BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

Syair Mendapat Gemala Naga - Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari

ANALISIS TEKS SYAIR

Syair
Maksud
Dewa pun duduk ia bercerita,
Asal mulanya dapat sengsara,
Oleh disakitkan saudara,
Setahun sudah di dalam penjara.

Dewa bercerita tentang mereka yang dikhianati oleh saudara mereka lalu dipenjarakan selama setahun.

Sekalian habis diceritakan,
Suatu tidak dilindungkan,
Terlalu belas naga mendengarkan,
Diambil gemalanya lalu diberikan.

Setelah habis dewa dua beradik bercerita, naga berasa kasihan mendengar cerita tersebut lalu memberikan batu geliga saktinya kepada mereka.

Ambillah tuan muda bestari,
Gemala ini nenek memberi,
Harganya itu tujuh buah negeri,
Apa kehendak keluar sendiri.

Naga menerangkan kepada dewa dua beradik, batu geliga sakti ini sangat bernilai kerana mampu menunaikan sebarang hajat hati dan tujuan empunya diri.

Jikalau orang terkena bisa,
Airnya sapukan beri berasa,
Jika ditolong Tuhan Yang Esa,
Dengan seketika beroleh sentosa.

Batu geliga sakti itu dapat merawat sebarang penyakit dan memberi ketenangan jiwa dengan Tuhan yang Esa.

Atau cucuku hendak berperang,
Di dalam gua keluarlah orang,
Beribu keti keluarlah orang,
Dua belas hulubalang yang garang-garang.

Jika hendak berperang, batu geliga sakti boleh menyediakan tentera beserta dengan hulubalangnya.
Setelah dewa mendengarkan kata,
Terlalu suka di dalamnya cita,
Lalu bermohon keduanya serta,
Menuju jalan tanahnya rata.
Setelah mendengar kata-kata naga itu, dewa dua beradik berasa sangat gembira lalu memohon diri untuk beredar dari situ dan meneruskan perjalanan mereka.

Berjalan ia berdua bersaudara,
Mengikut pantai tepi segara,
Siang dan malam tiada antara,
Terus ke negeri Inderanegara.

Kedua-dua bersaudara itu menyusuri pantai tanpa mengira siang dan malam untuk menuju ke sebuah negeri bernama Inderanegara.
Setelah sudah paginya hari,
Sampailah ia ke hujung negeri,
Bertemulah rumah sebuah berdiri,
Rumah kebayan orang yang bahari.

Apabila tiba pagi hari, dewa dua bersaudara akhirnya tiba ke hujung negeri dan bertemu rumah nenek kebayan.



Tema:Pengembaraan dua bersaudara untuk mendapatkan Gemala Naga (Batu Geliga Sakti Naga).

Persoalan:

·         Setia kawan iaitu dewa dua bersaudara saling membantu untuk menghadapi dugaan.
·         Prihatin terhadap permasalahan orang lain seperti naga yang prihatin dengan permasalahan dewa dua bersaudara lalu menghadiahi mereka dengan gemala sakti.

Bentuk:

·         Syair ini mengandungi lapan rangkap, setiap rangkap mengandungi empat baris.
·         Syair ini mengandungi antara tiga hingga lima patah perkataan  sebaris.
·         Jumlah suku kata sembilan hingga tiga belas suku kata sebaris.
·         Rima akhir tetap ‘a,a,a,a’.

Gaya Bahasa
Contoh
Inversi
Setahun sudah di dalam penjara. (R1,B4)
Sinkof
Dewa pun duduk ia bercerita, (R1,B1)
Kata Ganda
Dua belas hulubalang yang garang-garang. (R5,B4))

Unsur Bunyi
Contoh
Asonansi
Apa kehendak keluar sendiri. (R3,B4)
Aliterasi
Berjalan ia berdua bersaudara, (R7,B1)

Nilai:

·         Keberanian: Dewa berani mempersembahkan diri kepada naga yang pebuh sakti untuk mendapatkan gemala sakti.
·         Kesetiaan: Dewa bersaudara setia bersama mengharungi kesusahan dalam pengembaraan mereka.
·         Kasih sayang: Naga berasa simpati dan belas terhadap dewa bersaudara yang telah dikhianati oleh saudara mereka.

Pengajaran:

·         Kita haruslah membantu orang yang ditimpa kesusahan.
·         Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
·         Kita hendaklah memohon kepada Allah agar kehidupan kita sentiasa diberkati.

9 Ulasan murid:

Hafizah Ros berkata...

Bagaimanakah saya hendak mengetahui maksud keseluruhan syair ini?

Tanpa Nama berkata...

wah,laman web ini bagus!

Tanpa Nama berkata...


Adakah tema dan nilai syair mendapat gemala naga ini mengikut tahap dalam buku?
Maksudnya sama jawapan dalam buku tingkatan 2... ^^

Tanpa Nama berkata...

ulasan yg baik2 je yg dpt kelulusan betul dok? ~_~

Tanpa Nama berkata...

blog ini amat berguna

Tanpa Nama berkata...

laman web ini sangat bagus untuk kegunaan ramai.... : ]

Tanpa Nama berkata...

best gila nota komsas lama web ini....terma kasih..

Tanpa Nama berkata...

fuck

Tanpa Nama berkata...

Persoalannya , wajarkah kita menceritakan segala rahsia tentang diri sendiri kepada orang yang baru dikenali?

Catat Ulasan