PANTUN BERKAIT (BEKERJA)
OLEH : RAHMAN SHAARI DAN MOHD POZI HJ. MASURORI (PENYELENGGARA)
OLEH : RAHMAN SHAARI DAN MOHD POZI HJ. MASURORI (PENYELENGGARA)
ANALISIS TEKS
Pantun
|
Maksud
|
Perahu
layar mudik ke pangkalan,
Sampai
di pangkalan, memunggah barang;
Wahai
rakan, handai dan taulan,
Bangkit
segera kita berjuang.
|
Pemuisi
menyeru sekalian kenalan, kawan dan sahabat supaya bingkas bangun melakukan
sesuatu yang bermanfaat.
|
Sampai
di pangkalan memunggah barang,
Barang
habis dibawa ke rumah;
Bangkit
segera kita berjuang,
Hapuskan
semangat culas dan malas.
|
Bagi
menjayakan sesuatu pekerjaan, seseorang itu mesti menjauhi sikap sambil lewa
dan malas yang menggambarkan tiada kesungguhan atau tidak serius.
|
Barang
habis dibawa ke rumah,
Tiada
satu tinggal di perahu;
Hapuskan
semangat culas dan malas,
Semua
kerja mestilah tahu.
|
Setelah sikap culas dan
malas dijauhi, seseorang itu harus tahu melakukan segala kerja yang diamanahkan.
Maksudnya, telah membuat persediaan atau belajar terlebih dahulu.
|
Tiada
satu tinggal di perahu,
Tidaklah
bimbang barangkan hilang;
Semua
kerja mestilah tahu,
Bajak,
cangkul, tebas, dan tebang.
|
Segala pekerjaan yang
dilakukan hendaklah sempurna dari awal hingga akhir. Pendek kata, semua kerja
dapat dibereskan.
|
Tidaklah
bimbang barangkan hilang,
Semuanya
ada dalam selamat;
Bajak,
cangkul, tebas, dan tebang,
Semuanya
dikerja dengan cermat.
|
Segala kerja dilakukan
dengan cermat (teliti). Tiada kecuaian berlaku. Dalam bahasa pejabat, kerja
dilaksanakan menepati spesifikasi, kehendak, kualiti dan piawai yang
ditetapkan.
|
Semuanya
ada dalam selamat,
Boleh
disimpan turun-temurun;
Dapat
dikerjakan dengan cermat,
Kerja
yang berat tidaklah gerun.
|
Sikap cermat dalam
pekerjaan membolehkan apa-apa jua kerja dapat dilaksanakan tanpa banyak soal.
Kerja yang bersifat berat dapat ditangani dengan sikap yakin. Tiada sifat
mengalah, menarik diri atau pesimis (seperti si corot yang banyak alasan dan
fobia).
|
Boleh
disimpan turun-temurun,
Itulah
tanda barang yang berharga;
Kerja
yang berat tidaklah gerun,
Semuanya
siap hati pun lega.
|
Apabila yakin mampu
melaksanakan segala kerja, seseorang itu akan berasa lega, lapang, puas hati, gembira dan seronok setelah kerja itu sempurna.
|
Itulah
tanda barang yang berharga,
Payah
dicari susah mendapat;
Semuanya
siap hati pun lega,
Tiadalah
tinggal terbuang penat.
|
Kerja yang berjaya
disempurnakan bererti segala penah lelah yang dialami berbaloi, terbayar dan
terubat. Kepuasan diri kerana dapat melaksanakan kerja dengan sempurna ialah
ganjaran tertinggi bagi seseorang yang bekerja dengan bersungguh-sungguh,
cekap, cermat dan penuh keyakinan.
|
Tema
Semangat untuk
melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai.
Persoalan
1) Ketekunan
dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.
Contoh:
Bajak, cangkul, tebas dan tebang,
Semuanya dikerja dengan
cermat.
2) Kerajinan
penting dalam memastikan kesempurnaan dalam sesuatu kerja.
Contoh:
Bangkit segera kita berjuang,
Hapuskan semangat culas dan
lemah.
3) Kegigihan
berusaha dapat membuahkan hasil.
