Syair
|
Maksud
|
Dewa
pun duduk ia bercerita,
Asal
mulanya dapat sengsara,
Oleh
disakitkan saudara,
Setahun
sudah di dalam penjara.
|
Dewa
bercerita tentang mereka yang dikhianati oleh saudara mereka lalu
dipenjarakan selama setahun.
|
Sekalian
habis diceritakan,
Suatu
tidak dilindungkan,
Terlalu
belas naga mendengarkan,
Diambil
gemalanya lalu diberikan.
|
Setelah
habis dewa dua beradik bercerita, naga berasa kasihan mendengar cerita
tersebut lalu memberikan batu geliga saktinya kepada mereka.
|
Ambillah
tuan muda bestari,
Gemala
ini nenek memberi,
Harganya
itu tujuh buah negeri,
Apa
kehendak keluar sendiri.
|
Naga
menerangkan kepada dewa dua beradik, batu geliga sakti ini sangat bernilai
kerana mampu menunaikan sebarang hajat hati dan tujuan empunya diri.
|
Jikalau
orang terkena bisa,
Airnya
sapukan beri berasa,
Jika
ditolong Tuhan Yang Esa,
Dengan
seketika beroleh sentosa.
|
Batu
geliga sakti itu dapat merawat sebarang penyakit dan memberi ketenangan jiwa
dengan Tuhan yang Esa.
|
Atau
cucuku hendak berperang,
Di
dalam gua keluarlah orang,
Beribu
keti keluarlah orang,
Dua
belas hulubalang yang garang-garang.
|
Jika
hendak berperang, batu geliga sakti boleh menyediakan tentera beserta dengan
hulubalangnya.
|
Setelah
dewa mendengarkan kata,
Terlalu
suka di dalamnya cita,
Lalu
bermohon keduanya serta,
Menuju
jalan tanahnya rata.
|
Setelah
mendengar kata-kata naga itu, dewa dua beradik berasa sangat gembira lalu
memohon diri untuk beredar dari situ dan meneruskan perjalanan mereka.
|
Berjalan
ia berdua bersaudara,
Mengikut
pantai tepi segara,
Siang
dan malam tiada antara,
Terus
ke negeri Inderanegara.
|
Kedua-dua
bersaudara itu menyusuri pantai tanpa mengira siang dan malam untuk menuju ke
sebuah negeri bernama Inderanegara.
|
Setelah
sudah paginya hari,
Sampailah
ia ke hujung negeri,
Bertemulah
rumah sebuah berdiri,
Rumah
kebayan orang yang bahari.
|
Apabila
tiba pagi hari, dewa dua bersaudara akhirnya tiba ke hujung negeri dan
bertemu rumah nenek kebayan.
|
Tema:Pengembaraan
dua bersaudara untuk mendapatkan Gemala Naga (Batu Geliga Sakti Naga).
Persoalan:
·
Setia kawan iaitu dewa dua bersaudara saling
membantu untuk menghadapi dugaan.
·
Prihatin terhadap permasalahan orang lain
seperti naga yang prihatin dengan permasalahan dewa dua bersaudara lalu
menghadiahi mereka dengan gemala sakti.
Bentuk:
·
Syair ini mengandungi lapan rangkap, setiap
rangkap mengandungi empat baris.
·
Syair ini mengandungi antara tiga hingga lima
patah perkataan sebaris.
·
Jumlah suku kata sembilan hingga tiga belas
suku kata sebaris.
·
Rima akhir tetap ‘a,a,a,a’.
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Inversi
|
Setahun sudah di dalam penjara. (R1,B4)
|
Sinkof
|
Dewa pun duduk ia bercerita, (R1,B1)
|
Kata Ganda
|
Dua
belas hulubalang yang garang-garang.
(R5,B4))
|
Unsur Bunyi
|
Contoh
|
Asonansi
|
Apa
kehendak keluar
sendiri. (R3,B4)
|
Aliterasi
|
Berjalan
ia berdua bersaudara, (R7,B1)
|
Nilai:
·
Keberanian: Dewa berani mempersembahkan diri
kepada naga yang pebuh sakti untuk mendapatkan gemala sakti.
·
Kesetiaan: Dewa bersaudara setia bersama
mengharungi kesusahan dalam pengembaraan mereka.
·
Kasih sayang: Naga berasa simpati dan belas
terhadap dewa bersaudara yang telah dikhianati oleh saudara mereka.
Pengajaran:
·
Kita haruslah membantu orang yang ditimpa
kesusahan.
·
Kita mestilah menghormati orang yang lebih
tua daripada kita.
·
Kita hendaklah memohon kepada Allah agar
kehidupan kita sentiasa diberkati.
9 Ulasan murid:
Bagaimanakah saya hendak mengetahui maksud keseluruhan syair ini?
wah,laman web ini bagus!
Adakah tema dan nilai syair mendapat gemala naga ini mengikut tahap dalam buku?
Maksudnya sama jawapan dalam buku tingkatan 2... ^^
ulasan yg baik2 je yg dpt kelulusan betul dok? ~_~
blog ini amat berguna
laman web ini sangat bagus untuk kegunaan ramai.... : ]
best gila nota komsas lama web ini....terma kasih..
fuck
Persoalannya , wajarkah kita menceritakan segala rahsia tentang diri sendiri kepada orang yang baru dikenali?
Catat Ulasan