SAJAK “RUMPUT”
OLEH :KHADIJAH HASHIM
Contoh video deklamasi sajak oleh murid
Adik Nadia dari Selangor
Hak cipta terpelihara
tamanseribupuisi.blogspot.com
Sajak
|
Maksud
|
Baru saja hendak mendongak
aku sudah dipijak
baru saja hendak berbedak
diserbu debu menutup muka
cuaca panas angin kering
ditambah lagi bau busuk asap lori
sesak nafas bagai menunggu mati
mujur embun pagi membersih diri.
|
Rumput tidak sempat tegak lurus kerana selalu dipijak oleh orang atau
kenderaan yang lalu-lalang. Rumput juga tidak sempat menjadi cantik dipandang
(bersih) kerana sering diliputi debu di tepi jalan. Keadaan cuaca yang panas
serta angin kering, serta bau busuk yang dilepaskan oleh asap lori
memburukkan keadaan. Rumput seakan terkulai layu tidak bermaya. Rumput hanya
berharap akan belas ihsan embun pagi yang menanggalkan segala kotoran yang
melekat padanya.
|
Baru saja tangan hendak menari
datang pemotong rumput
lalu dipotongnya jari doa
si pemotong rumput
cepat panjang
cepat dapat wang!
|
Apabila rumput panjang sedikit lalu melintuk liuk dipuput bayu (ke
kiri ke kanan ditiup angin), maka pemotong rumput (pekerja kontrak pihak
berkuasa tempatan atau persendirian) datang memotong rumput yang baru hendak
kelihatan panjang. Bagi si pemotong rumput, jika rumput cepat panjang bererti
dia akan cepat mendapat wang upah memotong rumput.
|
Nasib rumput di tepi jalan
tak sehijau rumput di padang.
|
Keadaan rumput di tepi jalan berbeza dengan rumput di kawasan padang
yang menghijau. Rumput di tepi jalan tidak sempat tumbuh panjang menghijau
kerana aktiviti manusia yang lalu-lalang dan pengaruh persekitaran.
|
Tema
Rintihan nasib seorang yang hina dan
dipandang rendah.
Golongan miskin selalunya dipandang rendah oleh orang lain.
Persoalan
1) Sikap
hormat-menghormati sesama insan walaupun terhadap golongan yang kurang
berkemampuan.
Golongan yang berkedudukan tinggi sering tidak menghormati
golongan miskin.
2) Penghargaan
kepada orang lain.
Menghargai bakat seseorang itu walaupun miskin.
3) Penindasan
terhadap golongan bertaraf rendah.
Golongan bertaraf rendah selalu menjadi alat
untuk kepentingan golongan atasan.
4) Cabaran
dalam kehidupan.
Walaupun berada dalam kesusahan dan keperitan, kelangsungan
hidup perlu diteruskan.
Bentuk
1. Sajak
ini berbentuk bebas.
2. Mengandungi
tiga rangkap.
3. Baris-baris
ayat dan rima akhir
·
Rangkap 1 terdapat 8 baris ayat. Rima
akhirnya aaabcddd.
·
Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima
akhirnya ababcc.
·
Rangkap 3 terdapat 2 baris ayat. Rima
akhirnya ab.
Gaya
Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1)
Sinkope.
|
tak.
|
2)
Personifikasi.
|
tangan hendak menari
|
3)
Repitisi
|
Baru saja.
|
4)
Anafora
|
cepat.
|
5)
Asonansi – pengulangan vokal ‘u’
|
diserbu debu menutup muka.
|
6)
Aliterasi – pengulangan konsonan ‘b’
|
ditambah lagi bau busuk
asap lori.
|
7)
Simile
|
bagai menunggu mati.
|
Nilai Murni
Nilai
murni
|
Contoh
|
1) Ketabahan
|
Tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.
|
2) Kegigihan
|
Tidak berputus asa walaupun penindasan berlaku di mana-mana.
|
Pengajaran
1)
Kita
janganlah menghina orang susah atau miskin.
Sebagai seorang yang bernasib baik kita tidak
sepatutnya menghina orang susah.
2)
Kita
perlulah mempunyai sifat hormat-menghormati terutamanya kepada golongan miskin.
3)
Kita
janganlah memandang rendah akan bakat seseorang.
4)
Kita
janganlah menutup peluang orang lain terutamanya peluang golongan susah atau
miskin.
4 Ulasan murid:
tTerbaik...Respect.
boleh ambil sbgai rujukan..
hi
.
Catat Ulasan