di sana
Ø di
sana bermaksud di neraka atau alam selepas kematian
|
6. Penggunaan
bahasa Arab
|
Azab,
kurnia
|
Unsur Bunyi
1. Asonansi
( pengulangan huruf vokal)
|
bila
Tuhan melimpahkan kurnia
Ø dalam
baris sajak di atas, vokal “a” diulang sebanyak 5 kali
|
2. Aliterasi
|
pada
derita moyang dahulu kala
Ø dalam
baris sajak di atas, konsonan “d” diulang sebanyak 3 kali
|
Nilai
Murni
Mengenang jasa
Bukti: Manusia semakin lupa bangsa sendiri
apabila dirinya kaya harta benda
Menghargai budi
Bukti: Manusia diminta menghargai budi
generasi terdahulu daripada hanya berperasaan bangga diri
Patuh akan ajaran agama
Bukti: Manusia diingatkan supaya menjada
kelakuan diri daripada terlanjur dan menyesal.
Hemah tinggi
Bukti: Pengarang meminta manusia menjada
maruah diri supaya tidak menjadi lupa daratan.
Kesederhanaan
Bukti: Pengarang menasihati manusia supaya
hidup dalam kesederhanaan walaupun kaya kerana merendah diri adalah lebih baik
daripada bangga diri.
Keinsafan
Bukti: Penyajak meminta manusia insaf akan
kesalahan sebelum terlewat supaya tidak mengalami kesediha dan penderitaan.
Pengajaran
1. Kita
mestilah mengingati kaum keluarga dan bangsa serta asal usul.
2. Kita
haruslah mengenang jasa generasi terdahulu kerana tanpa mereka siapalah kita.
3. Kita
wajarlah mengingati setiap ajaran agama supaya tidak merasai bahang api neraka.
4. Kita
patutlah menjaga tingkah laku kita supaya maruah diri terpelihara.
5. Kita
mestilah insaf akan kesalahan sebelum terlambat.
6. Janganlah
kita bangga akan kemewahan diri sehingga bersikap lupa diri.
7. Janganlah
kita menyalahgunakan nikmat yang diberikan-Nya.
8. Janganlah
kita lupa bahawa masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.
Teman belajar anda. Tidak kira masa walau di mana jua.
Peta Minda amat membantu.
Semoga bermanfaat.
Peta Minda amat membantu.
Semoga bermanfaat.
Sila klik pada gambar di atas untuk mendapatkan paparan yang lebih
jelas.
Hak Cipta Terpelihara.
3 Ulasan murid:
wow best giler
Cikgu, sajak kian kita lupa bernada sinis atau melankolik? Terima kasih
senang gilerrrrrrr................
Catat Ulasan