BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

PANTUN EMPAT KERAT ( TEKA-TEKI ) OLEH : MOHD. YUSOF MD. NOR DAN ABD. RAHMAN KAEH

CONTOH VIDEO
PANTUN EMPAT KERAT(TEKA-TEKI)


Semoga bermanfaat (*^-^*)

ANALISIS TEKS
PANTUN
MAKSUD

Belayar perahu dari Berandan,
Menuju arah selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah itu cubalah teka?


Mengemukakan soalan tentang binatang yang kepalanya lebar daripada badan.

Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah cari wahai saudara,
Makin diisi makin ringan.


Mengemukakan soalan tentang benda yang semakin ringan apabila diisi.

Hari-hari ke rumah Cik Hitam,
Melihat orang memotong tebu,
Apa binatang darahnya hitam,
Janggut delapan, tulangnya satu?


Mengemukakan soalan tentang binatang yang mempunyai darah berwarna hitam, berjanggut lapan dan mempunyai satu tulang belakang.

Ambil betik potongkan pisau,
Buah masak pokoknya rendah,
Kecil-kecil berbaju hijau,
Sudah besar berbaju merah.


Mengemukakan soalan tentang benda yang berbaju hijau ketika kecil tetapi berbaju merah apabila besar.

Kalau tuan bawa keladi,
Bawa juga si pucuk rebung;
Kalau tuan bijak bestari,
Apa dia tanduk di hidung?


Mengemukakan soalan tentang binatang yang mempunyai tanduk di hidung.


Tema
Teka-teki untuk menguji kepintaran pembaca untuk mencari jawapan bagi teka-teki yang dikemukakan.

Persoalan

1.

   2.


Keistimewaan binatang dan benda yang terdapat di persekitaran kita.
Pengetahuan am.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh

1.    Pengulangan


·         Perkataan burung

2.    Anafora berselang


Kalau tuan bawa keladi,
Bawa juga si pucuk rebung;
Kalau tuan bijak bestari,


1.    Epifora berselang


Hari-hari ke rumah Cik Hitam,
Melihat orang memotong tebu;
Apa binatang berdarah hitam,



Unsur Bunyi


1.    Asonansi (pengulangan huruf vokal)

Burung nuri burung dara
  Ø  dalam baris sajak di atas, vokal “u” diulang sebanyak 5 kali


2.    Aliterasi

 Apa dia tanduk di hidung?
  Ø  dalam baris sajak di atas, konsonan “d” diulang sebanyak 4 kali



Nilai Murni

Kebijaksanaan
Bijak berfikir dalam mencari jawapan bagi setiap teka-teki yang diberi.

Rasional
Berfikir secara rasional tentang jawapan pantun teka-teki berdasarkan pemerhatian terhadap suasana persekitaran.


Pengajaran

1.    Kita mesti berfikir dengan bijaksana dalam mencari jawapan bagi setiap persoalan.
2.    Kita perlu berfikir secara rasional dalam usaha mencari jawapan.


Teman belajar anda. Tidak kira masa walau di mana jua. 
Peta Minda amat membantu.
Semoga bermanfaat.

Sila klik pada gambar di atas untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas.

Hak Cipta Terpelihara.

4 Ulasan murid:

Tanpa Nama berkata...

sy nk nilai yg klu pembentangan .. bkn nilai klu cikgu tnye jawapan itu ..

Tanpa Nama berkata...

Di waktu pagi ya menyanyi
ia belari
ada yang menari

Tanpa Nama berkata...

Bila muda bongkok bila tua tegak

yasmin berkata...

soalan pertama
jawapan:anak mancis/ batang mancis

soalan kedua
jawapan:belon

soalan ketiga
jawapan:sotong

soalan keempat
jawapan:cili padi

soalan kelima
jawapan:gajah/badak air

Catat Ulasan