BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

JAWAPAN LATIHAN : SAJAK KETENANGAN

Nota bakal guru : 
Ini merupakan cadangan jawapan untuk soalan yang disediakan. 
Sebarang penambah baikan amat diharapkan.  
Sekian, kecemerlangan milik insan yang berusaha.
Bersama menuju kecemerlangan. 

SkemaJawapan

1.      Sajak ini mengemukakan tema tentang ketabahan hati seseorang mencari ketenangan dalam hidup – Penyajak berusaha mencari ketenangan dalam hidupnya sehingga beliau berjaya menemuinya. Kegigihan bagi mendapatkan sesuatu yang diinginkan – penyajak gigih berusaha untuk mencari ketenangan dalam hidupnya walaupun menghadapi pelbagai dugaan.

2.      Antara gaya bahasa yang terdapat dalam Sajak Ketenangan ini, adalah seperti berikut:

Gaya Bahasa
Contoh
Personafikasi
Jiwa kumeraba (R1,B5)
Sinkope
Kini kutemuimu (R2,B2)
Anafora
Suasana sepi menjadi riang
Suasana gelap menjadi terang. 
(R2,B3 – 4)
Responsi
Suasana sepi menjadi riang
Suasana gelap menjadi terang. 
(R2,B3 – 4)

Unsur Bunyi
Contoh
Asonansi
Kinkusedari(R3,B1)
Aliterasi
kekayaan dan kemewahan. (R3,B5)

3.      Nada bagi sajak Ketenangan ini ialah romantis.

1 Ulasan murid:

Tanpa Nama berkata...

KAOAKA
POTLO

Catat Ulasan