ANALISIS TEKS
SYAIR
Tersebutlah al-kisah |
Syair
|
Maksud
|
Kisah
nan tidak hamba panjangkan,
Ceritanya
banyak lagi disebutkan,
Ini
sekadar sahaya ringkaskan,
Kisah
berperang pula diceterakan.
|
Permulaan
kisah perang iaitu kisah perang saudara di Pahang.
|
Putera
laki-lakiyang tuanya,
Ialah
memangku paduka ayahandanya,
Perintah
negeri terserah kepadanya,
Bendahara
Tun Tahir kononnamanya.
|
Pemangku
sultan merupakan putera sulung yang memerintah negeri yang bernama Bendahara
Tun Tahir.
|
Encik
Engku Ahmad seorang anakanda,
Putera
yang tengah raja berida,
Lima
orang laki-laki padukan anakanda,
Sikapnya
elok lakunya syahda.
|
Putera
yang tengah ialah Encik Engku Ahmad. Terdapat lima orang lagi putera lelaki
sultan yang mempunyai perilaku yang baik.
|
Selang
tiada berapa lama,
Encik
Engku Ahmad keluar mengembara,
Pergi
belayar ke Singapura,
Sambil
menghibur hati yang lara.
|
Encik
Engku Ahmad keluar mengembara ke Singapura sambil menghiburkan hatinya yang
lara.
|
Pelayaran
tiada berapa lamanya,
Sampailah
sudah konon dianya,
Di
Kampung Gelam tempat berhentinya,
Di
dalam kota tempat berhentinya.
|
Tidak
lama belayar, Encik Engku Ahmad sampai di Kampung Gelam dan singgah di tempat
tersebut.
|
Duduk
bersama putera Sultan,
Tengku
Jafar namanya tuan,
Itulah
konon menjadi taulan,
Duduk
di sana terlalu hairan.
|
Encik
Engku Ahmad tinggal bersama Tengku Jaafar yang menjadi sahabat baginda.
Baginda berdua tinggal di sana tanpa sebarang kawalan.
|
Serta
beriringan teman dan kawan,
Ramai
menghantar handai dan taulan,
Seketika
sampai di dalam kenaikan,
Lalu
kembali mereka sekalian.
|
Encik
Engku Ahmad diiringi teman-teman dan kawan-kawan untuk kembali ke negerinya.
|
Sauh
pun dibongkar dengan segera,
Belayarlah
sudah muda perwira,
Ke
sebelah barat mencari kira,
Pergi
Kemaman kononnya cetera.
|
Mereka
mula belayar ke sebelah barat iaitu ke Kemaman.
|
Kata
orang empunya madah,
Ke
dalam Kemaman sampailah sudah,
Di
situlah berhenti muda yang indah,
Sultan
Terengganu punya perintah.
|
Mereka
sampai di Kemaman yang indah tempat Sultan Terengganu memerintah.
|
Tiada
berapa lama antara,
Sampai
di Kemaman lalu terkira,
Dapatlah
pakatan dengan segera,
Hendak
melanggar Pahang segera.
|
Mereka
membuat perancangan untuk menyerang negeri Pahang.
|
Tema:
Berkisarkan perancangan
perang saudara yang bakal berlaku di Pahang.
Persoalan:
·
Peperangan
tidak membawa sebarang keuntungan tetapi membawa kebinasaan.
·
Hubungan
dan kerjasama untuk menjalankan suatu tindakan.
·
Golongan
bangsawan yang mengamalkan hidup bebas tanpa kawalan.
Bentuk:
·
Syair
ini mengandungi sepuluh rangkap.
·
Setiap
rangkap mengandungi empat baris.
·
Jumlah
perkataan ialah empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula
sembilan hingga sembilan dalam satu baris.
·
Rima
akhir tetap iaitu ’a,a,a,a’.
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Kata Ganda
|
Putera
laki-laki yang tuanya,(R2,B1)
|
Unsur Bunyi
|
Contoh
|
Asonansi
|
Kisah nan tidak
hamba panjangkan, (R1,B1)
|
Aliterasi
|
Ini
sekadar sahaya ringkaskan,
(R1,B4)
|
Nilai:
·
Setiakawan:
Tengku Jaafar yang menjadi sahabat Encik Engku Ahmad bersama-sama melakukan
aktiviti dengan baginda.
·
Keberanian:
Keberanian Encik Engku Ahmad membentuk pakatan untuk menyerang Pahang.
·
Kesetiaan:
Setia mendengar perintah Sultan Terengganu berhenti di Kemaman untuk mengumpul
pakatan menyerang Pahang.
Pengajaran:
·
Kita perlulah
mempunyai keperibadian yang tinggi agar kita disukai rakan dan teman.
·
Kita haruslah
merantau untuk mencari pengalaman hidup.
·
Kita mestilah
pandai membawa diri dan tidak menunjuk lagak semasa berada di perantauan.
20 Ulasan murid:
Kesalahan Bentuk "jumlah suku kata pula sembilan hingga sembilan dalam satu baris."
kenapa sy tekan syair mendapat gemala naga tapi keluar syair perang saudara di pahang?? btw time kaseh sbb tlg sy buat homework
kenapa bila saya buka syair mendapat gemala naga, ia keluar menjadi syair perang saudara di pahang
Thanks You !!! i'm now finish my homework .
boleh bgi video?
bagus
Boleh tak awak buat sinopsis tentang perang saudara di pahang
Boleh tak bagi saya sinopsis tentang syair nie ?? Pls
terima kasih kerana bagi kami kerja yang senang...
terima kasih..:-)
hehe senangnyee sekarang :)
dapat siapakan tugasan dengan mudah. terima kasih :)
Thx
sangat bagus. dengan nota ini, saya pasti dapat hafal segalanya untuk ujian esok. terima kasih
terima kasih
Good info
Good
Terima kasih kerana mewujudkan blog ni . semua maklumat berguna . ;D
Ringkas dan senang difahami 👍
Catat Ulasan