CONTOH VIDEO
MELAGUKAN SYAIR WASIAT AYAHANDA SITI ZAWIYAH
Hak Cipta Terpelihara
tamanseribupuisi.blogspot.com
ANALISIS
TEKS SYAIR
SYAIR
|
MAKSUD
|
Ada
kepada suatu hari,
Sakit
saudagar laki isteri,
Adalah
kiranya tujuh hari,
Tidak
bergerak kanan dan kiri.
|
Saudagar
dan isterinya sakit selama tujuh hari dan tidak bergerak sama ada ke kanan
mahupun ke kiri
|
Saudagar
tahu akan dirinya,
Hampirlah
mati kepada rasanya,
Lalulah
memanggil akan anaknya,
Dicium
kepala dengan tangisnya.
|
Saudagar
merasakan bahawa ajalnya akan tiba. Saudagar memanggil anaknya lalu mencium
kepala anaknya itu sambil menangis.
|
Katanya
wahai cahaya mataku,
Tinggallah
tuan buah hatiku,
Hampirlah
mati gerangan aku,
Baiklah
tuan tingkah dan laku.
|
Saudagar
berkata kepada anak yang disayanginya bahawa ajalnya hamper tiba. Saudagar mengucapkan
selamat tinggal kepada anaknya dan berharap anaknya akan menjaga tingkah
laku.
|
Serta
harta aku tinggalkan,
Tuan
seorang yang menyukakan,
Sampai
habis semua diterimakan,
Faedahnya
akan diberikan.
|
Saudagar
memberitahu anaknya bahawa dia meninggalkan harta yang banyak untuknya. Harta
itu akan memberi faedah kepada anak itu.
|
Jikalau
tidak anakku berakal,
Harta
pusaka di manakan kekal,
Habis
harta badan tinggal,
Laksana
perahu bersauh tunggal.
|
Menurut
saudagar, jika anaknya tidak menggunakan akal, harta itu tidak akan kekal
lama dan akan cepat habis. Hanya badan yang tinggal seperti perahu yang
tinggal sauhnya.
|
Kerana
harta tiada berguna,
Jikalau
tidak akan sempurna,
Sekalian
itu habislah fana,
Hanyalah
tinggal badan merana.
|
Pemilik
harta akan merana dan ditimpa kesusahan jika harta tidak diuruskan dengan
baik. Hal ini kerana semua harta hanyalah fana di dunia ini.
|
Budi
dan bahasa janganlah lupa,
Muliakan
olehmu ibu dan bapa,
Mana
yang datang padamu berjumpa,
Janganlah
lambat tuan menyapa
|
Saudagar
turut berpesan kepada anaknya tentang kepentingan budi bahasa, di samping
memuliakan ibu bapa. Anaknya juga perlu segera manyapa orang lain yang
ditemuinya sebagai tanda hormat mereka.
|
Kerana
adat orang berbeza,
Tiada
memandang harta dan benda,
Tegur
dan sapa itu yang ada,
Itulah
penambah di dalamnya ada.
|
Sesetengah
orang berbeza adatnya. Ada orang yang mengutamakan budi bahasa berbanding
harta benda. Oleh itu, berbudi bahasa dan beramah mesra sangat penting
diamalkan dalam kehidupan.
|
Tema
Nasihat
seorang bapa kepada anaknya dengan mengatakan harta benda amat penting untuk
meneruskan hidup. Dengan itu, saudagar meninggalkan banyak harta untuk
anak-anaknya dengan harapan harta tersebut bermanfaat kepada mereka.
Persoalan
1.
2.
3.
4.
|
Kepentingan
harta benda
Kebaikan
hati seorang ayah terhadap anaknya
Kepentingan
berbudi bahasa
Menghormati
tetamu
|
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1. Simile
|
Laksana perahu
bersauh tunggal
|
2. Simpulan
bahasa
|
Tinggallah tuan buah hatiku
|
3. Bahasa
pinjaman
(Bahasa
Arab)
|
Sekalian
itu habislah fana
|
Unsur
Bunyi
1. Asonansi
( pengulangan huruf vokal)
|
Saudagar
tahu akan dirinya
Ø dalam
baris sajak di atas, vokal “a” diulang sebanyak 7 kali
|
2. Aliterasi
|
Jikalau tidak anakku berakal
Ø dalam
baris sajak di atas, konsonan “k” diulang sebanyak 5 kali
|
Nilai
Murni
Berbudi bahasa
Bukti: budi dan bahasa janganlah lupa
Hormat-menghormati
Bukti: muliakan olehmu ibu dan bapa
Kasih sayang
Bukti : dicium kepala dengan tangisnya
Rasional
Berfikir secara rasional untuk menggunakan
harta yang ditingalkan sebaik mungkin.
Pengajaran
1.
Kita perlu berbudi bahasa
kerana budi bahasa melambangkan keperibadian seseorang.
2.
Anak-anak haruslah
menghormati ibu dan bapa dengan mendengar nasihat mereka.
3.
Kerasionalan amat penting
sebelum kita membuat keputusan atau melakukan tindakan.
4.
Ibu dan bapa perlu
menasihati anak-anak agar mereka menjadi insan yang berguna.
Teman belajar anda. Tidak kira masa walau di mana jua.
Peta Minda amat membantu.
Semoga bermanfaat.
Peta Minda amat membantu.
Semoga bermanfaat.
Sila klik pada gambar di atas untuk mendapatkan paparan yang lebih
jelas.
Hak Cipta Terpelihara.
18 Ulasan murid:
<3
best la jugak!!
ok..cuma dia lain sikit dalam buku komsas..tolong buat bg elok sikit tau..thanks kerna bg sya tgk...
cikgu,blog kita best pasal banyak maklumat berbanding blog lain.tadi saya cari dua tiga kali baru jumpa blog yg penuh dgn maklumat
terima kasih sebanyak 1000 kali kerena terdapat pertandingan komsas pada hari ini!I a amat membantu
tetapi saya membuat BENTUK saya dengan sendiri...
BENTUK
1. Rangkap (8 rangkap)
2. Baris (4 baris dalam satu rangkap)
3. Rima (a-b)
4. Suku kata (8-12 suku kata)
5. Jumlah patah perkataan setiap baris ialah 3-6 perkataan)
berguna untuk pelajaran...
Sinopsis yang baik dan tepat, terima kasih.......................
Terima kasih semua.
Semangat cikgu :)
selamat belajar dengan gembira.
Terima kasih banyak-banyak....
tq :)
tapi hanya x ada watak dan perwatakan je
sorry
niekan syair silap tanya
ingat kan cerita
manalah boleh ada watak dan perwatakan kan??
sorry
Terima kasih! :D
Ia byk membantu saya!!!! Terima kasih!!!!!!! xD
Cikgu, izinkan saya copy untuk rujukan exam ya. Terima kasih !
bagus..tq
tq
thanks :)
ape ni
Catat Ulasan