Video = Contoh Deklamasi Sajak Hari Guru
Hak Cipta Terpelihara : Blog Taman Seribu Puisi
Semoga mendapat manfaat!(*^-^*)
Analisis Sajak Hari Guru
Sajak (Sumber Buku Teks KOMSAS : Antologi Gema Sepi Gadis Genius)
|
Maksud
|
i
Hari ini
adalah hari kita
menjunjung amanah
sandaran harapan insan berjuta
yang bernama ibu dan bapa
memikul misi murni
mengasuh mendidik
tunas bangsa
harapan nusa.
|
Semasa sambutan Hari Guru, para guru bertekad menunaikan amanah dan harapan para ibu bapa untuk melaksanakan tugas mendidik anak-anak yang bakal menerajui negara pada masa hadapan.
|
ii
Hari ini
adalah hari yang menuntut kita
bertafakur
apakah tiang azam
masih tegak kukuh
apakah perdu semangat
tak tergoncang ribut
ataukah langkah kita
sudah pincang tertusuk
duri-duri duga?
|
Sambutan Hari Guru merupakan hari para guru bermuhasabah diri tentang tanggungjawab dan keazaman mereka sama ada masih lagi kukuh atau telah hilang kerana pelbagai dugaan.
|
iii
Hari ini
ada bunga dikalungkan
ada puji dilafazkan
ada jasa dikenang
ada salam dihulur
tanda hormat;
pada insan yang bergelar GURU.
|
Hari guru merupakan hari para guru menerima penghormatan dan penghargaan kerana jasa-jasa mereka.
|
Gambar sekadar hiasan Memberi perhatian ketika guru sedang mengajar merupakan tanda hormat seorang murid kepada guru. |
Tema
|
Sajak ini mengemukakan tema tentang penghargaan kepada para guru
melalui sambutan Hari Guru.
|
Persoalan
|
1.
Peranan guru mendidik
anak bangsa.
2.
Melaksanakan tugas
yang diamanahkan
kepada kita.
3.
Kesedaran tentang
tugas dan
tanggungjawab yang dipikul.
4.
Tugas guru yang sentiasa dikenang dan
dihargai.
|
Bentuk
|
Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
Rima akhir bebas.
Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima
patah kata.
Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga
sebelas suku kata.
Jumlah baris serangkap adalah bebas
Contohnya :
Rangkap 1 – ada sembilan baris.
Rangkap 2 – ada sepuluh baris.
Rangkap 3
– ada tujuh baris.
|
Gambar sebagai hiasan "Tiada yang lebih indah dalam hidup seorang melainkan kejayaan anak-anak didiknya. Jom kenang jasa guru." |
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Personafikasi
|
adalah hari yang menuntut kita (R2,B2)
|
Metafora
|
apakah
tiang azam (R2,B4)
|
Sinkope
|
tak
tergoncang ribut (R2,B7)
|
Anafora
|
ada
bunga dikalungkan
ada
puji dilafazkan
ada
jasa dikenang
ada
salam dihulur (R3,B2
– 5)
|
Pengulangan Kata
|
Hari ini (R1 – 3, B1)
|
Kata Ganda
|
duri-duri
duga? (R2,B10)
|
Unsur Bunyi
|
Contoh
|
Asonansi
|
adalah hari
kita (R1,B2)
|
Aliterasi
|
sandaran harapan
insan berjuta (R1,B4)
|
Gambar sekadar hiasan Guru yang sporting disayangi oleh murid-muridnya. |
Nada
|
Nada sajak ini patriotik.
|
Nilai
|
Amanah: Para guru memikul amanah para ibu bapa untuk mendidik
anak-anak mereka.
Tanggungjawab: Guru-guru bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas /
tanggungjawab mereka untuk membimbing anak bangsa.
Penghargaan terhadap
orang yang berjasa: Jasa guru
dihargai dan dikenang melalui sambutan hari guru.
Kesedaran: Para guru sepatutnya sedar akan tugas dan peranan
mereka dalam mendidik pelajar.
|
Pengajaran:
- Para guru hendaklah menunaikan amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.
- Kita hendaklah menghargai peranan para pendidik (guru) dalam usaha mendidik dan memberi ilmu kepada anak bangsa kita. Contohnya, sambutan hari guru merupakan salah satu cara yang dilakukan bagi menghargai para pendidik.
- Para guru hendaklah sedar peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.
- Kita hendaklah mengenang jasa orang yang banyak memberi ilmu kepada kita.
Penulis Karya Sajak Hari Guru
Nama : Selina S. F. Lee
Merupakan seorang guru yang juga bergelar penyair dan cerpenis yang kerap menyumbangkan karya-karya di media-media tanah air. Isteri kepada penulis terkenal Lim Swee Tin. Mempunyai tiga orang anak iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan.
Sila klik pada gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas
Hak cipta terpelihara.
tamanseribupuisi.blogspot.com
Teman belajar anda. Tidak kira masa walau di mana jua. Peta Minda amat membantu. Semoga bermanfaat. |
Hak cipta terpelihara.
tamanseribupuisi.blogspot.com
11 Ulasan murid:
Bagus.Teruskan Usaha
cantiknyer laman nie
best blog ni...:D
info dlm nie sngt lengkap lah....^-^
Nama saya Hadi,saya suka sangat blog ni,memang best!!!
lengkap sangat.. thanks!
Terima kasih kerana bantu saya dalam blog ini........................................................
sangat bagus dan teliti ^v^
Cantiklah blog
Cantiklah blog
......hello......
Catat Ulasan