CONTOH VIDEO
PANTUN EMPAT KERAT(TEKA-TEKI)
Semoga bermanfaat (*^-^*)
ANALISIS TEKS
PANTUN
|
MAKSUD
|
Belayar perahu dari Berandan,
Menuju arah selat Melaka, Lebar kepala dari badan, Apakah itu cubalah teka? |
Mengemukakan
soalan tentang binatang yang kepalanya lebar daripada badan.
|
Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan, Cubalah cari wahai saudara, Makin diisi makin ringan. |
Mengemukakan
soalan tentang benda yang semakin ringan apabila diisi.
|
Hari-hari ke rumah Cik Hitam,
Melihat orang memotong tebu, Apa binatang darahnya hitam, Janggut delapan, tulangnya satu? |
Mengemukakan
soalan tentang binatang yang mempunyai darah berwarna hitam, berjanggut lapan
dan mempunyai satu tulang belakang.
|
Ambil betik potongkan pisau,
Buah masak pokoknya rendah, Kecil-kecil berbaju hijau, Sudah besar berbaju merah. |
Mengemukakan
soalan tentang benda yang berbaju hijau ketika kecil tetapi berbaju merah
apabila besar.
|
Kalau tuan bawa keladi,
Bawa juga si pucuk rebung; Kalau tuan bijak bestari, Apa dia tanduk di hidung? |
Mengemukakan
soalan tentang binatang yang mempunyai tanduk di hidung.
|
Tema
Teka-teki
untuk menguji kepintaran pembaca untuk mencari jawapan bagi teka-teki yang
dikemukakan.
Persoalan
1.
2.
|
Keistimewaan
binatang dan benda yang terdapat di persekitaran kita.
Pengetahuan
am.
|
Gaya
Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1. Pengulangan
|
·
Perkataan burung
|
2. Anafora
berselang
|
Kalau tuan bawa keladi,
Bawa
juga si pucuk rebung;
Kalau tuan bijak bestari,
|
1. Epifora
berselang
|
Hari-hari
ke rumah Cik Hitam,
Melihat
orang memotong tebu;
Apa
binatang berdarah hitam,
|
Unsur Bunyi
1. Asonansi
(pengulangan huruf vokal)
|
Burung
nuri burung dara
Ø dalam
baris sajak di atas, vokal “u” diulang sebanyak 5 kali
|
2. Aliterasi
|
Apa dia tanduk di hidung?
Ø dalam
baris sajak di atas, konsonan “d” diulang sebanyak 4 kali
|
Nilai
Murni
Kebijaksanaan
Bijak berfikir dalam mencari jawapan bagi
setiap teka-teki yang diberi.
Rasional
Berfikir secara rasional tentang jawapan
pantun teka-teki berdasarkan pemerhatian terhadap suasana persekitaran.
Pengajaran
1. Kita
mesti berfikir dengan bijaksana dalam mencari jawapan bagi setiap persoalan.
2. Kita
perlu berfikir secara rasional dalam usaha mencari jawapan.
Teman belajar anda. Tidak kira masa walau di mana jua.
Peta Minda amat membantu.
Semoga bermanfaat.
Peta Minda amat membantu.
Semoga bermanfaat.
Sila klik pada gambar di atas untuk mendapatkan paparan yang lebih
jelas.
Hak Cipta Terpelihara.
4 Ulasan murid:
sy nk nilai yg klu pembentangan .. bkn nilai klu cikgu tnye jawapan itu ..
Di waktu pagi ya menyanyi
ia belari
ada yang menari
Bila muda bongkok bila tua tegak
soalan pertama
jawapan:anak mancis/ batang mancis
soalan kedua
jawapan:belon
soalan ketiga
jawapan:sotong
soalan keempat
jawapan:cili padi
soalan kelima
jawapan:gajah/badak air
Catat Ulasan