BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

SYAIR BERBUAT JASA

"SYAIR BERBUAT JASA"
OLEH : HARUN MAT PIAH (PENYELENGGARA)



CONTOH VIDEO
Dilagukan oleh bakal guru




CONTOH VIDEO
Dilagukan oleh murid
Semoga bermanfaat (*^-^*)
Hak Cipta Terpelihara

Analisis Teks Syair
Syair
Maksud
Buatlah jasa wahai teruna,
Hidupmu biar memberi guna,
Kamu yang mati jasa tak fana,
Asalkan buahnya elok sempurna.
Anak muda diseru supaya berbuat jasa supaya hidup lebih berguna. Jasad (tubuh) seseorang mungkin telah tiada (meninggal dunia), tetapi jasanya kekal buat selama-lamanya jika dilakukan dengan ikhlas dan dipanjangkan amalannya oleh orang lain (generasi selepasnya).
Banyakkan khidmat besar dan seni,
Serahkan kepada tuhan rabbani,
Jasa yang kekal berfaedah murni,
Umur yang kedua bagi insani.
Sama ada amalan besar mahupun kecil, semuanya mesti ditambah, lalu diikhlaskan semata-mata kepada allah untuk menilainya. Jasa yang kekal mendatangkan manfaat yang tidak terhingga. Jasa itu akan terus diingati walaupun seseorang itu telah meninggal dunia.
Hidup manusia jangan percuma,
Buatlah bakti budi utama,
Selagi baiknya kekal menjelma,
Si mati hidup selama-lama.


Manusia tidak harus mensia-siakan hidupnya, sebaliknya sentiasa berusaha meninggalkan jasa. Selama mana jasa itu menjadi amalan atau dimanfaatkan oleh orang lain, orang berjasa tadi tetap dianggap masih hidup walaupun pada hakikatnya telah lama meninggal dunia.
Buatlah baik sedaya upaya,
Hidup berbakti memberi cahaya,
Sumbu pelita tidak sia-sia,
Terbakar dirinya menerangi raya,
  

Kebaikan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan memberi faedah kepada diri sendiri dan orang lain. Ibarat sumbu pelita (minyak tanah) yang diperbuat daripada kain atau tali, walaupun harus terbakar, gelap akan berganti terang.
Jangan menilik balas dan puji,
Atau pahalanya dikaji-kaji,
Rasa demikian tamak dan keji,
Padalah baiknya tinting dan uji.
Apabila berbuat jasa, seseorang itu tidak patut mengharap ganjaran dan sanjungan. Demikian tidak elok bersikap menghitung pahala semata-mata yang menjurus kepada sifat tamak (haloba) dan hina (tidak baik). Demikian cabaran kepada keikhlasan diri dalam berbuat kebaikan (jasa).
Pahala dan balas jangan dihitung,
Ataupun bintang di dada beruntung,
Asalkan jasamu padat berdentung,
Cukuplah di situ mulai tergantung.


Jangan terlalu berkira tentang pahala (catatan balasan amal baik) atau mendambakan kalungan pingat atau pangkat kebesaran. Sebaliknya, biarlah jasa yang tidak terhingga manfaatnya sebagai bekalan (nyawa kedua, akhirat).
Buatlah baik ayuhai rakan,
Ke dalam laut kamu campakkan,
Jikalau tidak dikenal ikan,
Tuhan tahu iakah bukan.      




Sekali lagi penyair menyeru supaya pembaca sentiasa berbuat jasa dan kebaikan. Walaupun usaha yang dilakukan mungkin tidak dihargai atau tidak diberi sambutan, Allah sangat persis dalam membuat penilaian.

Tema
Kepentingan berbuat jasa

Persoalan
1)    Kemurahan hati dalam menyumbang jasa
2)    Keikhlasan dalam membuat kebaikan / jasa

Bentuk
1.    Mempunyai 7 rangkap.
2.    Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.
3.    Semua baris adalah maksud.
4.    Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris.          
Contoh: buatlah jasa wahai teruna (4 perkataan – rangkap 1)
Contoh: jasa yang kekal berfaedah murni (5 perkataan – rangkap 2)
5.    Terdiri daripada 9 hingga 12 suku kata sebaris.
Contoh: Tu/han/ ta/hu/ i/a/kah/ bu/kan/ (9 suku kata – rangkap 7)
Contoh: cu/kup/lah/ di/si/tu/ mu/la/i/ ter/gan/tung (12 suku kata – rangkap 6)
6.    Rima akhir aaaa.
7.    Bentuk syair terikat.

Gaya bahasa
Gaya bahasa
Contoh
1)   Asonansi – pengulangan vokal a
Buatlah jasa wahai teruna
2)   Aliterasi –pengulangan konsonan b
Buatlah bakti budi utama
3)   Sinkope – pemendekan kata
Kamu yang mati jasa tak fana,
Asalkan jasamu padat berdentung.
4)   Inversi– pembalikan kata
Hidup manusia jangan percuma, sepatutnya jangan percuma hidup manusia
5)   Diksi – penggunaan bahasa arab
Tuhan rabbani
6)   Repitisi – pengulangan perkataan 'hidup' sebanyak 4 kali


Nilai Murni
Nilai murni
Contoh
1)   Keikhlasan

Ikhlas dalam berbuat jasa tanpa mengharapkan balasan.
2)   Mengenang jasa
Budi yang baik akan dikenang.
3)   Rasional
Berfikir dahulu sebelum menerima sebarang pujian.

Pengajaran
1)    Kita hendaklah bermurah hati dalam menyumbang jasa.
2)    Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan kebaikan.
Teman belajar anda. Tidak kira walau dimana jua.
Belajar tanpa henti. Semoga bermanfaat
.
Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

6 Ulasan murid:

Tanpa Nama berkata...

macam mana nak jadikan syair tu lebih merdu

Tanpa Nama berkata...

daebak...sy suka..sy ska! sy gunakan untuk rujuk buat ulangfkaji.. -MRSM MUKAH STUDENT-

Tanpa Nama berkata...

macam mana nak nyanyikan syair seperti nasyid...?

Tanpa Nama berkata...

adakah syair itu mudah

Tanpa Nama berkata...

80%

Tanpa Nama berkata...

h

Catat Ulasan