BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

SYAIR WASIAT AYAHANDA SITI ZAWIYAH OLEH : ANWAR RIDHWAN DAN RAHMAN SHAARI


CONTOH VIDEO
MELAGUKAN SYAIR WASIAT AYAHANDA SITI ZAWIYAH
Hak Cipta Terpelihara
tamanseribupuisi.blogspot.com 



ANALISIS TEKS SYAIR
SYAIR
MAKSUD

Ada kepada suatu hari,
Sakit saudagar laki isteri,
Adalah kiranya tujuh hari,
Tidak bergerak kanan dan kiri.



Saudagar dan isterinya sakit selama tujuh hari dan tidak bergerak sama ada ke kanan mahupun ke kiri


Saudagar tahu akan dirinya,
Hampirlah mati kepada rasanya,
Lalulah memanggil akan anaknya,
Dicium kepala dengan tangisnya.


Saudagar merasakan bahawa ajalnya akan tiba. Saudagar memanggil anaknya lalu mencium kepala anaknya itu sambil menangis.

Katanya wahai cahaya mataku,
Tinggallah tuan buah hatiku,
Hampirlah mati gerangan aku,
Baiklah tuan tingkah dan laku.


Saudagar berkata kepada anak yang disayanginya bahawa ajalnya hamper tiba. Saudagar mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya dan berharap anaknya akan menjaga tingkah laku.


Serta harta aku tinggalkan,
Tuan seorang yang menyukakan,
Sampai habis semua diterimakan,
Faedahnya akan diberikan.


Saudagar memberitahu anaknya bahawa dia meninggalkan harta yang banyak untuknya. Harta itu akan memberi faedah kepada anak itu.

Jikalau tidak anakku berakal,
Harta pusaka di manakan kekal,
Habis harta badan tinggal,
Laksana perahu bersauh tunggal.


Menurut saudagar, jika anaknya tidak menggunakan akal, harta itu tidak akan kekal lama dan akan cepat habis. Hanya badan yang tinggal seperti perahu yang tinggal sauhnya.


Kerana harta tiada berguna,
Jikalau tidak akan sempurna,
Sekalian itu habislah fana,
Hanyalah tinggal badan merana.


Pemilik harta akan merana dan ditimpa kesusahan jika harta tidak diuruskan dengan baik. Hal ini kerana semua harta hanyalah fana di dunia ini.

Budi dan bahasa janganlah lupa,
Muliakan olehmu ibu dan bapa,
Mana yang datang padamu berjumpa,
Janganlah lambat tuan menyapa


Saudagar turut berpesan kepada anaknya tentang kepentingan budi bahasa, di samping memuliakan ibu bapa. Anaknya juga perlu segera manyapa orang lain yang ditemuinya sebagai tanda hormat mereka.
 

Kerana adat orang berbeza,
Tiada memandang harta dan benda,
Tegur dan sapa itu yang ada,
Itulah penambah di dalamnya ada.


Sesetengah orang berbeza adatnya. Ada orang yang mengutamakan budi bahasa berbanding harta benda. Oleh itu, berbudi bahasa dan beramah mesra sangat penting diamalkan dalam kehidupan.



Tema

Nasihat seorang bapa kepada anaknya dengan mengatakan harta benda amat penting untuk meneruskan hidup. Dengan itu, saudagar meninggalkan banyak harta untuk anak-anaknya dengan harapan harta tersebut bermanfaat kepada mereka.

Persoalan

1.
2.
3.
4.



Kepentingan harta benda
Kebaikan hati seorang ayah terhadap anaknya
Kepentingan berbudi bahasa
Menghormati tetamu


Gaya Bahasa

Gaya Bahasa
Contoh

1.    Simile


Laksana perahu bersauh tunggal

2.    Simpulan bahasa


Tinggallah tuan buah hatiku

3.    Bahasa pinjaman
(Bahasa Arab)


Sekalian itu habislah fana


Unsur Bunyi


1.    Asonansi ( pengulangan huruf vokal)

Saudagar tahu akan dirinya
Ø  dalam baris sajak di atas, vokal “a” diulang sebanyak 7 kali


2.    Aliterasi

 Jikalau tidak anakku berakal
Ø  dalam baris sajak di atas, konsonan “k” diulang sebanyak 5 kali



Nilai Murni

Berbudi bahasa
Bukti: budi dan bahasa janganlah lupa

Hormat-menghormati
Bukti: muliakan olehmu ibu dan bapa

Kasih sayang
Bukti : dicium kepala dengan tangisnya

Rasional
Berfikir secara rasional untuk menggunakan harta yang ditingalkan sebaik mungkin.


Pengajaran

1.    Kita perlu berbudi bahasa kerana budi bahasa melambangkan keperibadian seseorang.
2.    Anak-anak haruslah menghormati ibu dan bapa dengan mendengar nasihat mereka.
3.    Kerasionalan amat penting sebelum kita membuat keputusan atau melakukan tindakan.
4.    Ibu dan bapa perlu menasihati anak-anak agar mereka menjadi insan yang berguna.




Teman belajar anda. Tidak kira masa walau di mana jua. 
Peta Minda amat membantu.
Semoga bermanfaat.

Sila klik pada gambar di atas untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas.

Hak Cipta Terpelihara.

18 Ulasan murid:

Tanpa Nama berkata...

<3

Tanpa Nama berkata...

best la jugak!!

Tanpa Nama berkata...

ok..cuma dia lain sikit dalam buku komsas..tolong buat bg elok sikit tau..thanks kerna bg sya tgk...

Tanpa Nama berkata...

cikgu,blog kita best pasal banyak maklumat berbanding blog lain.tadi saya cari dua tiga kali baru jumpa blog yg penuh dgn maklumat

Unknown berkata...

terima kasih sebanyak 1000 kali kerena terdapat pertandingan komsas pada hari ini!I a amat membantu
tetapi saya membuat BENTUK saya dengan sendiri...

BENTUK

1. Rangkap (8 rangkap)
2. Baris (4 baris dalam satu rangkap)
3. Rima (a-b)
4. Suku kata (8-12 suku kata)
5. Jumlah patah perkataan setiap baris ialah 3-6 perkataan)

Tanpa Nama berkata...

berguna untuk pelajaran...

Tanpa Nama berkata...

Sinopsis yang baik dan tepat, terima kasih.......................

TAMAN SERIBU PUISI berkata...

Terima kasih semua.
Semangat cikgu :)

selamat belajar dengan gembira.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih banyak-banyak....

Tanpa Nama berkata...

tq :)
tapi hanya x ada watak dan perwatakan je

Tanpa Nama berkata...

sorry
niekan syair silap tanya
ingat kan cerita
manalah boleh ada watak dan perwatakan kan??
sorry

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih! :D

Tanpa Nama berkata...

Ia byk membantu saya!!!! Terima kasih!!!!!!! xD

farahin fadzil berkata...

Cikgu, izinkan saya copy untuk rujukan exam ya. Terima kasih !

Tanpa Nama berkata...

bagus..tq

Tanpa Nama berkata...

tq

Unknown berkata...

thanks :)

Tanpa Nama berkata...

ape ni

Catat Ulasan