BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

JAWAPAN LATIHAN : SAJAK HARI GURU


Nota bakal guru : 
Ini merupakan cadangan jawapan untuk soalan yang disediakan. 
Sebarang penambah baikan amat diharapkan.  
Sekian, kecemerlangan milik insan yang berusaha. Bersama menuju kecemerlangan. 

Skema Jawapan
            1.      Antara persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak Hari Guru ialah:
·         Peranan guru mendidik anak bangsa.
·         Melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita.
·         Kesedaran tentang tugas dan tanggungjawab yang dipikul.
·         Tugas  guru yang sentiasa dikenang dan dihargai.

2.      Maksud rangkap ketika yang diutarakan dalam sajak Hari Guru ialah sambutan Hari Guru merupakan hari para guru bermuhasabah diri tentang tanggungjawab dan keazaman mereka sama ada masih lagi kukuh  atau telah hilang kerana pelbagai dugaan.

           3.      Antara pengajaran yang diperoleh dari sajak Hari Guru ini ialah:
·      Para guru hendaklah menunaikan amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.
·      Kita hendaklah menghargai peranan para pendidik (guru) dalam usaha mendidik dan memberi ilmu kepada anak bangsa kita – sambutan hari guru merupakan salah satu cara yang dilakukan bagi menghargai para pendidik.
·      Para guru hendaklah sedar peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.
·      Kita hendaklah mengenang jasa orang yang banyak memberi ilmu kepada kita – jasa para guru hendaklah sentiasa kita kenang.

2 Ulasan murid:

Unknown berkata...

Tak ada soalan objektif ke??Harap dapat upload,,,

TAMAN SERIBU PUISI berkata...

Setakat ini belum ada lagi :)
Maaf ya..akan diusahakan.
Insya-Allah

*Semoga Allah redha.

Catat Ulasan