BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

Sajak Burung-Burung Pagi - A.Wahab Ali


Sajak
Maksud

Kau telah bangun
Mengirai sayapmu
Entah siul keberapa kau nyanyikan
Membuka mataku.

Kemunculan golongan pengemis pada awal pagi untuk mencari  rezeki telah menyedarkan penyajak.


Aku bangun
Masih kuap sekali di pintu
Dan setompok cahaya matahari di dadaku
Kerjaku sudah menanti.

Pada ketika itu penyajak baru sahaja bersiap-siap untuk keluar ke tempat kerja.

Kulihat kau mematuk pasir pertama
Melintas kota tandus dari pepohon
Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu
Atau secebis roti busuk
Dan remah anak-anak sekolah
Rezekimu
Bagiku kota ini terlalu sempit bagimu

Penyajak memerhatikan golongan pengemis yang berusaha mencari rezeki di tengah kota. Penyajak tertanya-tanya sama ada golongan ini mampu terus mendapatkan sedikit rezeki atau lebihan makanan daripada orang lain. Bagi penyajak, kota tersebut tidak sesuai bagi golongan ini untuk terus mendapatkan rezeki.


Tapi kau yang hanya
Sejemput daging
Bagitu yakin dengan
Sayapmu yang kecil.

Namun penyajak dapat merasakan bahawa golongan ini begitu yakin dengan kudrat dan kemampuan mereka walaupun serba kekurangan.


Gambar sekadar hiasan
Terbang megah sang burung

Tema

Sajak ini mengemukakan tema kehidupan golongan pengemis di sebuah kota – Golongan pengemis ini dilambangkan dengan burung-burung yang keluar pada waktu pagi untuk mendapatkan makanan.
Persoalan
  
     1.    Kegigihan mencari rezeki iaitu golongan pengemis keluar pada awal pagi untuk mencari rezeki.
     2.    Keprihatinan  iaitu penyajak tergerak hati untuk memikirkan nasib golongan pengemis di kota tersebut.
     3.    Keyakinan diri, golongan pengemis yakin dengan diri mereka untuk terus mencari rezeki di kota tersebut.

Bentuk

      1.    Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
      2.    Rima akhir bebas.
      3.    Jumlah baris bebas.
Contohnya :
Rangkap 1, 2 dan 4 – 4 baris
Rangkap 3 – 7 baris
     4.    Jumlah perkataan sebaris antara satu hingga enam patah kata.
     5.    Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga lima belas suku kata.
Nada

Sajak ini bernada sinis.


Gaya Bahasa
Contoh
Sinkope
Kau telah bangun (R1,B1)
Kata Ganda
Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu (R3,B3)

Unsur Bunyi
Contoh
Asonansi
Tapi kau yang hanya (R3,B1)
Aliterasi
Kulihat kau mematuk pasir pertama (R4,B1)

Gambar sekadar hiasan
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia?

Nilai

Keprihatinan : Prihatin dengan nasib golongan pengemis di kota.
Kegigihan   : Pengemis berusaha mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka.
Keyakinan   : Golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup di kota-kota besar.

Pengajaran      

                             
  
                                
   


    1.  Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh orang     lain. Contohnya penyajak prihatin dengan nasib golongan pengemis.
   2. Kita perlulah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki. Contohnya golongan pengemis keluar awal-awal pagi untuk mencari rezeki.
     3. Kita seharusnya yakin dengan kemampuan diri. Contohnya golongan    
      pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup dengan usaha mereka mencari rezeki.


Teman belajar anda. Tidak kira walau di mana jua.
Belajar tanpa henti. Semoga bermanfaat.
Sila klik pada gambar untuk mendapat paparan yang lebih jelas.

Hak Cipta Terpelihara

11 Ulasan murid:

Unknown berkata...

osem....

Unknown berkata...

osem!

Tanpa Nama berkata...

nota yang sangat berguna

Unknown berkata...

saya ingin bertanya satu soalan.
mengapa penulis menggunakan perlambangan burung kepada perwatakan pengemis? harap mendapat respon secepat yang mungkin.

Unknown berkata...

mengapa penulis menggunakan perlambangan burung kepada perwatakan pengemis? moga mendapat respon secepat yang mungkin :) terima kasih

Tanpa Nama berkata...

nota nota ni sangat berguna kpd saya.....

Tanpa Nama berkata...

nota amat berguna ,terima kasih

Tanpa Nama berkata...

nota yang sngat sempurna

Tanpa Nama berkata...

padat,tepat dan sungguh kreatif

Nur Zakiratul Husna berkata...

Saya nk tahu sangat2 Knapa burung2 itu melambangkan pengemis. Mohon jawab segera ;-)

Tanpa Nama berkata...

sangat bermanfaat dan berbaloi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Catat Ulasan