BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

PANTUN EMPAT KERAT ( AGAMA ) OLEH : ANWAR RIDHWAN DAN RAHMAN SHAARI

ANALISIS TEKS PANTUN

PANTUN
MAKSUD

Kemumu di dalam semak,
Jatuh melayang selaranya,
Meski ilmu setinggi tegak,
Tidak sembahyang apa gunanya.


Walaupun seseorang itu tinggi ilmunya, namun itu semua tidak ada gunanya jika dia tidak bersembahyang.

Asam kandis asam gelugur,
Ketiga asam riang-riang,
Menangis di pintu kubur,
Teringat badan tidak sembahyang.


Seseorang yang tidak mengerjakan sembahyang, rohnya akan menangis di pintu kubur setelah dia meninggal dunia.

Kemumu di tengah pekan,
Dihembus angin jatuh ke bawah,
Ilmu yang tidak diamalkan,
Bagai pohon tidak berbuah.


Seseorang yang mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya diumpamakan seperti pokok yang tidak berbuah.

Banyaklah bulan antara bulan,
Tidak semulia bulan puasa,
Banyaklah tuan serupa tuan,
Tidak semulia Tuhan Yang Esa.


Tiada sesiapa pun yang dapat mengatasi kemuliaan Allah Yang Maha Esa.

Bendahara Datuk Seri Paduka,
Memerintah kota dan negeri,
Sengsara masuk dalam neraka,
Hendaklah kita ingatkan diri.


Neraka merupakan tempat seksaan yang pedih. Oleh itu, kita mestilah beringat untuk elakkan diri daripada seksaan tersebut.

Pohon di kebun habis berbuah,
Disambut masuk buah rembega,
Mohonkan ampun dosa yang sudah,
Hendak masuk dalam syurga.


Jika kita hendak masuk syurga, kita hendaklah memohon keampunan atas dosa yang telah kita lakukan.


Gambar sebagai hiasan
Ilmu pelita hidup

Tema
Nasihat untuk mencari kesenangan di akhirat. Nasihat ini menyentuh tentang kewjipan yang perlu dilaksanakan oleh manusia di dunia agar dapat dijadikan bekalan di akhirat.

Persoalan

1.
2.
3.
4.


Ilmu yang tidak diamalkan
Akibat tidak bersembahyang
Menginsafi dosa yang dilakukan
Balasan terhadap orang yang ingkar akan perintah agama

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa
Contoh

1.    Pengulangan


·         Perkataan bulan
·         Perkataan tuan


2.    Simile


Bagai pohon tidak berbuah


Unsur Bunyi


1.    Asonansi ( pengulangan huruf vokal)

Meski ilmu setinggi tegak
Ø  dalam baris sajak di atas, vokal “i” diulang sebanyak 4 kali


2.    Aliterasi

 Kemumu di dalam semak
Ø  dalam baris sajak di atas, konsonan “m” diulang sebanyak 4 kali




Nilai Murni

Patuh akan perintah Tuhan
Tunaikan setiap perintah Tuhan di dunia sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat.

Memohon ampun
Setiap kali melakukan dosa, mohonlah keampunan daripada Tuhan agar mendapat tempat di syurga.

Menghargai ilmu
Hargai setiap ilmu yang diperoleh dengan mengamalkannya dalam kehidupan.

Merendah diri
Bersikap merendah diri dalam setiap perkara kerana tiada makhluk yang semulia Tuhan Yang Maha Esa.


Pengajaran

1.    Kita perlu sentiasa patuh akan perintah Tuhan.
2.    Kita hendaklah memohon ampun atas setiap dosa yang dilakukan.
3.    Kita mestui menghargai ilmu yang diperoleh agar bermanfaat pada diri.
4.    Kita perlu berwaspada dalam melakukan sesuatu agar tidak dihumban ke dalam neraka.
5.    Kita perlu menjauhi sikap malas dalam mengerjakan setiap suruhan Tuhan.


17 Ulasan murid:

budaxkecik berkata...

alhamulillah... dapat buat kerja sekolah komsas....nie...

Tanpa Nama berkata...

kemumu di dalam semak,
jatuh melayang selaranya;
meski ilmu setinggi tegak,
tidak sembahyang apa gunanya.

Tanpa Nama berkata...

SANGAT ASYIKKAN

naneyhanany berkata...

terima kasih kerana membantu para pelajar untuk mengulangkaji semasa cuti sekolah...

Tanpa Nama berkata...

untung laa ada internet...kalau tak confirm xsiap punya kerja komsas nie...

Tanpa Nama berkata...

belajar btul2 agar dpt masuk u..

TAMAN SERIBU PUISI berkata...

Terima kasih semua.

DUIT
Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakal

Unknown berkata...

bezt nyerr!!! >.<

Unknown berkata...

best jugak kn ...BEE BEST BEAT THE REST!!!

Alia Maisarah berkata...

Thank you...very2 help me!

Unknown berkata...

thanks sbb buat blog ni. kalau cikgu takde.. saye confirm kene marah ngan cikgu saya

Ain berkata...

Ini sgt membantu...thank you very much...

Unknown berkata...

insyaallah dapat membantu menjawab ujian

Unknown berkata...

insyaallah dapat membantu semasa ujian

Tanpa Nama berkata...

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Minggu dpn percubaan pt3,ape nk buat??:^

Tanpa Nama berkata...

Minggu dpn percubaan pt3,ape nk buat??:^

Catat Ulasan