Sajak (Sumber Buku Teks KOMSAS Antologi Gema Sepi Gadis Genius)
|
Maksud
|
Aku terus berjalan
tanpa menghiraukan rintangan
cabaran yang menghalang
air mataku menitis
jiwaku meraba
hatiku terseksa
mencari ketenangan jiwa.
|
Penyajak berusaha untuk mencari ketenangan dalam dirinya
walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan kesusahan.
|
Ketenangan
kini kutemuimu
suasana sepi menjadi riang
suasana gelap menjadi terang.
|
Penyajak telah menemui ketenangan yang dicari-cari
sehingga kesepian yang dialami selama ini diganti dengan kegembiraan dan
sesuatu yang kabur menjadi jelas.
|
Kini kusedari
bahawa ketenangan
bukan datangnya
dari kesenangan
kekayaan dan kemewahan.
|
Kini penyajak sedar bahawa setiap ketenangan dalam diri
seseorang bukan diperoleh dengan cara mencapai kekayaan dan kemewahan hidup.
|
Berilmu dan beriman
di situ ia datang
menjadi jiwaku tenteram
apabila aku mendekati-Nya.
|
Penyajak menjelaskan bahawa ketenangan sebenarnya dapat
dicapai dengan cara memantapkan ilmu dalam diri dan menguatkan keimanan
terhadap tuhan. Keadaan ini menjadikan
jiwa penyajak tenang apabila mengamalkan kedua-dua perkara tersebut.
|
Gambar sekadar hiasan "Indahnya alam ciptaan Tuhan, luas terbentang saujana mata memandang." |
Tema:
Sajak ini mengemukakan
tema tentang ketabahan hati seseorang mencari ketenangan dalam hidup – Penyajak
berusaha mencari ketenangan dalam hidupnya sehingga beliau berjaya menemuinya.
Persoalan:
·
Kegigihan
bagi mendapatkan sesuatu yang diinginkan – penyajak gigih berusaha untuk
mencari ketenangan dalam hidupnya walaupun menghadapi pelbagai dugaan.
·
Dapat
menghilangkan segala kesepian dan kedukaan dalam hidup – masalah kesepian dan
kesedihan penyajak berjaya diatasi apabila beliau menemui ketenangan hidup.
·
Kemewahan
dan kekayaan hidup tidak menjanjikan ketenangan dalam hidup seseorang.
·
Menuntut
ilmu dan meneguhkan keimanan terhadap tuhan merupakan jalan terbaik bagi
mencapai ketenangan.
Gambar sekadar hiasan "Alam nan hijau ciptaan Tuhan, bukankah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang?" |
Bentuk:
·
Sajak ini
terdiri daripada empat rangkap.
·
Rima akhir
adalah bebas.
·
Jumlah
baris serangkap bebas
Contoh:
Rangkap 1- tujuh baris,
Rangkap 2 – empat baris dan sebagainya.
·
Jumlah
perkataan dalam satu baris antara satu hingga empat patah kata.
·
Jumlah suku
kata dalam satu baris antara empat hingga sepuluh suku kata.
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Personafikasi
|
jiwaku meraba
(R1,B5)
|
Sinkope
|
kini kutemuimu (R2,B2)
|
Anafora
|
suasana sepi menjadi riang
suasana gelap menjadi terang. (R2,B3 – 4)
|
Responsi
|
suasana sepi menjadi riang
suasana gelap
menjadi terang. (R2,B3 – 4)
|
Unsur Bunyi
|
Contoh
|
Asonansi
|
Kini kusedari (R3,B1)
|
Aliterasi
|
kekayaan
dan kemewahan. (R3,B5)
|
Gambar sekadar hiasan "Tidak akan kau berasa gundah walau sekali, andai kau tahu apa yang dicari" |
Nada: Nada sajak ini ialah romantis.
Nilai:
· Kegigihan : Penyajak
gigih berusaha untuk mencari ketenangan diri.
· Ketabahan : Penyajak
tabah menghadapi segala cabaran dan kesusahan dalam usaha mencari ketenangan
dalam dirinya.
Pengajaran:
·
Kita
hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan – penyajak berusaha
untuk mencari ketenangan dalam hidupnya.
·
Kita
hendaklah meneguhkan keimanan kita kepada tuhan untuk mendapat ketenangan –
penyajak berjaya menemui ketenangan yang dicarinya dengan cara meneguhkan
keimanan kepada tuhan.
·
Kita
hendaklah sedar bahawa kemewahan dan kekayaan mampu memberi segala keinginan
kita – ketenangan diri tidak dapat dicapai dengan kemewahan hidup.
·
Kita
hendaklah sentiasa menuntut ilmu walau di mana sahaja kita berada.
23 Ulasan murid:
baik...CEMERLANG
Terima kasih atas usaha cikgu.! ^.^ kalau boleh tulisan 'pink tersebut ditukarkan kepada biru.! agar mata kami tak sakit....=D Sekali lagi, terima kasih cikgu.!
Best ! :D
assalamualaikum cikgu..tahniah atas usaha cikgu dan terima kasih..
terbaiklah
Terbaiklah kerana membantu pelajar yang akan membuka blog ini.....
Terbaiklah atas usaha yang di beri oleh cikgu...
wah .. ape yg hndk dicari semua nye ad .. terima kasih di atas maklumatnye .. terbaiklah ..
best sangat!!! nanti kalau ada apa2 sajak nak buat cai kat blog ni je...
Wah...daebak!!!
Terima kasih banyak banyak ye1
terima kasih kerana memberi maklumat yang saya cari
terbaik lahh
terbaik lahhhh
Terima kasih sbb dalam blog ni semua yg saya nk cari semua ade...sekali lg saya ingin mengucapkan terima kasih bnyk2
terima kasih cikgu....
that's owesome miss
background menarik....
👍👍👍👍👍👍
fuck you
lololololololololololololololololololololololollolololololololololololololololololol
trimo kasih
Belakangan ini sering berlaku kemalangan di negara kita. Antara punca utama kemalangan tersebut adalah disebabkan kecuaian pemandu. Tamsilnya, terdapat pemandu yang memandu kenderaan sambil menggunakan telefon bimbit. Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik akan menyebabkan berlakunya kerosakan pada kenderaan tersebut.Sebagai contoh, terdapat pemilik kenderaan yang masih menggunakan tayar yang haus dan tidak menggantikannya dengan tayar yang baru.Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik juga menyebabkan kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik hingga menyebabkan kemalangan. Akhir sekali, faktor kelemahan penguatkuasaan seperti lambat menjejaki mereka yang sering melanggar peraturan jalan raya menyumbang kepada peningkatan kemalangan di jalan raya.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Catat Ulasan