Analisis
Teks
Pantun
|
Maksud
|
Kemuning
daunnya lampai,
Tumbuh di pusara
paduka tuan,
Di
atas dunia kau tak sampai,
Di dalam syurga
bernantian.
|
Sekiranya
kita tidak mengerjakan suruhan Tuhan di dunia, di akhirat nanti kita tidak
akan mendapat ganjarannya.
|
Halia
ini tanam-tanaman,
Di barat saja akan
tumbuhnya,
Dunia
ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan
sungguhnya.
|
Dunia bukanlah tempat yang kekal bagi semua makhluk,
akhirat jualah tempat yang abadi.
|
Teritip
di tepi kota,
Mari dikayuh sampan
pengail,
Imam
khatib lagikan berdosa,
Bertambah pula kita
yang jahil.
|
Orang
alim juga tidak lepas dari berbuat dosa, apatah lagi kita orang biasa. Sudah
tentu banyak berbuat dosa.
|
Asam
kandis asam gelugur,
Ketiga asam si
riang-riang,
Menangis
mayat di pintu kubur.
Teringat badan
tidak sembahyang.
|
Kita akan menyesal pada kemudian hari jika tidak
mengerjakan ibadah sembahyang.
|
Buat
serunai batang padi,
Bunyi lagu seri
pualam,
Serban
bukan semuanya haji,
Haji terletak pada
amalan.
|
Pakaian tidak melambangkan darjah kealiman seseorang
tetapi melalui amalannya.
|
Tiada
boleh menetak jati,
Papan di Jawa
dibelah-belah,
Tiada
boleh kehendak hati,
Kita di bawah
perintah Allah.
|
Kita hendaklah sentiasa mengikuti ajaran atau perintah
Allah bukanlah mengikut kehendak hati sendiri.
|
Dunia adalah ladang Akhirat |
Tema:Amalan agama menjamin kehidupan di kemudian hari.
Persoalan:
- Taat
akan hukum agama akan menjamin kehidupan bahagia di akhirat nanti.
- Kejahilan
manusia yang tidak tahu akan hukum-hakam agama.
- Penampilan fizikal tidak melambangkan keperibadian dan tahap
keimanan seseorang.
Bentuk:
- Pantun ini terdiri daripada terdiri daripada enam rangkap.
- Pantun ini berbentuk pantun empat kerat, iaitu dua baris awalan pembayang dan dua baris akhir maksud pantun.
- Setiap rangkap mengandungi empat baris.
- Jumlah baris terdiri antara tiga hingga empat patah perkataan.
- Rima akhirnya tetap iaitu ’a,b,a,b’.
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Repitasi
|
Asam kandis
asam gelugur, (R4,B1)
|
Sinkope
|
Di
atas dunia kau tak sampai, (R1,B3)
Di barat saja akan tumbuhnya, (R2,B2)
|
Hiperbola
|
Menangis
mayat di pintu kubur. (R4,B3)
|
Kata Ganda
|
Halia
ini tanam-tanaman, (R2,B1)
Dunia
ini pinjam-pinjaman, (R2,B3)
Ketiga
asam si riang-riang, (R4,B2)
Papan
di Jawa dibelah-belah,
(R6,B2)
|
Unsur Bunyi
|
Contoh
|
Asonansi
|
Teritip di tepi kota, (R3,B1)
|
Aliterasi
|
Kemuning daunnya
lampai, (R1,B1)
|
Indahnya hidup bersyariat |
Nilai:
·
Keinsafan: Terdapat pada rangkap kedua (Baris
3 dan 4)
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya
·
Kesederhanaan: Terdapat pada rangkap kelima
(Baris 3 dan 4)
Serban bukan semuanya haji,
Haji terletak pada amalan.
Pengajaran:
- Kita
janganlah terlalu menurut kata hati.
- Kita
janganlah menilai seseorang itu dari luaran sahaja.
- Kita
perlulah beringat bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja.
- Kita
mestilah mengerjakan solat supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
- Kita
haruslah memelihara amalan hidup di dunia.
20 Ulasan murid:
Saya amat berminat dengan blogspot taman 1000 Puisi kerana mempunyai panduan untuk mengetahui lebih lanjut atau dapat mendalami ilmu-ilmu allah,insyaallah saya tidak akan putus untuk buka blogspot taman 1000 puisi untuk manambah ilmu pengetahuan.Sekian terima kasih.
terima kasih..
nota yg bagus
Bagusnya , berguna untuk murid-murid
Bagusnya, amat berguna untuk saya
thanks a lot!
Terima kasih kalian...selamat belajar dengan gembira :)
TThanks, ini mmg amat berguna :3
thanxs..., dapat memudahkan kerja saya sbagai seorang pelajar... :)
bagus sangat analisis teks ini...................
thanks...memang mudah nak faham
okay :)
Alhamdulillah..saya dapat maksud pantun ini dengan mudah...saya bersyukur..
khalis, zu , dina, damia korang memang baikk hati aku nak ucapkan terima kasih kat korang love you uolsssssssssssss :-*
Ulasan ini sangat membantu.....
BAGUS
puisi ini bagus dan menarik . saya dapat faham maksud pantu tersebut .
Terima kasih kerana bgi pinjam pantun macam ni bolrh menolong orang lain yang susah nak cari pantun
Perfect,sempurna,sangat membantu
TQ
Catat Ulasan