BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

Syair Perang Saudara di Pahang - Mohd Yusof M Nor & Dr. Abd. Rahman Kaer


ANALISIS TEKS SYAIR
Tersebutlah al-kisah
Syair
Maksud
Kisah nan tidak hamba panjangkan,
Ceritanya banyak lagi disebutkan,
Ini sekadar sahaya ringkaskan,
Kisah berperang pula diceterakan.

Permulaan kisah perang iaitu kisah perang saudara di Pahang.
Putera laki-lakiyang tuanya,
Ialah memangku paduka ayahandanya,
Perintah negeri terserah kepadanya,
Bendahara Tun Tahir kononnamanya.

Pemangku sultan merupakan putera sulung yang memerintah negeri yang bernama Bendahara Tun Tahir.
Encik Engku Ahmad seorang anakanda,
Putera yang tengah raja berida,
Lima orang laki-laki padukan anakanda,
Sikapnya elok lakunya syahda.

Putera yang tengah ialah Encik Engku Ahmad. Terdapat lima orang lagi putera lelaki sultan yang mempunyai perilaku yang baik.
Selang tiada berapa lama,
Encik Engku Ahmad keluar mengembara,
Pergi belayar ke Singapura,
Sambil menghibur hati yang lara.

Encik Engku Ahmad keluar mengembara ke Singapura sambil menghiburkan hatinya yang lara.
Pelayaran tiada berapa lamanya,
Sampailah sudah konon dianya,
Di Kampung Gelam tempat berhentinya,
Di dalam kota tempat berhentinya.

Tidak lama belayar, Encik Engku Ahmad sampai di Kampung Gelam dan singgah di tempat tersebut.
Duduk bersama putera Sultan,
Tengku Jafar namanya tuan,
Itulah konon menjadi taulan,
Duduk di sana terlalu hairan.

Encik Engku Ahmad tinggal bersama Tengku Jaafar yang menjadi sahabat baginda. Baginda berdua tinggal di sana tanpa sebarang kawalan.
Serta beriringan teman dan kawan,
Ramai menghantar handai dan taulan,
Seketika sampai di dalam kenaikan,
Lalu kembali mereka sekalian.

Encik Engku Ahmad diiringi teman-teman dan kawan-kawan untuk kembali ke negerinya.
Sauh pun dibongkar dengan segera,
Belayarlah sudah muda perwira,
Ke sebelah barat mencari kira,
Pergi Kemaman kononnya cetera.

Mereka mula belayar ke sebelah barat iaitu ke Kemaman.
Kata orang empunya madah,
Ke dalam Kemaman sampailah sudah,
Di situlah berhenti muda yang indah,
Sultan Terengganu punya perintah.

Mereka sampai di Kemaman yang indah tempat Sultan Terengganu memerintah.
Tiada berapa lama antara,
Sampai di Kemaman lalu terkira,
Dapatlah pakatan dengan segera,
Hendak melanggar Pahang segera.


Mereka membuat perancangan untuk menyerang negeri Pahang.

Tema:
Berkisarkan perancangan perang saudara yang bakal berlaku di Pahang.

Persoalan:
·         Peperangan tidak membawa sebarang keuntungan tetapi membawa kebinasaan.
·         Hubungan dan kerjasama untuk menjalankan suatu tindakan.
·         Golongan bangsawan yang mengamalkan hidup bebas tanpa kawalan.

Bentuk:
·         Syair ini mengandungi sepuluh rangkap.
·         Setiap rangkap mengandungi empat baris.
·         Jumlah perkataan ialah empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga sembilan dalam satu baris.
·         Rima akhir tetap  iaitu ’a,a,a,a’.

Gaya Bahasa
Contoh
Kata Ganda
Putera laki-laki yang tuanya,(R2,B1)

Unsur Bunyi
Contoh
Asonansi
Kisah nan tidak hamba panjangkan, (R1,B1)
Aliterasi
Ini sekadar sahaya ringkaskan, (R1,B4)


Nilai:

·         Setiakawan: Tengku Jaafar yang menjadi sahabat Encik Engku Ahmad bersama-sama melakukan aktiviti dengan baginda.
·         Keberanian: Keberanian Encik Engku Ahmad membentuk pakatan untuk menyerang Pahang.
·         Kesetiaan: Setia mendengar perintah Sultan Terengganu berhenti di Kemaman untuk mengumpul pakatan menyerang Pahang.


Pengajaran:

·         Kita perlulah mempunyai keperibadian yang tinggi agar kita disukai rakan dan teman.
·         Kita haruslah merantau untuk mencari pengalaman hidup.
·         Kita mestilah pandai membawa diri dan tidak menunjuk lagak semasa berada di perantauan.

20 Ulasan murid:

Tanpa Nama berkata...

Kesalahan Bentuk "jumlah suku kata pula sembilan hingga sembilan dalam satu baris."

Tanpa Nama berkata...

kenapa sy tekan syair mendapat gemala naga tapi keluar syair perang saudara di pahang?? btw time kaseh sbb tlg sy buat homework

Tanpa Nama berkata...

kenapa bila saya buka syair mendapat gemala naga, ia keluar menjadi syair perang saudara di pahang

Tanpa Nama berkata...

Thanks You !!! i'm now finish my homework .

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

boleh bgi video?

Tanpa Nama berkata...

bagus

Unknown berkata...

Boleh tak awak buat sinopsis tentang perang saudara di pahang

Unknown berkata...

Boleh tak bagi saya sinopsis tentang syair nie ?? Pls

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana bagi kami kerja yang senang...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih..:-)

Tanpa Nama berkata...

hehe senangnyee sekarang :)

Tanpa Nama berkata...

dapat siapakan tugasan dengan mudah. terima kasih :)

Tanpa Nama berkata...

Thx

Tanpa Nama berkata...

sangat bagus. dengan nota ini, saya pasti dapat hafal segalanya untuk ujian esok. terima kasih

Tanpa Nama berkata...

terima kasih

Unknown berkata...

Good info

Unknown berkata...

Good

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana mewujudkan blog ni . semua maklumat berguna . ;D

Unknown berkata...

Ringkas dan senang difahami 👍

Catat Ulasan