ANALISIS
TEKS SYAIR
SYAIR
|
MAKSUD
|
Deli tua negerinya itu
Kotanya kukuh berpagar batu,
Rasarnya ramai bukan suatu,
Tiada berbanding di zaman itu.
|
Menceritakan
kisah negeri Deli yang merupakan sebuah kota yang kukuh berpagar batu.
Pasarnya sangat ramai pengunjung dan tiada tandingannya pada masa itu.
|
Baginda berputera tiga orang jua,
Laki-laki konon putera yang tua,
Puteri cantik putera kedua,
Parasnya elok jarang tersua.
|
Sultan
negeri Deli mempunyai tiga orang putera. Putera yang pertama adalah lelaki
manakala yang kedua adalah puteri yang
cantik dan tiada tandingannya pada masa itu.
|
Putera yang bongsu laki-laki jua,
Parasnya elok tiadalah dua,
Menarik hati orang semua,
Dikasihi rakyat muda dan tua.
|
Anak
bongsu baginda seorang lelaki yang tampan dan menarik perhatian semua orang.
Rakyat tidak kira tua mahupun muda sangat mengasihi putera baginda itu.
|
Adapun akan dulu baginda,
Isterinya lama sudah tiada,
Banyak dicari gadis dan janda,
Hati baginda penuju tiada.
|
Isteri
sultan tersebut telah lama mangkat. Baginda cuba mencari pengganti tetapi
tiada yang berkenan di hati baginda.
|
Beberapa lama demikian itu,
Di atas takhta konon sang ratu,
Dengan kehendak Tuhan yang satu,
Baginda pun gering suatu waktu.
|
Pada
suatu masa, baginda gering. Itulah takdir yang terpaksa dihadapi oleh
baginda.
|
Baginda nan gering bukan kepalang,
Badannya kurus tinggallah tulang,
Tabib pun selalu datang berulang,
Mengubati baginda raja terbilang.
|
Sakit
baginda sangat teruk sehingga badan baginda kurus kering. Beberapa orang
tabib telah dipanggil untuk mengubati baginda.
|
Tabib berusaha bersungguh hati,
Menolong baginda raja berbakti,
Sudahlah takdir Rabbulizzati,
Penyakit tak dapat lagi diubati.
|
Tabib
berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menolong sultan yang telah banyak
berbakti kepada rakyat. Walaubagaimanapun, penyakit baginda gagal diubati.
|
Pertolongan tabib tiada berfaedah,
Semakin payah sultan yang syahdah,
Ajal baginda hampirlah sudah,
Ke negeri yang baqa akan berpindah.
|
Pertolongan
demi pertolongan diberikan oleh tabib tetapi tidak mendatangkan hasil. Ajal
baginda hamper tiba.
|
Dengan hal yang demikian itu,
Penyakit menggoda setiap waktu,
Ubat pun tiada dapat membantu,
Baginda pun mangkat ketika itu.
|
Penyakit
yang dihadapi oleh baginda tidak dapat diubati. Akhirnya baginda mangkat.
|
Baginda berpulang ke rahmatullah,
Takhta kebesaran semua tinggallah,
Harta dunia sudah terjumlah,
Kepada yang lain diberikan Allah.
|
Baginda
meninggalkan takhta dan harta kekayaan. Pemerintahan dan kekayaan baginda
akan berpindah kepada orang lain dan akan ditentukan Allah.
|
Tema
Kemangkatan
sultan yang dikasihi oleh rakyat. Ini dapat dilihat apabila ramai tabib yang
berusaha untuk menyembuhkan penyakit baginda tetapi baginda tidak dapat
diselamatkan.
Persoalan
1.
2.
3.
4.
|
Kebesaran
sebuah negeri
Usaha
menyelamatkan sultan yang gering
Kebesaran
Tuhan
Keistimewaan
anak-anak raja
|
Gaya
Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1. Bahasa
pinjaman
(bahas
Arab)
|
Sudahlah takdir Rabbulizzati
|
2. Personifikasi
|
Penyakit menggoda
setiap waktu
|
3. Sinkof
|
Penyakit
tak dapat lagi diubati
|
4. Inversi
|
Menarik
hati orang semua
|
Unsur Bunyi
1. Asonansi
( pengulangan huruf vokal)
|
Puteri
cantik putera kedua
Ø dalam
baris sajak di atas, vokal “u” diulang sebanyak 3 kali
|
2. Aliterasi
|
Tabib berusaha bersungguh hati
Ø dalam
baris sajak di atas, konsonan “b” diulang sebanyak 4 kali
|
Nilai
Murni
Tolong – menolong
Bukti: menolong baginda raja berbakti
Bertanggungjawab
Bukti: menolong baginda raja berbakti
Kesungguhan
Bukti : tabib berusaha bersungguh hati
Kesetiaan
Bukti : banyak dicari gadis dan janda, hati
baginda penuju tiada.
Pengajaran
1.
Kita harus membantu orang
yang memerlukan pertolongan dengan sebaik mungkin.
2. Setiap pemimpin harus
bertanggungjawab dengan melaksanakan tugas yang di amanahkan agar dapat
berbakti kepada rakyat.
3.
Kita hendaklah setia dalam
sesuatu hubungan.
4.
Kita perlu menerima
ketentuan takdir dengan redha.
25 Ulasan murid:
boleh x pengajaran tu tambah jadi lima?
bagusnya bloger ni saya nak join boleh??????
macam martin yang sangat punca segala-galanya dia sangat over dan over reacting dan suka nik nur athirah!
syamimmmmmm!!!! aimannnnnn! bergabung mengandungx2!!!!
BAIIII
dania syakirah sangat sakai dan over gila babi pantet
ameesha sakai gemkkk
syamim cacat
bagus nya blog ni ^^ saya suka :D
Bagusnya gaya bahasa awak tu nak ringan tangan saya
Yey ka
Sya skong..:)mmg t'baeklah....
alhamdulilah terima kasih kerana berkongsi
saya suke masuk dalam blog nim...seng nop uad kjew.....MBM .....mudah & padat!!!!!
sedap juga , boleh online fb sambil buat kerja sekolah..............love SMKATJ
membantu budak form 1 mengulang kaji pelajaran...cool....!!!harap terus maju pada bloger ini..sucess 4ever ^-^
boleh tambah watak dan pewatakan
nilaimurni tu ada lagi satu..kasih sayang(dikasihi rakyat muda dan tua)
nilai murni ada lagi satukasih sayang(dikasihi rakyat tua dan muda)
I L O V E 1 R K A R I F 2 0 1 4 . W E A R E F A M I L Y. W E A R E T H E B E S T G R O U P E V E R .
THE BEST SYAIR
Terima kasih kepada blog ini..
saya dapat siapkan kerja saya
#thanks
Nice!!!!Thanks!!!!! :D
X bgus
X bagus bro
Catat Ulasan