Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera adik-adik :)
Kembali bertemu di Blog Taman Seribu Puisi ini.
Jom hayati puisi di bawah...
Citrawarna
Kenangan (Nukilan Dr. Ghazali Lateh)
Tanpa sedar telah terlalu banyak
butir-butir kenangan yang terhimpun
dan kita karang dengan benang emas
bercantum dalam untaian mesra.
Tanpa sedar kita perlu melafazkan
salam perpisahan dalam senyum santun
melepaskan segala rajut kenangan
tersirat dalam citrawarna aneka
seindahnya.
Berhentilah sejenak untuk merenung
sebelum kauucapkan sekian kalinya
selamat tinggal bilik kuliah
selamat tinggal kolej kediaman
selamat tinggal padang permainan
selamat tinggal rakan taulan.
Ingatlah di sini suatu ketika
kita bina sebuah taman inderaloka
penuh gegar ketawa senyum canda
sesekali digugat hiba menangisi luka
dan kitapun menjadi dewasa
seadanya.
Barangkali selepas ini kita lebih mandiri
tanpa melepaskan ikatan haluan diri
selamat tinggal kafetaria
selamat tinggal panggung percubaan
selamat tinggal beban tugasan
selamat tinggal pengajaran mikro
selamat tinggal Bukit Ekspo
selamat tinggal resah dan risau
selamat tinggal kampus hijau.
Pasti membekas di laman nurani
setiap detik setiap lafaz begitu begini
intailah wajah-wajah yang sering hadir
tatkala perpisahan semakin hampir.
Runduklah dan hening diri seketika
mengingati masa lalu dan meramal hari muka
dalam palitan citrawarna aneka
sebelum melangkah ke ruang terbuka.
Tanpa sedar telah terlalu banyak
butir-butir kenangan yang terhimpun
dan kita karang dengan benang emas
bercantum dalam untaian mesra.
Tanpa sedar kita perlu melafazkan
salam perpisahan dalam senyum santun
melepaskan segala rajut kenangan
tersirat dalam citrawarna aneka
seindahnya.
Berhentilah sejenak untuk merenung
sebelum kauucapkan sekian kalinya
selamat tinggal bilik kuliah
selamat tinggal kolej kediaman
selamat tinggal padang permainan
selamat tinggal rakan taulan.
Ingatlah di sini suatu ketika
kita bina sebuah taman inderaloka
penuh gegar ketawa senyum canda
sesekali digugat hiba menangisi luka
dan kitapun menjadi dewasa
seadanya.
Barangkali selepas ini kita lebih mandiri
tanpa melepaskan ikatan haluan diri
selamat tinggal kafetaria
selamat tinggal panggung percubaan
selamat tinggal beban tugasan
selamat tinggal pengajaran mikro
selamat tinggal Bukit Ekspo
selamat tinggal resah dan risau
selamat tinggal kampus hijau.
Pasti membekas di laman nurani
setiap detik setiap lafaz begitu begini
intailah wajah-wajah yang sering hadir
tatkala perpisahan semakin hampir.
Runduklah dan hening diri seketika
mengingati masa lalu dan meramal hari muka
dalam palitan citrawarna aneka
sebelum melangkah ke ruang terbuka.
Kami di Bollywood Night.
Agak-agak mana bollywoodnya?hehe
Barisan krew Blog Taman Seribu Puisi.
Dulu masa buat blog ini tika di semester kelima. Sekarang tahun akhir sudah!
Semoga Blog Taman Seribu Puisi ini sentiasa bermanfaat untuk pembelajaran KOMSAS adik-adik.
Salam sayang daripada kami,
**Cikgu Janah, Cikgu Hasna, Cikgu Ina dan Cikgu Zie**
Kami ingin memohon maaf kerana sejak akhir-akhir ini agak kurang memberikan perhatian kepada blog ini. Terima kasih kepada semua yang sudi tinggalkan jejak kalian. Sama ada di Buku Tetamu, Shoutbox, Komen ataupun yang mengutuskan emel kepada kami. Sokongan kalian amat kami hargai.
**Doakan kami berjaya menyiapkan Projek Ilmiah Tahun Akhir dengan jayanya.
Satu langkah lagi sebelum kami keluar menjalani latihan praktikal.
Sekolah manakah yang akan kami mengajar???
Nantikan....insya-Allah bertemu lagi di entri akan datang.
Selamat bercuti dan jangan lupa baca buku ya! :)
0 Ulasan murid:
Catat Ulasan