BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

PANTUN BERKAIT (BEKERJA)


PANTUN BERKAIT (BEKERJA)
OLEH : RAHMAN SHAARI DAN MOHD POZI HJ. MASURORI (PENYELENGGARA)


ANALISIS TEKS
Pantun
Maksud
Perahu layar mudik ke pangkalan,
Sampai di pangkalan, memunggah barang;
Wahai rakan, handai dan taulan,
Bangkit segera kita berjuang.
Pemuisi menyeru sekalian kenalan, kawan dan sahabat supaya bingkas bangun melakukan sesuatu yang bermanfaat.

Sampai di pangkalan memunggah barang,
Barang habis dibawa ke rumah;
Bangkit segera kita berjuang,
Hapuskan semangat culas dan malas.
Bagi menjayakan sesuatu pekerjaan, seseorang itu mesti menjauhi sikap sambil lewa dan malas yang menggambarkan tiada kesungguhan atau tidak serius.
Barang habis dibawa ke rumah,
Tiada satu tinggal di perahu;
Hapuskan semangat culas dan malas,
Semua kerja mestilah tahu.
Setelah sikap culas dan malas dijauhi, seseorang itu harus tahu melakukan segala kerja yang diamanahkan. Maksudnya, telah membuat persediaan atau belajar terlebih dahulu.
Tiada satu tinggal di perahu,
Tidaklah bimbang barangkan hilang;
Semua kerja mestilah tahu,
Bajak, cangkul, tebas, dan tebang.
Segala pekerjaan yang dilakukan hendaklah sempurna dari awal hingga akhir. Pendek kata, semua kerja dapat dibereskan.
Tidaklah bimbang barangkan hilang,
Semuanya ada dalam selamat;
Bajak, cangkul, tebas, dan tebang,
Semuanya dikerja dengan cermat.

Segala kerja dilakukan dengan cermat (teliti). Tiada kecuaian berlaku. Dalam bahasa pejabat, kerja dilaksanakan menepati spesifikasi, kehendak, kualiti dan piawai yang ditetapkan.
Semuanya ada dalam selamat,
Boleh disimpan turun-temurun;
Dapat dikerjakan dengan cermat,
Kerja yang berat tidaklah gerun.

Sikap cermat dalam pekerjaan membolehkan apa-apa jua kerja dapat dilaksanakan tanpa banyak soal. Kerja yang bersifat berat dapat ditangani dengan sikap yakin. Tiada sifat mengalah, menarik diri atau pesimis (seperti si corot yang banyak alasan dan fobia).
Boleh disimpan turun-temurun,
Itulah tanda barang yang berharga;
Kerja yang berat tidaklah gerun,
Semuanya siap hati pun lega.
Apabila yakin mampu melaksanakan segala kerja, seseorang itu akan berasa lega,  lapang, puas hati, gembira dan  seronok setelah kerja itu sempurna.
Itulah tanda barang yang berharga,
Payah dicari susah mendapat;
Semuanya siap hati pun lega,
Tiadalah tinggal terbuang penat.

Kerja yang berjaya disempurnakan bererti segala penah lelah yang dialami berbaloi, terbayar dan terubat. Kepuasan diri kerana dapat melaksanakan kerja dengan sempurna ialah ganjaran tertinggi bagi seseorang yang bekerja dengan bersungguh-sungguh, cekap, cermat dan penuh keyakinan. 


Tema
Semangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai.

Persoalan
1)   Ketekunan dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.
Contoh:  
Bajak, cangkul, tebas dan tebang,
Semuanya dikerja dengan cermat.               
2)   Kerajinan penting dalam memastikan kesempurnaan dalam sesuatu kerja.   
Contoh:  
Bangkit segera kita berjuang,
Hapuskan semangat culas dan lemah.           
3)   Kegigihan berusaha dapat membuahkan hasil.
Contoh:  
Kerja yang berat tidaklah gerun,
Semuanya siap hati pun lega.         

