SAJAK "KATA-KATA"
OLEH : HASHIM YAACOB
CONTOH VIDEO 1
(Oleh guru)
(Oleh guru)
Selamat Menonton.
CONTOH VIDEO 2
(Oleh Murid : Adik Nadia dari Selangor)
tamanseribupuisi.blogspot.com
Sajak
|
Maksud
|
Kalau kita dicerca dengan
kata
kita diam tak terkata.
Pertahankanlah maruah
kita
lawan kata dengan kata.
|
Penyajak menggesa supaya kita tidak membisu
apabila menghadapi cercaan lisan. Sebaliknya, orang yang dicerca harus melawan
balik dengan kata. Maruah perlu dijaga dan dipelihara.
|
Kalau mereka mengherdik
dengan kata
carilah daya kata.
Kalah kita
jangan kerana putus kata.
|
Jika orang mengherdik (bercakap dengan
bahasa yang buruk atau tidak layak), orang yang dicerca harus menyusun
kekuatan kata untuk hujah balas yang bijak. Kita akan dianggap kalah kerana
kelu untuk bersuara.
|
Ini martabat bangsa kita
ini kedaulatan negara
kita
kita pelihara
dengan kepantasan kata
daripada kepala.
|
Kita tidak boleh membiarkan sahaja martabat
bangsa dan kedaulatan negara diinjak begitu sahaja. Kita mesti melindungi
bangsa dan negara dengan hujah-hujah bernas daripada minda yang hebat.
|
Kita merdeka bukan kerana
senjata.
Kita merdeka kerana bijak
kata.
|
Negara bebas daripada belenggu penjajahan
tanpa pertempuran tentera. Negara merdeka justeru pemimpin bijak di meja
rundingan, dan rakyat yang bangkit bersuara membela tanah air tercinta.
|
Aduhai anakanda
Kalau hidup mahu terbela
pandailah mengucap kata.
|
Sebagai penutup sajak, sekali lagi penyajak
menegaskan betapa kalau hidup mahu terbela, iaitu tidak diinjak dan ditindas
(seperti lembu dicucuk hidung - peribahasa berkaitan), maka kita harus pandai
menggunakan kekuatan kata atau hujah yang bernas.
|
Tema
Kebolehan
berkomunikasi secara lisan amat penting dalam kehidupan.
Dengan kebijaksanaan
berkomunikasi, seseorang itu dapat mempertahankan diri daripada dihina oleh
orang lain.
Persoalan
1) Kepentingan
bijak berbahasa untuk mematahkan hujah lawan.
Kemahiran berhujah membolehkan
seseorang mematahkan hujah lawan dengan mudah.
2) Kepentingan
menggunakan bahasa dengan baik.
Kesantunan bahasa dapat membentuk jati diri
bangsa dan menjulang nama negara.
3) Bahasa
merupakan imej sesebuah bangsa dan negara.
Kebijaksanaan berbahasa membolehkan
kita memartabatkan bahasa dan mendaulatkan negara.
4) Kemerdekaan
yang diperoleh menerusi rundingan.
Sejarah membuktikan negara kita merdeka
menerusi rundingan bukannya melalui peperangan.
Bentuk
1. Separuh
terikat.
2. Terdapat
lima rangkap.
3. Baris-baris
ayat dan rima akhir.
·
Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima
akhirnya aaaa.
·
Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rima
akhirnya aaaa.
·
Rangkap 3 terdapat 4 baris ayat. Rima
akhirnya aaaa.
·
Rangkap 4 terdapat 2 baris ayat. Rima
akhirnya aa.
·
Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima
akhirnya aaa.
Gaya
Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1)
Sinkope
|
tak.
|
2)
Anafora
|
kita
merdeka.
|
3)
Bahasa istana
|
anakanda.
|
4)
Asonansi – pengulangan vokal ‘a
|
Pertahankanlah
maruah kita.
|
5)
Aliterasi – pengulangan konsonan ‘t’
|
Janganlah
kita diam tak terkata.
|
6)
Epifora
|
kita.
|
Nilai
Murni
Nilai
murni
|
Contoh
|
1) Kebijaksanaan
|
Bijak dalam berkata-kata dan berhujah.
|
2) Rasional
|
Sentiasa sedar jika ingin kehidupan lebih
terbela, kita harus pandai berkata-kata.
|
3) Tanggungjawab
|
Bertanggungjawab mempertahankan diri apabila
dicerca.
|
4) Keberanian
|
Berani mempertahankan diri dengan membalas
kata-kata pihak lawan.
|
Pengajaran
1) Kita
hendaklah bijak berkata-kata dan berhujah.
2) Kita
perlulah berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan.
3) Kita
mestilah mempertahankan maruah diri kita apabila dihina.
2 Ulasan murid:
laman blog ini amat bagus dan saya dapat mengulang kaji pembelajaran komsas saya d laman ini semenjak saya membuka laman ini dan mengulangkaji di laman ini ternyata ianya berkesan dan saya memperoleh A dalam bahasa melayu terutama komsas....
blog ni sangat perfect ia sangatlah memebantu kerja rumah saya terimas siapa yang buat blog ini .wassalam...
Catat Ulasan