BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

SAJAK ASAP (OLEH : MAYA IZA AZIZAN)

ANALISIS TEKS

SAJAK
MAKSUD

Asap
mengapakah
bisamu
memedihkan mataku
menangis – tanpa dosa ?


Penyajak mempersoalkan asap yang memedihkan mata sehingga menyebabkan matanya berair tanpa sebab.


Asap
mengapakah rongga-ronggamu
semakin lama semakin membesar
dan aku tenggelam lemas
tanpa airnya?


Kesan daripada pencemaran asap yang semakin menjadi-jadi membuatkan penyajak berasa lemas dan tidak boleh berbuat apa-apa.




Asap
hanya satu jantungku ini
telah kau rampas
berjuta-juta yang lain
tua dan muda
tanpa belas.


Jantung penyajak telah terjejas akibat pencemaran asap. Selain itu, berjuta-juta manusia tanpa mengira usia turut merasai kesan pencemaran asap yang bertindak tanpa belas kasihan.

Asap,
tidak dapat kurasai
dengan sentuhan
tetapi bahangmu cukup
memusnahkan segala
tanpa apinya.


Penyajak menyatakan asap tidak dapat dipegang dan dirasa namun bahang asap boleh memusnahkan kehidupan semua makhluk.



Gambar sekadar hiasan
Tema
Asap yang membawa kesan buruk kepada manusia melalui pencemaran udara.

Persoalan

1.
2.


Kesan pencemaran asap
Penderitaan manusia


Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh

1.    Pengulangan


·         Perktaan asap diulang sebanyak 4 kali
·         Perkataan semakin ‘semakin lama semakin membesar’


2.    Sinkof
(penggunaan singkatan kata)


·         Memedihkan mataku
·         Tidak dapat kurasai

3.    Personifikasi


hanya satu jantungku ini telah kaurampas 


Unsur Bunyi


1.    Asonansi ( pengulangan huruf vokal)

tua dan muda
Ø  dalam baris sajak di atas, vokal “u” diulang sebanyak 2 kali


2.    Aliterasi

 semakin lama semakin membesar
Ø  dalam baris sajak di atas, konsonan “m” diulang sebanyak 5 kali



Nilai Murni

Menjaga alam sekitar
Kita mesti menjaga alam sekitar daripada pencemaran seperti asap.

Keprihatinan
Prihatin terhadap alam sekitar dengan tidak membiarkan pencemaran asap berlaku.

Simpati
Simpati terhadap jutaan manusia yang menerima akibat buruk kesan daripada pencemaran udara.


Pengajaran

1.    Kita mestilah menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar terutamanya pencemaran yang memberi kesan terhadap kesihatan manusia.
2.    Kita mesti prihatin dan bertimbang rasa terhadap keselesaan hidup orang lain dengan sikap lebih bertanggungjawab agar dapat elakkan pencemaran alam sekitar.
3.    Kita perlu berganding bahu untuk menjaga kebersihan dan kesejahteraan alam sekitar daripada tercemar.

8 Ulasan murid:

런닝맨 berkata...

assalamualaikum,
ulasan yg menarik...mohon share utk tujuan p&p di sekolah saya. Terima Kasih.

Unknown berkata...

terima kasih...ianya membantu saya menyiapkan tugas saya :) <^_^>

Tanpa Nama berkata...

SAYA MINTA KONGSI BAHAN

Tanpa Nama berkata...

Sangat menarik dan membantu saya dalam memahami sajak serta menyiapkan tugasan saya. Terima kasih!

Tanpa Nama berkata...

Saya Minta Kongsi Bahan

Unknown berkata...

Good job teacher ^_^

Tanpa Nama berkata...

saya rasa bagus,terbaik,laaa sagt sagt ciku dan terima kasih ciku

Unknown berkata...

tq

Catat Ulasan