ANALISIS
KOMSAS CERPEN
“KASUT KELOPAK JANTUNG”
Oleh: DR. GHAZALI LATEH
Oleh: DR. GHAZALI LATEH
Pada Hari Guru setiap tahun Cikgu Harun akan menerima hadiah
daripada anak muridnya.
Cikgu Harun teringat akan peristiwa yang telah berlaku hampir
tiga dekad yang lalu ketika beliau menjadi guru di sebuah kawasan pedalaman.
Ahmad merupakan seorang murid yang miskin dan tinggal bersama
ibunya. Oleh itu, dia tidak mampu untuk membeli kasut untuk dipakai ke sekolah.
Dia hanya berkaki ayam ke sekolah sejak selipar jepunnya putus.
Pada suatu hari, Ahmad tidak menukar pakaian sukan dan tetap
berkaki ayam pada waktu Pendidikan Jasmani. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad
dengan menyuruhnya memakai kelopak jantung pisang sebagai kasut.
Cikgu Harun melarang Ahmad membuka kelopak jantung pisang itu
sehingga dia membeli kasut baru.
Ahmad berasa sedih dan malu dengan hukuman tersebut. Sejak
dari itu, dia tidak datang ke sekolah. Perkara ini membimbangkan Cikgu Harun.
Cikgu Harun telah pergi ke rumah Ahmad dan beliau berasa sedih
dan pilu melihat kedaifan hidup anak muridnya itu. Setelah seminggu, Ahmad
masih memakai kasut kelopak jantungnya.
Cikgu Harun telah membelikan Ahmad sepasang kasut dan pakaian
baru untuk ke sekolah.
Akhirnya Ahmad telah menjadi seorang pengurus besar di sebuah
syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar dan Cikgu Harun telah bersara
menjadi seorang pendidik.
Jom tonton filem pendek
Cerpen 'Kasut Kelopak Jantung'
**Penghargaan buat Cikgu Hailmi**
Kesusahan hidup seorang murid miskin dan tanggungjawab
guru terhadap muridnya.
1.
Ketegasan guru di sekolah demi mendisiplinkan pelajar.
Buktiya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad
takut untuk merenung wajahnya tepat-tapat. Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu
Harun kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakaian sukan.
2. Keprihatinan guru terhadap masalah murid.
Buktinya, Cikgu Harun yang prihatin akan
kemiskinan keluarga Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang
uniform sekolah.
3. Keikhlasan murid membalas jasa guru.
Buktinya, walaupun Ahmad sudah besar dan
berjawatan tinggi, namun dia tetapi mengingati jasa Cikgu Harun dengan
menghadiahinya sepasang kasut pada setiap Hari Guru.
4. Kepentingan memakai kasut di sekolah.
Buktinya, Cikgu Harun tegas memastikan pelajar
memakai kasut supaya muridnya tidak mengalami kecederaan kaki.
5. Penghargaan murid terhadap jasa guru.
Buktinya,
setiap Hari Guru, Cikgu Harun akan menerima hadiah berupa kasut berjenama mahal
daripada anak muridnya yang mengingati jasa gurunya itu walaupun sudah 30 tahun
berlalu.
Guru disiplin yang bersifat bengis tetapi bertimbang
rasa.
Pernah mengajar di kawasan pedalaman tiga
puluh tahun yang lalu.
Tegas – mendidik murid-murid agar
berdisiplin dan patuh pada peraturan sekolah.
Insaf – berasa bersalah apabila Ahmad
tidak hadir ke sekolah selama seminggu.
Baik hati – membelikan sepasang baju
sekolah dan kasut sekolah untuk Ahmad.
Berusia 9 tahun dan murid darjah tiga.
Daripada keluarga miskin dan tinggal di sebuah pondok usang.
Gigih – berjalan di atas batu kerikil
tanpa memakai alas kaki ke sekolah.
Lurus bendul – tidak menanggalkan
kasut kelopak jantung sebelum memiliki kasut yang baharu.
Rajin – mengambil upah memetik cili di
sebuah kebun sayur.
