ANALISIS TEKS PANTUN
PANTUN
|
MAKSUD
|
Kemumu di dalam semak,
Jatuh melayang selaranya,
Meski ilmu setinggi tegak,
Tidak sembahyang apa gunanya.
|
Walaupun
seseorang itu tinggi ilmunya, namun itu semua tidak ada gunanya jika dia
tidak bersembahyang.
|
Asam kandis asam gelugur,
Ketiga asam riang-riang,
Menangis di pintu kubur,
Teringat badan tidak sembahyang.
|
Seseorang
yang tidak mengerjakan sembahyang, rohnya akan menangis di pintu kubur
setelah dia meninggal dunia.
|
Kemumu di tengah pekan,
Dihembus angin jatuh ke bawah,
Ilmu yang tidak diamalkan,
Bagai pohon tidak berbuah.
|
Seseorang
yang mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya diumpamakan seperti pokok
yang tidak berbuah.
|
Banyaklah bulan antara bulan,
Tidak semulia bulan puasa,
Banyaklah tuan serupa tuan,
Tidak semulia Tuhan Yang Esa.
|
Tiada
sesiapa pun yang dapat mengatasi kemuliaan Allah Yang Maha Esa.
|
Bendahara Datuk Seri Paduka,
Memerintah kota dan negeri,
Sengsara masuk dalam neraka,
Hendaklah kita ingatkan diri.
|
Neraka
merupakan tempat seksaan yang pedih. Oleh itu, kita mestilah beringat untuk
elakkan diri daripada seksaan tersebut.
|
Pohon di kebun habis berbuah,
Disambut masuk buah rembega,
Mohonkan ampun dosa yang sudah,
Hendak masuk dalam syurga.
|
Jika
kita hendak masuk syurga, kita hendaklah memohon keampunan atas dosa yang
telah kita lakukan.
|
Gambar sebagai hiasan Ilmu pelita hidup |
Tema
Nasihat
untuk mencari kesenangan di akhirat. Nasihat ini menyentuh tentang kewjipan
yang perlu dilaksanakan oleh manusia di dunia agar dapat dijadikan bekalan di
akhirat.
Persoalan
1.
2.
3.
4.
|
Ilmu
yang tidak diamalkan
Akibat
tidak bersembahyang
Menginsafi
dosa yang dilakukan
Balasan
terhadap orang yang ingkar akan perintah agama
|
Gaya
Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1. Pengulangan
|
·
Perkataan bulan
·
Perkataan tuan
|
2. Simile
|
Bagai
pohon tidak berbuah
|
Unsur Bunyi
1. Asonansi
( pengulangan huruf vokal)
|
Meski
ilmu setinggi tegak
Ø dalam
baris sajak di atas, vokal “i” diulang sebanyak 4 kali
|
2. Aliterasi
|
Kemumu di dalam semak
Ø dalam
baris sajak di atas, konsonan “m” diulang sebanyak 4 kali
|
Nilai
Murni
Patuh akan perintah Tuhan
Tunaikan setiap perintah Tuhan di dunia
sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat.
Memohon ampun
Setiap kali melakukan dosa, mohonlah
keampunan daripada Tuhan agar mendapat tempat di syurga.
Menghargai ilmu
Hargai setiap ilmu yang diperoleh dengan
mengamalkannya dalam kehidupan.
Merendah diri
Bersikap merendah diri dalam setiap perkara
kerana tiada makhluk yang semulia Tuhan Yang Maha Esa.
Pengajaran
1.
Kita perlu sentiasa patuh
akan perintah Tuhan.
2.
Kita hendaklah memohon ampun
atas setiap dosa yang dilakukan.
3.
Kita mestui menghargai ilmu
yang diperoleh agar bermanfaat pada diri.
4.
Kita perlu berwaspada dalam
melakukan sesuatu agar tidak dihumban ke dalam neraka.
5.
Kita perlu menjauhi sikap
malas dalam mengerjakan setiap suruhan Tuhan.
17 Ulasan murid:
alhamulillah... dapat buat kerja sekolah komsas....nie...
kemumu di dalam semak,
jatuh melayang selaranya;
meski ilmu setinggi tegak,
tidak sembahyang apa gunanya.
SANGAT ASYIKKAN
terima kasih kerana membantu para pelajar untuk mengulangkaji semasa cuti sekolah...
untung laa ada internet...kalau tak confirm xsiap punya kerja komsas nie...
belajar btul2 agar dpt masuk u..
Terima kasih semua.
DUIT
Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakal
bezt nyerr!!! >.<
best jugak kn ...BEE BEST BEAT THE REST!!!
Thank you...very2 help me!
thanks sbb buat blog ni. kalau cikgu takde.. saye confirm kene marah ngan cikgu saya
Ini sgt membantu...thank you very much...
insyaallah dapat membantu menjawab ujian
insyaallah dapat membantu semasa ujian
terima kasih
Minggu dpn percubaan pt3,ape nk buat??:^
Minggu dpn percubaan pt3,ape nk buat??:^
Catat Ulasan