ANALISIS TEKS
SAJAK
|
MAKSUD
|
Di
pohon sana
pada
dahan pohon tualang
lihatlah
lebah-lebah
sudah
membuat sarang
serangga
yang cergas
sentiasa
hidup sepakat
sikap
yang terpuji.
|
Pada
dahan sebatang pokok, lebah sedang membuat sarang. Lebah ialah sejenis
serangga yang cergas dan sentiasa hidup bermuafakat. Sikap ini ialah sikap
yang terpuji bagi lebah.
|
Ada
ratu ada pekerja
berkumpul
dan bekerjasama
madu
manisnya
penawar
penyakit manusia.
|
Dalam
keluarga lebah ada ratu atau pekerja. Walaubagaimanapun, semua lebah hidup
berkumpul dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Madu yang
dihasilkan oleh lebah sangat manis dan menjadi penawar kepada penyakit manusia.
|
Lebah-lebah
pada
dahan pohon tualang
kau
membuat aku sedar
harus
selalu berusaha
dan
meniggalkan jasa
seperti
madumu yang istimewa
|
Penyajak
membuat kesimpulan bahawa lebah-lebah yang ada pada dahan pokok memberi
kesedaran tentang kepentingan usaha. Selain itu, manusia perlu berbuat jasa
dalam hidup seperti lebah yang berjasa melalui madunya yang istimewa.
|
Tema
Sikap
dan jasa lebah dimana lebah mempunyai pelbagai sikap terpuji seperti rajin dan
bekerjasama, di samping berjasa kepada manusia. Lantaran itu, kita perlu
mencontohi lebah yang mengamalkan kehidupan bermasyarakat dan berjasa kepada
hidupan lain.
Persoalan
1.
2.
3.
4.
|
Kerajinan
sejenis serangga
Permuafakatan
dalam kehidupan
Jasa sejenis
serangga
Hidup bersatu padu
tanpa mengira kedudukan
|
Gaya
Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1. Pengulangan
|
·
Pengulangan perkataan ada
‘ada ratu ada pekerja’
·
Pengulangan frasa ‘ pada
dahan pohon tualang’
|
2. Sinkof
(penggunaan
singkatan kata)
|
Seperti
madumu yang istimewa.
|
Unsur Bunyi
1. Asonansi
(pengulangan huruf vokal)
|
Ada
ratu ada pekerja
Ø dalam
baris sajak di atas, vokal “a” diulang sebanyak 7 kali
|
2. Aliterasi
|
Serangga
yang cergas
Ø dalam
baris sajak di atas, konsonan “g” diulang sebanyak 4 kali
|
Nilai
Murni
Bekerjasama
Bukti: berkumpul dan bekerjasama
Kerajinan
Bukti: lihatlah lebah-lebah sudah membuat
sarang
Bersatu padu
Bukti: sentiasa hidup sepakat
Berjasa
Bukti: penawar penyakit manusia
Pengajaran
1.
Kita perlu bekerjasama dalam
melakukan sesuatu pekerjaan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
2.
Kita perlu bersikap rajin
demi mencapai kesempurnaan dalam hidup.
3.
Kita akan menikmati kejayaan
jika menjadikan sikap bersatu padu sebgai amalan kehidupan.
4.
Sebagai manusia yang berhati
murni, kita perlu berjasa kepada pihak-pihak yang memerlukan bantuan.
20 Ulasan murid:
terima kasih,thank you,say-say,aligato,nadre.... from;jugi,cedric,zul,aditya...
Terima kasih kerana menyediakan maklumat ini utk kmi...... thanks for all.. bye.....
noob
terima kasih . blog yang sangat menarik :)
Terima kasih semua.
Salam maju jaya.
terima kasih untuk blog yg menarik ini.. :)
terima kasih ... syukran ... say_say ... aligato .... thank you ... nadre ... for asll of this
Blogg yg sangat menarikk.
wow! cantiklah blog nii... macam ni lah baru best!!!!
Xie xie for this blog :3 Harap akan dapat lebih drpda ini
terima kasih ya amat dapat membantu saya:)
trima kasih untuk maklumat nih ...
thankyouu :-* for your information ! =D
Thanks for the information..
terima kasih sbb da kongsi maklumat ni di internet...
blog yang menarik....:-p thanksss for all!!!!!!!1
thankssssss!!! banyak membantu
tqvm....
terima kasih kerana blog ini dapat membantu saya menyiapkan krja sekolah dengan mudah....thanks for help.........
Blog nie baguss .. Memudahkan segala kerja saya .. Hoho
Catat Ulasan