Sajak
|
Maksud
|
Kau telah bangun
Mengirai sayapmu
Entah siul
keberapa kau nyanyikan
Membuka mataku.
|
Kemunculan golongan pengemis pada awal pagi untuk
mencari rezeki telah menyedarkan
penyajak.
|
Aku bangun
Masih kuap sekali
di pintu
Dan setompok
cahaya matahari di dadaku
Kerjaku sudah
menanti.
|
Pada ketika itu penyajak baru sahaja bersiap-siap
untuk keluar ke tempat kerja.
|
Kulihat kau
mematuk pasir pertama
Melintas kota
tandus dari pepohon
Apakah ada
ulat-ulat lemak bagimu
Atau secebis roti
busuk
Dan remah
anak-anak sekolah
Rezekimu
Bagiku kota ini
terlalu sempit bagimu
|
Penyajak memerhatikan golongan pengemis yang
berusaha mencari rezeki di tengah kota. Penyajak tertanya-tanya sama ada
golongan ini mampu terus mendapatkan sedikit rezeki atau lebihan makanan
daripada orang lain. Bagi penyajak, kota tersebut tidak sesuai bagi golongan
ini untuk terus mendapatkan rezeki.
|
Tapi kau yang
hanya
Sejemput daging
Bagitu yakin
dengan
Sayapmu yang
kecil.
|
Namun penyajak dapat merasakan bahawa golongan
ini begitu yakin dengan kudrat dan kemampuan mereka walaupun serba
kekurangan.
|
Gambar sekadar hiasan Terbang megah sang burung |
Tema
|
Sajak
ini mengemukakan tema kehidupan golongan pengemis di sebuah kota – Golongan
pengemis ini dilambangkan dengan burung-burung yang keluar pada waktu pagi
untuk mendapatkan makanan.
|
Persoalan
|
1.
Kegigihan mencari rezeki iaitu
golongan pengemis keluar pada awal pagi untuk mencari rezeki.
2.
Keprihatinan iaitu penyajak tergerak hati untuk
memikirkan nasib golongan pengemis di kota tersebut.
3.
Keyakinan diri, golongan pengemis
yakin dengan diri mereka untuk terus mencari rezeki di kota tersebut.
|
Bentuk
|
|
1.
Sajak ini terdiri daripada empat
rangkap.
2.
Rima akhir bebas.
3.
Jumlah baris bebas.
Contohnya :
Rangkap 1, 2 dan 4 – 4 baris
Rangkap 3 – 7 baris
4.
Jumlah perkataan sebaris antara satu
hingga enam patah kata.
5.
Jumlah suku kata sebaris antara empat
hingga lima belas suku kata.
|
|
Nada
|
Sajak
ini bernada sinis.
|
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Sinkope
|
Kau
telah bangun (R1,B1)
|
Kata Ganda
|
Apakah
ada ulat-ulat lemak bagimu (R3,B3)
|
Unsur Bunyi
|
Contoh
|
Asonansi
|
Tapi kau yang hanya (R3,B1)
|
Aliterasi
|
Kulihat
kau mematuk pasir pertama (R4,B1)
|
Gambar sekadar hiasan Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? |
Nilai
|
Keprihatinan :
Prihatin
dengan nasib golongan pengemis di kota.
Kegigihan : Pengemis
berusaha mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka.
Keyakinan : Golongan
pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup di kota-kota besar.
|
Pengajaran
|
1. Kita hendaklah prihatin dengan
kesusahan yang dialami oleh orang lain. Contohnya penyajak prihatin dengan
nasib golongan pengemis.
2. Kita perlulah gigih berusaha untuk
mendapatkan rezeki. Contohnya golongan pengemis keluar awal-awal pagi untuk
mencari rezeki.
3. Kita seharusnya yakin dengan kemampuan
diri. Contohnya golongan
pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus
hidup dengan usaha mereka mencari rezeki.
|
Teman belajar anda. Tidak kira walau di mana jua.
Belajar tanpa henti. Semoga bermanfaat.
Belajar tanpa henti. Semoga bermanfaat.
Sila klik pada gambar untuk mendapat paparan yang lebih jelas.
Hak Cipta Terpelihara
11 Ulasan murid:
osem....
osem!
nota yang sangat berguna
saya ingin bertanya satu soalan.
mengapa penulis menggunakan perlambangan burung kepada perwatakan pengemis? harap mendapat respon secepat yang mungkin.
mengapa penulis menggunakan perlambangan burung kepada perwatakan pengemis? moga mendapat respon secepat yang mungkin :) terima kasih
nota nota ni sangat berguna kpd saya.....
nota amat berguna ,terima kasih
nota yang sngat sempurna
padat,tepat dan sungguh kreatif
Saya nk tahu sangat2 Knapa burung2 itu melambangkan pengemis. Mohon jawab segera ;-)
sangat bermanfaat dan berbaloi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Catat Ulasan