BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

PENGENALAN BLOG TAMAN SERIBU PUISI


Fakta Terhebat

Bahan Bantu Mengajar 
Blog 'Taman Seribu Puisi'

Ø  Blog ini dihasilkan sempena tugasan amali bagi kursus LHE3104 (Pemilihan Bahan Pengajaran Bahasa Dan Sastera)
Ø  Nama blog ‘Taman Seribu Puisi(TSP)’ diilhamkan oleh krew TSP yang terdiri daripada empat orang pelajar tahun kedua program Bacelor Pendidikan(Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama) di Universiti Putra Malaysia.
Ø  Blog TSP ini merupakan gabungan idea bersama  yang bertepatan dengan tugasan kursus iaitu penyediaan bahan pengajaran berbentuk puisi. Maka, kami mengambil keputusan untuk memfokuskan kepada aspek puisi dalam pembelajaran KOMSAS PMR.
Ø  Blog ini akan sentiasa dikemaskini bagi menjamin mutu bahan pembelajaran berada di tahap yang baik. Barulah pelajar cemerlang yang seimbang dapat dihasilkan.
Ø  Semoga usaha yang sedikit ini mendapat keberkatan daripada Illahi dan bukan sekadar memenuhi tugasan amali semata-mata.
Ø  Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Blog TSP ini.
Ø  Terima kasih buat Ayahanda Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Bin Jamian dan penunjuk ajar yang setia iaitu Cik Zuraini Jusoh kerana tunjuk ajar kalian banyak memberi inspirasi kepada kami untuk terus cekal mengorak langkah bagi menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin
Ø  Akhir kalam, jika mahu belajar KOMSAS PMR, ingatlah blog ‘Taman Seribu Puisi’.
Ø  Teman akrab pembelajaran KOMSAS anda.
Ø  ‘Memperkasakan citra puisi, memartabatkan adat tradisi.’

2 Ulasan murid:

Tanpa Nama berkata...

nice

Tetamu Istimewa berkata...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini.

Terima kasih ke blog saya.

Tahniah, berjaya mewujudkan sebuah blog yang bermanfaat.

Catat Ulasan