Bentuk
1.    Merupakan pantun berkait.
2.    Mempunyai 8 rangkap.
3.    Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.
4.    Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris.         
Contoh: bangkit segera kita berjuang (4 perkataan – rangkap 1)
Contoh: hapuskan semangat culas dan lemah (5 perkataan – rangkap 2)
5.    Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata sebaris.
Contoh: wa/hai/ ra/kan/ han/dai/ dan/ tau/lan/ ( 9 suku kata – rangkap 1)
Contoh: ha/pus/kan/ se/ma/ngat/ cu/las/ dan/ le/mah (11 suku kata – rangkap 2)
6.    Rima akhir abab.
7.    Bentuk pantun terikat.


Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh
1)   Asonansi  - Pengulangan vokal a
Contoh : Wahai rakan handai dan taulan
2)   Aliterasi  - Pengulangan konsonan t
Tiadalah tinggal terbuang penat
3)   Sinkope  - Pemendekan kata ‘akan’
Tidaklah bimbang barangkan hilang
4)   Inversi  - Pembalikan kata

Kerja yang berat tidaklah gerun,
sepatutnya tidaklah gerun kerja yang berat.
5)   Repitisi - Pengulangan kata ‘pangkalan’

Perahu layar mudik ke pangkalan,
Sampai di pangkalan memunggah barang.

Nilai Murni
Nilai murni
Contoh
1)   Kerajinan
Sikap malas perlu dihapuskan apabila melakukan sesuatu  pekerjaan.
Bangkit segera kita berjuang,
Hapuskan semangat culas dan lemah.
2)   Ketekunan
Sentiasa tekun melakukan pekerjaan untuk mendapatkan hasil   yang sempurna.
Dapat dikerjakan dengan cermat,
Kerja yang berat tidaklah gerun.
3)   Kegigihan
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan mendatangkan hasil.

Kerja yang berat tidaklah gerun,
Semuanya siap hatipun lega.

Pengajaran
1)   Kita haruslah bersikap rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan tanpa ada perasaan malas dan lemah.
Contoh:  
Bangkit segera kita berjuang,
Hapuskan semangat culas dan lemah.
2)   Kita hendaklah bersikap tekun agar setiap pekerjaan yang  dilakukan dapat disempurnakan. Contoh:  
Dapat dikerjakan dengan cermat,
Kerja yang berat tidaklah gerun.
3)   Kita perlulah bersikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan akan tercapai.
Contoh:  
Kerja yang berat tidaklah gerun,
Semuanya siap hatipun lega.

9 Ulasan murid:

Hafiz Silatau berkata...

W0w,,Terima kasih Taman Seribu Puisi,,Kerana Dpt memberi Saya maklumat2 Tentang Pantun berkait-(Bekerja),,dan sye telah pon Menyiap Kerja2 Rumah Yg diberi oleh Cg...Dlm Blog Taman Seribu Puisi Ini :D

Tanpa Nama berkata...

apakah dua ciri barang barang berharga dalam pantun berkait ?

Tanpa Nama berkata...

apakah usaha yang patut dilakukan untuk membuat semangat kerjasama dalam masyarakat

Tanpa Nama berkata...

1. Cincin emas
2. Berlian

Tanpa Nama berkata...

terima kasih taman seribu puisi ........kerana memberikan saya maklumat2x tentang pantun berkait..........dengan ini saya dapatlah membuat kerja2x.....saya dengan mudah.......dan juga dapat menyiapkan kerja yang diberikan oleh cgu saya........saya amat berterima kasih.......:D

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana mencipta blog yang sangat membantu saya menyiapkan kerja yang diberi oleh guru. Nama saya SYAH IRFAN

kopek berkata...

nama saya aiman samiran..there call me Aiman IS..i likem the pantonnn very much..thankss for the advice :)

eikin aziz berkata...

saya suka sangat blog nie sebab kerja yang diberi oleh cikgu dapat disiapkan dengan pantas

Tanpa Nama berkata...

Mengapakah setiap individu mesti mempunyai wawasan.

Catat Ulasan