Patuh – kembali ke sekolah setelah
memiliki baju seragam dan kasut sekolah yang baru.
Mengenang jasa guru –
mengirimkan sepasang kasut yang mahal kepada Cikgu Harun pada setiap tahun
Seorang wanita
separuh umur yang sudah uzur.
Tinggal bersama anaknya, Ahmad di sebuah
pondok usang di hujung kampung.
Walaupun miskin harta, ibu Ahmad amat
menghormati tetamu kerana menjemput
Cikgu Harun masuk ke rumah sementara
menunggu Ahmad pulang ke rumah.
Ibu Ahmad tidak bekerja lagi kerana sudah uzur.
Oleh sebab itu, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili demi menampung
perbelanjaan
keluarga di samping membeli kasut sekolah.
1. Pada 16 Mei, Hari Guru,
Cikgu Harun menerima sebungkus hadiah yang tidak
dipos.
2. Cikgu Harus tahu benar pengirim hadiah itu dan bertanya kepada diri sendiri
sama akan hadiah itu dihantar dengan ikhlas atau sindir atau kedua-duanya.
1. Cikgu Harun mengingati
peristiwa yang telah berlaku 30 tahun yang lalu apabila
menerima bungkusan
hadiah daripada salah seorang anak muridnya.
2. Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak
memakai
kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah.
3. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai “kasut” yang diperbuat daripada
kelopak jantung pisang.
4. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun
dan
banyak murid yang mengetawakannya.
1. Ahmad tidak hadir ke
sekolah selama seminggu.
2. Kawan Ahmad menyampaikan khabar bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.
3. Cikgu Harun tersentuh dan berasa menyesal atas tindakannya mendenda Ahmad.
4. Cikgu Harun mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad dan mendapati
ibunya sudah uzur dan Ahmad bekerja sebagai pemetik cili untuk menampung
kehidupan keluarga.
1. Cikgu Harun sudah
bersara tetapi jasanya tetap dikenang oleh Ahmad.
2. Ahmad menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut berjenama pada setiap Hari
Guru.
3. Cikgu Harun sedar bahawa hadiah itu diberikan oleh Ahmad dengan hati yang
ikhlas sebagaimana ditulis dalam surat yang disertai bersama bungkusan kasut
itu.
Amad sudah berjaya menjawat jawatan tinggi.
1. Rumah
Cikgu Harun di bandar
Bukti: Cikgu Harun menerima bungkusan
kasut baharu di rumahnya.
2. Kawasan pedalaman
Bukti: Cikgu Harun pernah bekerja sebagai guru di kawasan pedalaman lebih tiga
puluh tahun yang lalu.
3. Bilik darjah
Bukti: Cikgu Harun pernah menegur Ahmad kerana tidak berkasut ke sekolah.
Selain itu, Cikgu Harun juga bertanya kepada pelajar-pelajarnya tentang sebab
Ahmad tidak hadir ke sekolah.
4. Padang sekolah
Bukti: Di kawasan padang, murid-murid melakukan aktiviti sukan dan bersenam
kecuali Ahmad. Di situlah juga Ahmad didenda memakai “kasut” yang diperbuat
daripada kelopak jantung pisang.
5. Rumah Ahmad
Bukti: Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad untuk menjenguknya dan mengenal pasti
sebab dia tidak hadir ke sekolah.
6. Kebun sayur
Bukti: Ahmad bekerja sebagai pemetik cili di kebun sayur untuk menampung
perbelanjaan keluarga.
7. Pekan
Bukti: Cikgu Harun pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut sekolah baharu
dan sepasang uniform sekolah baharu kepada Ahmad supaya dia dapat ke sekolah
semula.
1. Zaman moden
Bukti: Cikgu Harun sudah bersara dan tinggal di bandar pada zaman moden ini.
Selain itu, Ahmad sudah menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar
kasut terkemuka.
2. 30 tahun yang lalu
Bukti: Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak
memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah. Cikgu Harun telah
mendenda Ahmad memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.
Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan
banyak murid yang mengetawakannya.
