Nota bakal guru :
Ini merupakan cadangan jawapan untuk soalan yang disediakan.
Sebarang penambah baikan amat diharapkan.
Sekian, kecemerlangan milik insan yang berusaha. Bersama menuju kecemerlangan.
Skema Jawapan
1.
Antara persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak
Hari Guru ialah:
·
Peranan guru mendidik anak
bangsa.
·
Melaksanakan tugas yang
diamanahkan kepada kita.
·
Kesedaran tentang tugas dan
tanggungjawab yang dipikul.
·
Tugas guru yang sentiasa dikenang dan dihargai.
2.
Maksud rangkap ketika yang
diutarakan dalam sajak Hari Guru ialah sambutan Hari Guru merupakan hari para
guru bermuhasabah diri tentang tanggungjawab dan keazaman mereka sama ada
masih lagi kukuh atau telah hilang
kerana pelbagai dugaan.
3.
Antara pengajaran yang diperoleh dari sajak Hari
Guru ini ialah:
·
Para guru
hendaklah menunaikan amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.
·
Kita hendaklah
menghargai peranan para pendidik (guru) dalam usaha mendidik dan memberi ilmu
kepada anak bangsa kita – sambutan hari guru merupakan salah satu cara yang
dilakukan bagi menghargai para pendidik.
·
Para guru
hendaklah sedar peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.
·
Kita hendaklah
mengenang jasa orang yang banyak memberi ilmu kepada kita – jasa para guru
hendaklah sentiasa kita kenang.
|
2 Ulasan murid:
Tak ada soalan objektif ke??Harap dapat upload,,,
Setakat ini belum ada lagi :)
Maaf ya..akan diusahakan.
Insya-Allah
*Semoga Allah redha.
Catat Ulasan