BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

SAJAK " SEORANG INSAN ISTIMEWA"


SAJAK " SEORANG INSAN ISTIMEWA"
OLEH :NATASYA PUTERI

Sajak 
Maksud
Dia tidak pernah meminta
untuk lahir sebegitu rupa
namun kecilnya diri
menyanggah takdir Yang Maha Esa
sebuah suratan tertulis sudah

sebuah kehidupan tetap harus diteruskan.
Insan istimewa, atau juga dipanggil kurang upaya atau kelainan upaya menjadi demikian bukan atas kemahuan sendiri, namun tetap menerima dengan reda (baca redha, iaitu pasrah) suratan takdir Ilahi (nasib yang tertulis sejak azali). Hakikat kelahiran mereka yang demikian diterima seadanya bagi menjalani kehidupan.
Seorang insan istimewa
menapak dalam reda
menggalas payah dalam senyum paksa
betapa pun simpati mata memandang
pasti tiada bandingan
dengan derita diri

menempuh cabaran.
Insan istimewa menanggung segala derita dalam kegembiraan yang dibuat-buat. Simpati dan belas kasihan masyarakat tidak sama dengan derita diri dan kesusahan yang mereka sendiri alami.
Seorang insan istimewa
anugerah suatu ujian
amanah suatu tuntutan
biar sukar mesti disempurnakan
luas buana
mereka tetap punya ruang
meneruskan kehidupan

selagi Tuhan mengizinkan.
Kewujudan insan istimewa menjadi ujian kepada institusi keluarga, masyarakat dan negara. Mereka menjadi amanah yang pelu dijaga walaupun bukan mudah untuk dikendalikan. Insan istimewa mempunyai hak dalam kehidupan bermasyarakat selagi masih bernyawa. Mereka tidak boleh diabaikan.
Bantulah, bimbinglah
seikhlas hati setulus budi
Tuhan pasti merestui.


Masyarakat diseru supaya membantu dan membimbing insan istemewa dengan tulus ikhlas. Orang yang berbuat baik akan dikasihi dan direstui oleh Tuhan.

Tema
Dugaan hidup sebagai golongan kelainan upaya.Golongan istimewa telah menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Persoalan
1)    kepasrahan dalam menerima takdir Ilahi
2)    ketabahan dalam menghadapi cabaran kehidupan
3)    tolong-menolong sesama anggota masyarakat
4)    keikhlasan / ketulusan dalam menolong orang lain

Bentuk
1.    Sajak ini berbentuk bebas.
2.    Mengandungi empat rangkap.
3.    Baris-baris ayat dan rima akhir
·         Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabacd.
·         Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabcdc.
·         Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abbbacbb.
·         Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb.


Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh
Repitisi
Seorang insan istimewa.
Anafora
sebuah.
Responsi.
suatu.
Asonansi – pengulangan vokal ‘e’
meneruskan kehidupan.
Aliterasi – pengulangan konsonan ‘b’
bantulah, bimbinglah.
Inversi
biar sukar mesti disempurnakan.

Nilai Murni
Nilai murni
Contoh
Keredaan
Reda menerima takdir diri yang cacat.
Ketabahan
Tabah menerima takdir diri yang cacat.
Simpati
Bersimpati kepada orang yang kurang upaya.
Bantu-membantu
Bersedia membantu orang yang kurang upaya.
Keikhlasan
Membantu orang lain dengan hati yang ikhlas.
Amanah

Membantu golongan kurang upaya merupakan amanah Allah.
Bertanggungjawab

Semua insan yang sempurna bertanggungjawab menolong golongan kurang upaya.

Pengajaran
1)    kita hendaklah pasrah dalam menerima takdir Ilahi
2)    kita hendaklah tabah dalam menghadapi cabaran hidup
3)    kita hendaklah tolong-menolong sesama anggota masyarakat
4)    kita hendaklah ikhlas / tulus dalam menolong orang lain


9 Ulasan murid:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...apakah nada bagi sajak ini...ye????

Tanpa Nama berkata...

terbaik !!!!

Tanpa Nama berkata...

boleh tak saya nk copy ?? terima kasih ^_^

Tanpa Nama berkata...

Time Kasih . . .

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH ..

Tanpa Nama berkata...

lawa -fizi

Tanpa Nama berkata...

terima kasih :)

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih :-)

Tanpa Nama berkata...

Apa pandangan penyajak

Catat Ulasan