BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

SAJAK KIAN KITA LUPA OLEH : ZULFAZLAN JUMRAH (PBMP,UPM)


CONTOH VIDEO
SAJAK KIAN KITA LUPA
Semoga bermanfaat (*^-^*)

ANALISIS TEKS
SAJAK
MAKSUD

Kian kita lupa
pada usul jerih bangsa
bila mewah harta di birai mata


Manusia semakin melupakan asal usulnya dan kesusahan bangsanya sendiri apabila hidup dalam kemewahan.


Kian kita lupa
pada derita moyang dahulu kala
bila asyik riak dan berbangga


Manusia semakin lupa akan menderitaan dan kesusahan generasi terdahulu apabila perasaan sombong dan bangga memenuhi dada pada zaman moden ini.


Kian kita lupa
pada azab dan seksa di sana
bila Tuhan melimpahkan kurnia


Manusia sentiasa lupa akan keseksaan hukuman yang bakal diterima di negara apabila lalai menyalahgunakan pemberian Tuhan dalam alam fana ini.


Tetapi,
kita hanya tak lupa
bila terlewat masa
untuk menyesali segala
terlanjur laku dan bicara
bahagia bertukar derita
gembira menjadi duka.


Manusia hanya akan beringat-ingat apabila sudah menyesal atau sudah terlanjur kata mahupun keterlaluan dari segi sikap. Pada waktu itu, kegembiraan sudah menjadi kesedihan dan kebahagiaan sudah menjadi penderitaan.



Tema
Sikap lupa diri dalam kalangan manusia pada waktu senang sehingga makan diri pada waktu terlewat nanti.

Persoalan

1.
2.
3.

4.
5.
6.

Kekayaan yang mengaburi mata manusia.
Kebanggaan diri sehingga melupakan jasa generasi terdahulu.
Nikmat hidup dilalui sehingga melupakan keseksaan hukuman di neraka.
Penyesalan yang terlewat.
Kekesalan hidup akibat perbuatan diri.
Kesalahan tutur kata da sikap yang menyusahkan diri.


Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh

1.    Inversi
(pembalikan kata)


Kian kita lupa sepatutnya ditulis “Kita kian lupa”


2.    Sinkof
(penggunaan singkatan kata)


kita hanya tak lupa

3.    Pengulangan kata


Kian kita lupa (diulang pada rangkap 1 hingga rangkap 3)


4.    Paradoks (penggunaan unsur positif dan negatif dalam satu baris puisi)


bahagia bertukar derita, gembira menjadi duka.
Ø  bahagia dan gembira ialah unsur positif
Ø  derita dan duka ialah unsur negatif

5.    Simbol (unsur perlambangan)



pada azab dan seksa di sana
Ø  di sana bermaksud di neraka atau alam selepas kematian


6.    Penggunaan bahasa Arab


Azab, kurnia

Unsur Bunyi

1.    Asonansi ( pengulangan huruf vokal)

bila Tuhan melimpahkan kurnia
 Ø  dalam baris sajak di atas, vokal “a” diulang sebanyak 5 kali


2.    Aliterasi

pada derita moyang dahulu kala
 Ø  dalam baris sajak di atas, konsonan “d” diulang sebanyak 3 kali




Nilai Murni

Mengenang jasa
Bukti: Manusia semakin lupa bangsa sendiri apabila dirinya kaya harta benda

Menghargai budi
Bukti: Manusia diminta menghargai budi generasi terdahulu daripada hanya berperasaan bangga diri

Patuh akan ajaran agama
Bukti: Manusia diingatkan supaya menjada kelakuan diri daripada terlanjur dan menyesal.

Hemah tinggi
Bukti: Pengarang meminta manusia menjada maruah diri supaya tidak menjadi lupa daratan.

Kesederhanaan
Bukti: Pengarang menasihati manusia supaya hidup dalam kesederhanaan walaupun kaya kerana merendah diri adalah lebih baik daripada bangga diri.

Keinsafan
Bukti: Penyajak meminta manusia insaf akan kesalahan sebelum terlewat supaya tidak mengalami kesediha dan penderitaan.



Pengajaran

1.    Kita mestilah mengingati kaum keluarga dan bangsa serta asal usul.
2.    Kita haruslah mengenang jasa generasi terdahulu kerana tanpa mereka siapalah kita.
3.    Kita wajarlah mengingati setiap ajaran agama supaya tidak merasai bahang api neraka.
4.    Kita patutlah menjaga tingkah laku kita supaya maruah diri terpelihara.
5.    Kita mestilah insaf akan kesalahan sebelum terlambat.
6.    Janganlah kita bangga akan kemewahan diri sehingga bersikap lupa diri.
7.    Janganlah kita menyalahgunakan nikmat yang diberikan-Nya.
8.    Janganlah kita lupa bahawa masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.


Teman belajar anda. Tidak kira masa walau di mana jua. 
Peta Minda amat membantu.
Semoga bermanfaat.

Sila klik pada gambar di atas untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas.

Hak Cipta Terpelihara.


3 Ulasan murid:

your good fan's berkata...

wow best giler

Tanpa Nama berkata...

Cikgu, sajak kian kita lupa bernada sinis atau melankolik? Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

senang gilerrrrrrr................

Catat Ulasan