BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

SAJAK LEBAH DAN MADU OLEH : SITI ZALEHA M.HASHIM


ANALISIS TEKS

SAJAK
MAKSUD

Di pohon sana
pada dahan pohon tualang
lihatlah lebah-lebah
sudah membuat sarang
serangga yang cergas
sentiasa hidup sepakat
sikap yang terpuji.


Pada dahan sebatang pokok, lebah sedang membuat sarang. Lebah ialah sejenis serangga yang cergas dan sentiasa hidup bermuafakat. Sikap ini ialah sikap yang terpuji bagi lebah.

Ada ratu ada pekerja
berkumpul dan bekerjasama
madu manisnya
penawar penyakit manusia.


Dalam keluarga lebah ada ratu atau pekerja. Walaubagaimanapun, semua lebah hidup berkumpul dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Madu yang dihasilkan oleh lebah sangat manis dan menjadi penawar kepada penyakit  manusia.


Lebah-lebah
pada dahan pohon tualang
kau membuat aku sedar
harus selalu berusaha
dan meniggalkan jasa
seperti madumu yang istimewa


Penyajak membuat kesimpulan bahawa lebah-lebah yang ada pada dahan pokok memberi kesedaran tentang kepentingan usaha. Selain itu, manusia perlu berbuat jasa dalam hidup seperti lebah yang berjasa melalui madunya yang istimewa.


Tema
Sikap dan jasa lebah dimana lebah mempunyai pelbagai sikap terpuji seperti rajin dan bekerjasama, di samping berjasa kepada manusia. Lantaran itu, kita perlu mencontohi lebah yang mengamalkan kehidupan bermasyarakat dan berjasa kepada hidupan lain.

Persoalan

1.
2.
3.
4.


Kerajinan sejenis serangga
Permuafakatan dalam kehidupan
Jasa sejenis serangga
Hidup bersatu padu tanpa mengira kedudukan

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh

1.    Pengulangan


·         Pengulangan perkataan ada ‘ada ratu ada pekerja’
·         Pengulangan frasa ‘ pada dahan pohon tualang’


2.    Sinkof
(penggunaan singkatan kata)


Seperti madumu yang istimewa.


Unsur Bunyi 

1.    Asonansi (pengulangan huruf vokal)

Ada ratu ada pekerja
Ø  dalam baris sajak di atas, vokal “a” diulang sebanyak 7 kali


2.    Aliterasi

Serangga yang cergas
Ø  dalam baris sajak di atas, konsonan “g” diulang sebanyak 4 kali




Nilai Murni

Bekerjasama
Bukti: berkumpul dan bekerjasama

Kerajinan
Bukti: lihatlah lebah-lebah sudah membuat sarang

Bersatu padu
Bukti: sentiasa hidup sepakat

Berjasa
Bukti: penawar penyakit manusia


Pengajaran

1.    Kita perlu bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
2.    Kita perlu bersikap rajin demi mencapai kesempurnaan dalam hidup.
3.    Kita akan menikmati kejayaan jika menjadikan sikap bersatu padu sebgai amalan kehidupan.
4.    Sebagai manusia yang berhati murni, kita perlu berjasa kepada pihak-pihak yang memerlukan bantuan.


20 Ulasan murid:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih,thank you,say-say,aligato,nadre.... from;jugi,cedric,zul,aditya...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana menyediakan maklumat ini utk kmi...... thanks for all.. bye.....

Tanpa Nama berkata...

noob

Tanpa Nama berkata...

terima kasih . blog yang sangat menarik :)

TAMAN SERIBU PUISI berkata...

Terima kasih semua.
Salam maju jaya.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih untuk blog yg menarik ini.. :)

Unknown berkata...

terima kasih ... syukran ... say_say ... aligato .... thank you ... nadre ... for asll of this

Tanpa Nama berkata...

Blogg yg sangat menarikk.

Tanpa Nama berkata...

wow! cantiklah blog nii... macam ni lah baru best!!!!

Tanpa Nama berkata...

Xie xie for this blog :3 Harap akan dapat lebih drpda ini

Tanpa Nama berkata...

terima kasih ya amat dapat membantu saya:)

Tanpa Nama berkata...

trima kasih untuk maklumat nih ...

Tanpa Nama berkata...

thankyouu :-* for your information ! =D

Batrisyia berkata...

Thanks for the information..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih sbb da kongsi maklumat ni di internet...

Tanpa Nama berkata...

blog yang menarik....:-p thanksss for all!!!!!!!1

Tanpa Nama berkata...

thankssssss!!! banyak membantu

Unknown berkata...

tqvm....

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana blog ini dapat membantu saya menyiapkan krja sekolah dengan mudah....thanks for help.........

Tanpa Nama berkata...

Blog nie baguss .. Memudahkan segala kerja saya .. Hoho

Catat Ulasan