3. Tempoh seminggu
Bukti: Selepas didenda oleh Cikgu Harun, Ahmad tidak hadir ke sekolah selama
seminggu dan kawannya memberitahu Cikgu Harun bahawa Ahmad ingin berhenti
sekolah.
4. Waktu pagi tiga minggu selepas sekolah dibuka
Bukti: Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah dan
tidak membawa pakaian sukan untuk aktiviti pendidikan jasmani di padang.
5. Suatu petang selepas seminggu Ahmad tidak hadir ke sekolah.
Bukti: Cikgu harun pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab dia mahu
berhenti sekolah.
6. 16 Mei
Bukti: Cikgu Harun mendapat hadiah berjenama mahal daripada muridnya setiap
sambutan Hari Guru.
7. Selepas sekolah tamat / tengah hari
Bukti: Ahmad yang malu selepas didenda memakai kasut kelopak jantung telah lari
ke rumah.
1.
Masyarakat guru
Bukti: Cikgu Harun yang sudah bersara mengingati peritiwa yang berlaku lebih 30
tahun yang lalu.
2. Masyarakat pelajar
Bukti: Ahmad merupakan pelajar sekolah yang belajar dalam tahun tiga di kawasan
pedalaman. Dia pernah dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut ke
sekolah dan tidak membawa pakaian sukan.
3. Masyarakat miskin
Bukti: Ahmad dan ibunya tinggal di sebuah pondok kecil
kerana hidup dalam kesederhaan. Lagipun, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik
cili dalam usia yang muda.
4. Masyarakat yang mengenang jasa guru
Bukti: Ahmad seorang murid yang amat mengenang jasa Cikgu Harun. Setiap
kali sambutan Hari Guru, dia akan menghantar bungkusan berisi kasut berjenama
mahal untuk dihadiahkan kepada Cikgu Harun. Hal ini membuktikan bahawa dia amat
menghargai jasa gurunya walaupun sudah berjaya dalam kehidupan.
5. Masyarakat yang tabah menghadapi kemiskinan
Bukti: keluarga Ahmad tabah menghadapi kemiskinan hidup. Dia dan ibunya tinggal
di sebuah pondok di hujung kampung.
a) Kerajinan
Ø Ahmad
berusaha bersungguh-sungguh kerana tidak mahu mewarisi kemiskinan keluarga.
b) Berdikari
Ø Ahmad
bekerja memetik cili di kebun sayur kerana hendak membantu keluarga yang
miskin.
c) Baik Hati
Ø Cikgu
Harun membeli sepasang baju seragan dan kasut sekolah untuk Ahmad supaya
dia dapat belajar dengan selesa.
d) Semangat bermasyarakat
Ø Cikgu
Harun membantu Ahmad kerana mahu Ahmad berjaya dalam pelajaran dan keluar
daripada belenggu kemiskinan.
e) Pemaaf
Ø Ahmad
menerima pemberian Cikgu Harun dan dia ke sekolah kerana tidak menyimpan
perasaan dendam.
f) Mengenang Budi
Ø Ahmad
mengirimkan sepasang kasut kepada Cikgu Harun kerana hendak membalas budi
baik Cikgu Harun terhadapnya tiga puluh tahun yang lalu.
a) Kita hendaklah berusaha dengan gigih supaya
dapat mencapai kejayaan dalam hidup.
b) Kita hendaklah bersikap dermawan supaya
dapat meringankan kesusahan orang lain.
c) Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain supaya
hidup kita gembira.
d) Kita hendaklah membalas budi baik yang telah
kita terima supaya hubungan silaturrahim berpanjangan.
e) Guru-guru hendaklah berusaha mendidik
murid-murid kerana mereka merupakan negara yang
berharga.
Jom, uji minda dengan soalan latihan di bawah. Klik GAMBAR untuk maju ke sana.
PENGHARGAAN
BUAT J
Disediakan oleh,
Bakal Guru Cemerlang Bahasa Melayu J
2 Ulasan murid:
Cikgu,,,boleh tolong saya tak,,,saya nak cari maksud pantun empat kerat
#pelajar tgktn satu
Like
Catat Ulasan