Contoh:
Kerja yang berat tidaklah gerun,
Semuanya siap hati pun
lega.
Bentuk
1. Merupakan
pantun berkait.
2. Mempunyai
8 rangkap.
3. Mempunyai
4 baris bagi setiap rangkap.
4. Jumlah
perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris.
Contoh:
bangkit segera kita berjuang (4 perkataan – rangkap 1)
Contoh:
hapuskan semangat culas dan lemah (5 perkataan – rangkap 2)
5. Terdiri
daripada 9 hingga 11 suku kata sebaris.
Contoh:
wa/hai/ ra/kan/ han/dai/ dan/ tau/lan/ ( 9 suku kata – rangkap 1)
Contoh:
ha/pus/kan/ se/ma/ngat/ cu/las/ dan/ le/mah (11 suku kata – rangkap 2)
6. Rima
akhir abab.
7. Bentuk
pantun terikat.
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1) Asonansi - Pengulangan vokal a
|
Contoh : Wahai rakan handai dan taulan
|
2) Aliterasi
- Pengulangan konsonan t
|
Tiadalah tinggal terbuang penat
|
3) Sinkope
- Pemendekan kata ‘akan’
|
Tidaklah bimbang barangkan hilang
|
4) Inversi
- Pembalikan kata
|
Kerja yang berat tidaklah gerun,
sepatutnya tidaklah gerun kerja yang berat.
|
5) Repitisi
- Pengulangan kata ‘pangkalan’
|
Perahu layar mudik ke pangkalan,
Sampai di pangkalan memunggah barang.
|
Nilai
Murni
Nilai murni
|
Contoh
|
1) Kerajinan
Sikap malas perlu dihapuskan apabila melakukan
sesuatu pekerjaan.
|
Bangkit segera kita berjuang,
Hapuskan semangat culas dan lemah.
|
2) Ketekunan
Sentiasa tekun melakukan pekerjaan untuk mendapatkan
hasil yang sempurna.
|
Dapat dikerjakan dengan cermat,
Kerja yang berat tidaklah gerun.
|
3) Kegigihan
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan
mendatangkan hasil.
|
Kerja yang berat tidaklah gerun,
Semuanya siap hatipun lega.
|
Pengajaran
1) Kita
haruslah bersikap rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan tanpa ada perasaan
malas dan lemah.
Contoh:
Bangkit segera kita berjuang,
Hapuskan semangat culas dan lemah.
2) Kita
hendaklah bersikap tekun agar setiap pekerjaan yang dilakukan dapat
disempurnakan. Contoh:
Dapat dikerjakan dengan cermat,
Kerja yang berat tidaklah gerun.
3) Kita
perlulah bersikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan
akan tercapai.
Contoh:
Kerja yang berat tidaklah gerun,
Semuanya siap hatipun lega.
9 Ulasan murid:
W0w,,Terima kasih Taman Seribu Puisi,,Kerana Dpt memberi Saya maklumat2 Tentang Pantun berkait-(Bekerja),,dan sye telah pon Menyiap Kerja2 Rumah Yg diberi oleh Cg...Dlm Blog Taman Seribu Puisi Ini :D
apakah dua ciri barang barang berharga dalam pantun berkait ?
apakah usaha yang patut dilakukan untuk membuat semangat kerjasama dalam masyarakat
1. Cincin emas
2. Berlian
terima kasih taman seribu puisi ........kerana memberikan saya maklumat2x tentang pantun berkait..........dengan ini saya dapatlah membuat kerja2x.....saya dengan mudah.......dan juga dapat menyiapkan kerja yang diberikan oleh cgu saya........saya amat berterima kasih.......:D
terima kasih kerana mencipta blog yang sangat membantu saya menyiapkan kerja yang diberi oleh guru. Nama saya SYAH IRFAN
nama saya aiman samiran..there call me Aiman IS..i likem the pantonnn very much..thankss for the advice :)
saya suka sangat blog nie sebab kerja yang diberi oleh cikgu dapat disiapkan dengan pantas
Mengapakah setiap individu mesti mempunyai wawasan.
Catat Ulasan