Video = Contoh Deklamasi Sajak Warkah Kepada Generasi
Hak Cipta Terpelihara : Blog Taman Seribu Puisi
Semoga mendapat manfaat!(*^-^*)
Sajak (Sumber Buku Teks KOMSAS Antologi Gema Sepi Gadis Genius, halaman 28)
|
Maksud
|
Generasiku tercinta
kalian adalah kelompok bertuah
yang sempat berteduh di langit alaf
baru
dengan keberanian sebagai bangsa
bermaruah
di tanah merdeka milik abadi kita.
|
Penyajak menjelaskan bahawa generasi
muda sebagai golongan yang beruntung kerana hidup pada zaman sekarang. Mereka hidup sebagai bangsa yang bermaruah
di negara yang merdeka.
|
Generasiku yang bijak bestari
ini bumi suci perjuangan nenek moyang
yang bersumpah setia memartabatkan
bangsa
mendaulatkan tanah air, mencipta
kebebasan
membina istana merdeka yang kalian
diami.
|
Penyajak mengingatkan generasi muda
yang berilmu bahawa negara yang didiami oleh mereka sekarang merupakan hasil
perjuangan nenek moyang mereka yang berusaha mendapatkan kemerdekaan negara.
|
Penutup warkah ini
ingin kuingatkan: jangan biarkan akar
sejarah
tercabut dari bumi bertuah ini.
|
Penyajak mengakhiri pesanannya agar
kita semua tidak melupakan sejarah negara.
|
Generasi muda pemangkin masa depan negara. Berbaju biru namun tidak pernah lesu. |
Tema:
Sajak ini mengemukakan
tema peringatan dan pesanan kepada golongan muda/generasi sekarang tentang
sejarah kemerdekaan negara.
Persoalan:
·
Generasi
muda yang bertuah kerana dapat hidup di sebuah negara yang merdeka.
·
Kemerdekaan
negara merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan nenek moyang kita.
·
Kepentingan
sejarah kemerdekaan negara.
Bentuk:
·
Sajak ini
terdiri daripada tiga rangkap.
·
Rima akhir
bebas.
·
Jumlah
baris serangkap bebas
Contohnya :
Rangkap 1-5 baris.
Rangkap 2 – 5 baris.
Rangkap 3 – 3 baris.
·
Jumlah
perkataan sebaris adalah antara dua hingga tujuh patah kata.
·
Jumlah suku
kata sebaris adalah antara tujuh hingga enam belas suku kata.
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Metafora
|
tanah merdeka (R1, B5)
istana merdeka (R2, B5)
akar sejarah (R3, B2)
|
Sinkof
|
Generasiku tercinta (R1,B1)
|
Unsur Bunyi
|
Contoh
|
Asonansi
|
di
tanah merdeka milik abadi kita. (R1,B5)
|
Aliterasi
|
membina
istana merdeka yang kalian
diami (R2,B5)
|
Jangan pernah menyerah, kita generasi bermaruah. |
Nada : Sajak ini bernada patriotik.
Nilai:
·
Kesyukuran:
Penyajak mengajak generasi muda bersyukur dengan nikmat kemerdekaan negara.
·
Pengorbanan:
Nenek moyang kita sanggup berkorban demi mendapatkan kemerdekaan negara
daripada penjajah.
·
Cinta akan
negara: Semangat cinta akan negara amat penting dalam diri seseorang agar kita
sama-sama dapat berusaha untuk memajukan negara.
Pengajaran:
·
Kita
hendaklah menghargai nikmat kemerdekaan negara agar kita tidak lupa untuk
mempertahankannya.
·
Kita
perlulah sanggup berjuang dan berkorban demi kemerdekaan negara.
·
Kita
seharusnya sedar betapa pentingnya kemerdekaan kepada negara agar negara kita
tidak lagi dijajah pada kemudian hari.
·
Kita
janganlah lalai dengan nikmat dan kesenangan yang kita nikmati selama ini
kerana kelalaian tersebut boleh menyebabkan kita kembali dijajah oleh musuh.
Remaja hari ini, Pemimpin hari muka. Usah bermimpi lagi, Ayuh bersiap siaga. |
5 Ulasan murid:
anafora mne ?
anafora tak ada
Saya sang at suka akan laman web taman seribu puisi ini krna bnyak mklumat yg bleh didapati
Vry good notes by alot to copyright
Yeyeyey betul3
Catat Ulasan